Tuesday, December 7, 2010

Rasuah Di mana-mana......

Berikut ialah senarai salinan laporan dan bukti berkaitan rasuah yang dimusnahkan sebagai manifestasi rasa kecewa dengan SPRM.

Najib Tun Razak

* Kes Altantuya

penglibatan Najib terdedah melalui penyiaran sms Najib yang berkomunikasi dengan seorang peguam berkenaan kes Altantuya
bagaimana rekod imegresen Altantuya hilang ?
Kenyataan bersumpah Balasubramaniam yang jelas nyata melibatkan Najib yang tidak di siasat ...

* Kes pembelian senjata

tercatat sudah dalam laporan audit negara selama 3 tahun bagaimana penyelewengan dan kelemahan urus Kementerian Kewangan menyebab negara rugi berbiliion ringgit
terlibat dalam kegiatan komisyen (ratus juta ringgit) dalam urusan pembelian senjata.

* Kes melindungi setiausaha politik

merujuk kes rasuah politik pemilihan Umno bahagian yang melibatkan Setiausaha Politik Najib dan penglibatan instrumen Kementrian Kewangan untuk memberikan ugutan kepada calon lawan.Datuk Dr. Shafie (Setiausaha Politik Datuk Seri Najib Tun Razak ketika di Kementerian Pertahanan)

* Isu pembelian ahli politik

Fauzi Muda telah membuat akuan bersumpah berkenaan penggunaan wang yang banyak.
pendedahan perbelanjaan melampau Rosmah (isteri Najib) yang melampau di luar negara dan menggunakan kedudukan untuk mengelakan cukai
dokumen mengenai Kerugian KOBENA RM80 juta yang dimana Najib terlibat secara tidak langsung

Rafidah Aziz

* dokumen berkenaan kes permit import kereta

dokumen kertas siasatan BPR yang diklasifikasi sulit dengan jelas menyatakan Rafidah Aziz bersalah mengagihkan saham milikan bumiputera kepada menantunya. BPR mengatakan Rafidah bersalah dan cadang didakwa. Malangnya kertas siasatan BPR juga mencadangkan jika Rafidah meletakkan jawatan dalam parti ia boleh tidak didakwa dan malang lagi Peguam negara tidak mendakwa kerana campurtangan atasan

Rahim Thambi Chik

* dokumen kertas siasatan BPR dengan jelas memperincikan bagaimana Rahim mengumpulkan harta yang tidak masuk dek akal kerana mempergunakan kedudukanya sebagai Ketua Menteri. BPR dapati dia bersalah tetapi menyatakan boleh tidak didakwa jika letak jawatan politik.

Dr. Khir Toyo

* mengarahkan pembelian kereta Mercedes s350 bernilai RM 1juta dengan menggunakan dana anak syarikat Selangor (Kumpulan Darul Ehsan)

* membelanjakan RM40 juta hanya untuk membuat 10 buah 'banglow' bagi penempatan ahli Exco Kerajaan Negeri.


* dokumen berkaitan kejadian pencerobohan Taman Pertanian Bukit Cahaya, Seri Alam yang setelah didedahkan di media Khir Toyo sendiri mencabar BPR menyiasat namun semuanya senyap dan ditutup.


* Dokumen berkaitan dakwaan kerajaan negeri yang menyatakan Kerajaan Bn sebelum ini telah menghilangkan 'keuntungan' RM30 billion. Contoh punca kehilangan ialah Canal City joint-venture project yang dianugerahkan oleh Khir Toyo melibatkan 810ha secara 'percuma kepada sebuah syarikat swasta.


* A special investigative team which was set up for the purpose would probe how certain senior officers of the corporation were holding 30% shares in a subsidiary. This included a investigation of RM100,000 gift to former Mentri Besar as a bonus. In 2007, the state government only collected RM17mil revenue from sand mining instead of the RM170mil which it was supposed to get


* Setelah tiga hari kejatuhan kuasa kerajaan negeri Selangor ke atas Pakatan Rakyat, Zaharah Kechik yang merupakan mantan pengerusi Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) memanggil mesyuarat tergempar Balkis untuk membubarkannya dan menutup akaunnya sehari kemudian. Wang kira-kira RM9.9 juta milik Balkis dilapor dipindahkan ke satu akaun lain, sebelum sampai kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti).

* Percubaan membubarkan Balkis melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 13 Mac bagaimanapun berjaya dihalang Menteri Besar baru Selangor, Tan sri Abdul Khalid Ibrahim. Tindakan Zaharah Kechik itu dikatakan tidak sah di sisi undang-undang karena mengikut perlembagaan Balkis, badan itu dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar kerajaan semasa, di mana pada hari mesyuarat tergempar tersebut, beliau bukan lagi isteri Menteri Besar negeri Selangor. Isu itu akan dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri pada mesyuarat yang akan datang.

* Pembohongan tentang Konsultansi Juruaudit, Zaharah Kechik pernah berkata bahawa sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis juruauditnya pernah dirujuk. Namun, pada 28 April 2008, Juruaudit Balkis, Yee Choon Kong & Co menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan tersebut. Malah, firma itu beberapa kali menghubungi bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007. Walau bagaimanapun, panggilan telefon kepada bendahari Balkis tidak dijawab dan juruaudit turut mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan ia juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 kepada anggota-anggotanya.

* meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

* Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

* Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

* Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

* Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

* Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

* Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

* Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

* Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

* Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

* Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

* Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

* Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

* Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

* Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

* Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

* Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

* Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

* Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”

* Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

* Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

* Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Wah Banyaknya k. Toyo...patutla meroyan semacam bila selangor kalah
UPCO?

Ada lagi nie...sabarr

Sumber: http://chegubard.blogspot.com/2009/02/permit-kubur-untuk-jenazah-sprm.html


Abdullah Badawi

* laporan salah guna kedudukan untuk kepentingan politik oleh Bekas Exco Pemuda Umno, Dato' Mazlan Harun

* dokumen berkaitan skandal Yayasan Bumiptera Pulau Pinang - RM500 juta

* penglibatan anaknya melalui Scomi yang meraih kontrak kerajaan dan membuat hubungan perniagaan di luar negara menggunakan pengaruh kerajaan

* dokumen 'antarabangsa' penglibatan keluarga Abdullah Badawi dalam Oil For Food

* Skandal ECM Libra

Dr. Mahathir Mohamad

* skandal VK Linggam

* skandal perwaja yang mati ditanam bersama Eric Chia

* dokumen berkaitan skandal bail out

* selepas George W Bush dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2000, Dr Mahathir didakwa terlibat membayar sekurang-kurangnya 5.3 juta ringgit kepada Heritage Faundation bagi melobi sokongan kerajaan Amerika kepada pentadbirannya. Perkara tersebut didedahkan kali pertama di muka depan akhbar harian berpengaruh Amerika, Washington Post, 17 April lalu.

Khalil Yaakop

* dokumen berkaitan korupsi berkaitan tanah dan balak. Kegiatan rasuah Khalil terlalu jelas sehinggakan untuk menyelamatkan Khalil, dia dilantik menjadi Yang Di Pertuan Negeri Melaka.

* Tiga laporan rasuah telah dibuat. Nilai rasuah dianggarkan berbilion ringgit. Dan bekas Menteri Besar Pahang, Tun Khalil Yaakob dikatakan terbabit. Tetapi yang menjadi persoalannya, ketiga-tiga laporan tersebut tidak sampai ke pengetahuan Badan Pencegah Rasuah (BPR)

Muhammad Muhamad Taib

* dokumen mengaitkan beliau telah membayar denda mutaah sebanyak RM16 juta apabila bercerai dengan adik beradik tiri DYMM Sultan Selangor kini. Persoalanya mana Muhammad Taib dapat mengumpulkan harta sebanyak itu ?

* Pada 11 April 1998, beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbae memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke Australia. Bagaimana beliau mengumpul wang itu?

* Perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brisbane pada 19 Ogos 1997 kerana gagal memaklumkan membawa wang lebih A$5,000 . Beliau dan isterinya menginap beberapa minggu di Brisbane dan berhasrat membina rumah mewah di Gold Coast , barat Queensland di atas tanah seluas 4,500 hektar. Selepas itu beliau terbang ke New Zealand. Tanah di Sovereign Island itu didaftarkan atas nama isterinya Asbi Rohani Binti Asnan yang dibeli setahun sebelum itu dengan harga $3 juta.

* Dokumen menunjukkan tanah seluas 573 meter persegi di Pakurunga 18 Jun 1996; Tanah 1713 meter persegi di Otahuhu dibeli pada 27 November 1996 pada harga $550,000; dan 4 keping tanah di Mataitai seluas 144 hektardibeli pada 29 November 29 1996 dan 11 Mac 1997. Tanah di Pakurunga dibayar oleh Hasan BM Taib di Singapura, iaitu adik kepada Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib dengan harga $520,000 pada 1990.
*

* Kontroversi timbul kerana biasanya jual beli tanah tidak melibatkan wang tunai , sebaliknya cek atau kad kredit sahaja sahaja. Apakah benar wang itu milik adiknya sungguhpun adiknya benar-benar kaya. Anehnya dia selaku Menteri Besar Selangor telah ditugaskan sebagai pegawai keselamatan kewangan. Kes ini terlepas begitu sahaja kerana tidak ada rekod bank atau individu untuk dirujuk kebenarannya. Jadi membawa wang tunai ini telah dirancang dengan teliti olehnya.

* Dokumen berkenaan harta melampau bukan perolehan beliau dari gaji dan elaun sebagai Menteri Besar. Dari kes beliau PP vs Tan Sri Muhammad Muhd Taid (Criminal Trial 45-28-9 yang diadili oleh Hakim Abdul Wahab Patail [abang kepada Abdul Ghani Patail-Peguam Negara sekarang]menyebut : “BAHAWA NILAIAN HARTA YANG DIISTIHAR OLEH MUHAMMAD MUHD TAIB ADALAH RM 30,831,306.15”. Ini adalah harta yang dimaklumkan dalam kenyataan bersumpah beliau. Harta pegangan beliau melebihi 74,500,000.00 juta ringgit tidak termasuk tanah dan pegangan saham beliau. Tidak syak lagi kekayaan beliau bukan datang dari harta turun menurun keluarga tetapi lebih dari harta turun dari perlakuan rasuah dan pengunaan kedudukkan beliau. Permainan beliau di Selangor amat ketara sekali sehinggakan orang kanan beliau ketika itu DATUK AINI TAIB tersungkur bersama-sama beliau.

Ir. Mohd. Zin Mohamad (Menteri Kerja Raya) (mantan)

* Satu laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap beliau pada 2001 kerana didapati menjalankan pemindahan wang secara haram (money laundering) di antara kedua-dua negara; Malaysia dan Bangladesh.

* Syarikat Silkway Cargo yang dipengerusikan oleh Mohamed Zin telah pun diambil tindakan undang-undang oleh kerajaan Bangladesh pada tahun 2007.

* Pengarah Urusan Silkway Cargo (agen kepada Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS), SK Farid Ahmed (Manik) juga telah mengaku memberi rasuah kepada dan memindahkan wang secara haram kepada Mohamed Zin sebanyak lebih daripada 50 crore dari Bank Negara Bangladesh.

* Menurut pengakuan yang dibuat oleh Pengarah Urusan Silkway Cargo itu, melalui laporan akhbar Prothom Alo (31 Julai 2007), Bhorer Kagoj (12 November 2007), Daily Star (30 November 2007), Daily Ittefaque (3 Ogos 2007) beliau sememangnya telah menjalankan pemindahan wang secara haram kepada Mohd Zin melalui sama ada setiausaha Mohd Zin, Hasnita binti Ahmad Bastaman (di Maybank, Cawangan Shah Alam melalui akaun nombor 512101058235) mahupun adiknya Mustafa Zain di Maybank, EON Bank dan Public Bank Berhad bagi mengelak sebarang bukti.

* Wang juga dipercayai diseludup oleh Manik ke negara ini melalui beg pakaian setiap beliau melawat negara ini. Pemindahan wang tersebut dijalankan dari 21 September 2000 sehingga 2 Ogos 2007.

* Manik juga mengaku bahawa beliau telah membiayai semua perbelanjaan kedua-dua anak Perdana Menteri Bangladesh; Tareque dan Arafat Rahman (Coco) untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Zin di Malaysia.

* Manik kini sudah pun dibebaskan pada 10 Disember lalu dengan dikenakan denda sebanyak 50 crore Taka (RM25 juta). Manik juga didapati kes yang masih tertangguh dengan aset yang tidak diisytiharkan berjumlah 150 juta crore Taka (RM 75 juta).

* Wang tersebut dipercayai dipunyai oleh Tariq Zia dan Arafat Rahman (Coco). Kedua-dua mereka merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Bangladesh, Khaleeda Zia.

* Zin memiliki 49% saham Sikway Cargo dan bahagian tersebut telah dipindahkan ke akaun Zin secara haram.

* Sebagai Pengerusi Silkway Cargo, Mohd Zin yang memegang 49 peratus saham syarikat sepatutnya berkongsi liabiliti yang ditanggung itu. (rujuk Deed of Agreement of Joint Venture Company yang ditandatangani pada 18 September 2000).

* Sungguhpun memegang jawatan Timbalan Menteri sebelum ini, Zin berterusan menjalankan urusniaga melalui sebuah syarikat asing yang mana perbuatan ini bertentangan dengan sumpah yang dibuat apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri.

* Sehingga kini, Zin sudah pun menerima wang secara haram melebihi RM10 juta daripada Silkway Cargo.

* Pemindahan wang haram itu bercanggah dengan peraturan Bangladeshi Bank dan Bank Negara Malaysia. Kaedah yang digunapakai oleh Zin dikenali sebagai ”hundi” kadang-kadang dibawa melalui beg pakaian melalui KLIA.

* Zin juga dipercayai tidak pernah mengisytiharkan pendapatan yang beliau perolehi dari sumber asing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

* Jenayah ini telah dilaporkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Zin.

* Mohd Zin juga diketahui bersubahat dengan Badul, seorang yang amat dikehendaki oleh pihak berkuasa Bangladesh iaitu Directorate General Forces Intelligence (DGFI). Mohd Zin dipercayai memberi perlindungan kepada Badul yang kini berada di Malaysia.

* Bersama-sama Badul, Mohd Zin mengendalikan perniagaan pembekalan buruh-buruh Bangladesh ke negara ini yang melibatkan seramai 5000 pekerja yang kini menjadi masalah menyediakan pekerjaan untuk mereka. Mohd Zin dibayar RM20 juta bagi meluluskan pembawaan itu melalui kerajaan Malaysia di atas pengaruh beliau.

* Sehingga 23 Ogos 2006, KeADILan mendapaat maklumat bahawa Zin dan/atau isteri-isterinya memiliki harta seperti berikut:

a. Sebuah banglo beralamat di No 1, Jalan 8/8 Shah Alam.
b. Sebuah banglo beralamat di No 19 Jalan Tepian 8/2 Shah Alam.
c. Sebuah banglo yang terletak di belakang pejabat IPS Shah Alam.
d. Sebuah rumah teres dua tingkat beralamat di No 29, Jalan USJ 22/2 UEP Subang Jaya.
e. Sebuah kereta Mercedes S Class bernombor plat BEQ 19
f. Sebuah kereta Toyota Harrier
g. Sebuah kereta BMW 318i
h. Sebuah kereta Hond CRV
i. Sebuah Volvo S 70
j. Sebuah Porche
k. Sebuah Mercedes E-Class
l. Sebuah motosikal Harley Davidson berkuasa tinggi

* Dato Mohd Zin bin Mohamed juga sudah membuat pengakuan kepada media bahawa apa yang beliau lakukan selama ini ialah bayaran untuk kerja ’melobi’

Skandal SPRM / BPR

* dokumen berkenaan Bekas Pengarah BPR yang terlibat korupsi yang didedahkan oleh bekas pegawai BPR

Ghani Patail, Peguam Negara dan Musa Hassan, Ketua Polis Negara

* dokumen berkaitan pemalsuan bukti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim

ini setakat carian yang terdapat dalam simpanan. Terlalu banyak lagi dokumen rasuah dan salah guna kuasa yang pernah diserahkan kepada BPR, SPRM mahupun Polis.

Dokumen – dokumen ini melibatkan laporan selaku individu, pemimpin parti dan juga mewakili pertubuhan seperti GERAK, SAMM..

http://chegubard.blogspot.com/2009/02/permit-kubur-untuk-jenazah-sprm.html
Bagaimana dengan perkembangan kes ini?

Masa depan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam semakin gelap dan diibaratkan bagai telur dihujung tanduk berikutan tindakan berani tiga peguam kanan Perancis yang memfailkan permohonan di mahkamah Paris menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pembayaran komisyen dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Menurut laporan Asia Sentinel yang bertajuk “Murky Arms Deal Linked To International Pattern of Kickbacks” oleh wartawan John Berthelsen bertarikh 16 April 2010, skandal berbilion dolar ini yang didakwa didalangi oleh Najib kini tidak lagi dapat dibendung dalam Malaysia dan kini telah melimpah ke arena antarabangsa.

Asia Sentinel berkata tindakan peguam, William Bourdon, Renaud Semerdjian dan Joseph Breham dengan kerjasama pertubuhan hak asasi Malaysia, Suaram, memfailkan kes tersebut dengan pihak pendakwa Perancis telah memusnahkan perancangan kerajaan Malaysia melalui badan kehakiman dan institusi Parlimen selama lapan tahun untuk menyekat kes ini daripada diadili pada peringkat antarabangsa.

Barisan hakim di Pejabat Pendakwaraya Paris telah menjalankan penyiasatan terhadap pegawai tinggi di Perancis, Pakistan dan negara lain berkaitan urusan pembelian kapal selam yang sama yang didakwa ada kaitan dengan unsur rasuah dan pembayaran komisyen.

Elemen pembabitan Malaysia dalam penyiasatan panjang ini disahkan dalam kertas siasatan bertarikh 4 Disember 2009 dan 23 Februari 2010.

Laporan itu menambah penyiasatan teliti tersebut dilakukan sejak dua tahun lalu oleh hakim penyiasat, Francoise Besset dan Jean-Christophe Hullin yang merangkumi ahli politik kanan Perancis serta penjualan kapal selam dan peralatan ketenteraan lain kepada kerajaan di seluruh dunia.

Media Perancis dikatakan tidak sanggup melaporkan sesetengah daripada tuduhan paling serius disebabkan kebimbangan implikasi politik.

Asia Sentinel menjelaskan dakwaan yang dibuat mempunyai kaitan dengan salah satu konglomerat pertahanan Perancis iaitu DCN yang dimiliki oleh kerajaan. Syarikat tersebut bergabung dengan firma elektronik Perancis, Thales pada 2005 menjadikannya antara kuasa dominan dalam industri pertahanan Eropah.

Anak syarikat DCN, Armaris terlibat dalam pembinaan kapal selam disel daripada kelas Scorpene yang dijual kepada India, Pakistan dan juga Malaysia. Kesemua kontrak jualbeli, menurut peguam yang bertindak bagi pihak Suaram, disyaki mempunyai unsur rasuah

Tambah laporan itu lagi sejak Najib berpindah portfolio daripada menerajui Kementerian Pertahanan ketika mana urusan jualbeli itu dikendalikan pada 2002 sehingga beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, skandal tersebut dilihat ancaman terbesar kepada kerajaan dan juga parti.

Kekuasaan Umno dilihat sebagai penghalang kepada skandal itu mendapat apa-apa pelunag untuk diutarakan dalam mahkamah Malaysia dan ini menjadi sebab utama mengapa Suaram terpaksa mendapatkan pertolongan daripada pendakwa Perancis.

“Kertas siasatan baru sahaja dikemukakan dan setakat ini telah menggerakkan siasatan awal polis terhadap aspek kewangan urusniaga tersebut,” kata satu sumber Paris yang intim dengan pihak pertahanan Perancis.

“Belum ada siasatan rasmi lagi dan siasatan akan melihat kepada dokumen yang dirampas di DCN yang dilakukan ketika satu lagi penyiasatan dijalankan terhadap rasuah yang dibayar oleh DCN di Pakistan.

Sumber juga menyatakan pihak polis kini hanya menumpukan perhatian kepada dakwaan rasuah dan belum lagi melihat kepada kes pembunuhan wanita Mongolia pada 2006 yang bekerja sebagai penterjemah bagi pihak Najib dan sahabat beliau, Abdul Razak Baginda semasa berada di Paris berhubung urusan perniagaan kapal selam.

Asia Sentinel mendedahkan terdapat banyak kes pembunuhan yang berkaitan urusan penjualan pertahanan DCN di Taiwan dan Pakistan. Pendakwaraya mensyakki kematian 11 jurutera kapal selam Perancis dalam kejadian letupan bom pada 2002 di Karachi, yang pada mula dianggap perbuatan Al-Qaeda, sebenarnya adalah pembunuhan balas dendam akibat keenganan pihak Perancis untuk memberi rasuah bernilai jutaan dolar kepada pegawai tentera Pakistan.

Pembabitan Malaysia berkisar dakwaan pembayaran komisyen berjumlah €114 juta (RM540 juta) kepada sebuah syarikat tempatan, Perimekar bagi perkhidmatan sokongan berkaitan pembelian kapal selam. Perimekar dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd yang dipunyai oleh sahabat baik Najib, Abdul Razak Baginda. Isteri Abdul Razak, Maslinda ialah seorang peguam dan bekas majistret serta pemegang saham syarikat tersenut menurut peguam Perancis.

“Dalam tempoh beberapa tahun kebelakang ini, hakim di Perancis telah menyiasat beberapa kes yang melibatkan DCN,” kata peguam Renaud Semerdjian kepada Asia Sentinel dalam temuramah melalui talipon.

“Ini bukanlah kes seumpama yang pertama disiasat. Terdapat banyak lagi ks yang serupa di Pakistan dan juga India. Apabila dilihat secara dekat setiap kali berlaku penjualan senjata maka kemungkinan pelanggaran undang-undang adalah amat tinggi.”.

Sebagai Menteri Pertahanan dari tahun 2000 hingga 2008, Najib telah bertanggungjawab terhadap perancangan menaiktaraf pertahanan angkatan tentera Malaysia secara besar-besaran. Ini termasuk pembelian dua kapal selam daripada Armaris dan pajakan sebuah lagi kapal kelas Agosta yang pernah digunakan oleh tentera laut Perancis.

Jet pejuang Sukhoi juga dibeli Rusia dalam tempoh Najib menerajui Kementerian Pertahanan termasuk juga jutaan ringgit dicurahkan kepada kapal peronda perairan. Kesemua pembelian ini telah menimbulkan kecurigaan oleh pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia tetapi sebarang usaha penyiasatan berjaya dikekang oleh Umno. Malah apabila soalan diaju kepada Najib, beliau menjadi marah dan enggan menjawab.

Walaupun usaha hebat dilakukan oleh Umno untuk menutup kes rasuah berhubung pembelian peralatan tentera oleh Najib, isu pembunuhan penterjemah Mongolia berusia 28 tahun, Altantuya Shaariibuu yang juga kekasih yang ditinggalkan Abdul Razak akhirnya mendedahkan segala penyelewengan yang berlaku kepada perhatian dunia. Altantuya yang berperanan dalam perbincangan jualbeli kapal selam mendedahkan dalam suratnya yang dijumpai selepas kematian beliau bahawa dia cuba mengugut Abdul Razak untuk mendapatkan US$500,000.

Bagaimanapun Altantuya ditembak mati pada Oktober 2006 dan mayatnya diletupkan oleh dua pengawal peribadi Najib dengan menggunakan bahan letupan setelah Abdul Razak mengadu kepada ketua pengawal peribadi Najib, Musa Safri supaya menghalang Altantuya daripada menganggu beliau. Tidak lama setelah dibebaskan pada November 2008 dalam keadaan keputusan hakim yang meragukan, Abdul Razak meninggalkan Malaysia dan menetap di England. Kedua pengawal peribadi Najib tersebut dihukum tetapi tidak ada motif dibuktikan mengapa mereka melakukan pembunuhan itu.

Walaupun terdapat pengakuan daripada salah seorang yang tertuduh bahawa mereka akan dibayar lumayan sekiranya melupuskan wanita itu namun pihak mahkamah tidak membenarkan penyiarannya.

Urusan pembelian kapal selam itu tidak pernah dibangkitkan sepanjang perbicaraan mahkamah selama sebulan yang memperlihatkan bagaimana pendakwa, peguambela dan juga hakim berganding bahu bagi memastikan nama Najib tidak sesekali dikaitkan dalam mahkamah. Malah seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak untuk melindungi daripada Altantuya membuat pengakuan bersumpah yang menunjukkan bahawa Najib sebenarnya kekasih wanita Mongolia itu dan kemudiannya diserahkan kepada Abdul Razak.

Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mendedahkan bagaimana beliau dinyahkan dari Kuala Lumpur. Akhirnya beliau keluar daripada tempat persembunyian di India untuk menceritakan bahawa seorang ahli perniagaan yang rapat dengan isteri Najib telah menawarkan RM5 juta untuk menutup mulut dan meninggalkan negara. Bala juga mengatakan beliau menemui adik Najib, Nazim yang meminta beliau menarik balik akuan bersumpah yang dibuat.

Dalam penyiasatan yang sedang dijalankan di Paris sekarang, isunya berkisar apakah syarikat Perimekar kepunyaan Abdul Razak berhak kepada komisyen sebanyak RM540 juta tersebut.

Datuk Zainal Abidin Zin, Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu memberitahu Parlimen, Perimekar menerima amaun tersebut iaitu 11 peratus daripada harga jualan kapal selam untuk ”koordinasi dan khidmat sokongan”. Kertas siasatan di Paris menunjukkan tidak ada sebarang jenis perkhidmatan sedemikian diberikan.

Menurut kertas siasatan, Perimekar didaftar pada 2001, beberapa bulan sebelum kontrak jualbeli ditandatangan. Syarikat tersebut menurut kertas siasatan itu lagi,” tidak mempunyai daya kewangan yang kukuh untuk melaksanakan kontrak tersebut.” Semakan akaun pada 2001 dan 2002 kata kertas siasatan itu lagi,”menunjukkan dengan jelas bahawa syarikat ini tidak langsung ada sebarang kemampuan atau kemampuan perundangan atau kemampuan kewangan dan/atau kepakaran untuk menyokong kontrak sedemikian rupa.”

“Tidak seorang daripada pengarah atau pemegang saham Perimekar mempunyai pengalaman walau sedikit dalam pembinaan, penyelenggaraan atau logistik kapal selam,” tegas kertas siasatan itu. “Di bawah terma kontrak €114 juta (RM540 juta) adalah berhubung beberapa peringkat pembinaan kapal selam.” Pertimbangan pembayaran kepada Perimekar “adalah secara bulanan dan kos tanggungan penginapan anak kapal Malaysia sepanjang tempoh latihan mereka. Maka dengan itu tidak ada sebarang kaitan antara langkah-langkah pembilan dan peringkat pembinaan kapal selam seperti yang dinyatakan.”

Pada 1 April 2010 Asia Sentinel melaporkan perkhidmatan penyelenggaraan kapal selam dilakukan oleh sebuah syarikat bernama Boustead DCNS iaitu syarikat kerjasama antara BHIC Defence Technologies Sdn Bhd, anak syarikat Boustead Heavy Industries Corp Bhd yang senaraikan di Bursa Malaysia, dan DCNS SA, anak syarikat DCN. Bahagian Industri Berat Boustead kini memasukkan Perimekar sebagai “sekutu kumpulan. PSB terlibat dalam pemasaran, menaiktaraf, penyelenggaraan dan khidmat berkaitan bagi industri pertahanan maritim Malaysia,” menurut laporan tahunan Boustead.

Pada asalnya Boustead memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa kontrak perkhidmatan adalah berjumlah RM600 juta untuk tempoh enam tahun atau RM100 setiap tahun tetapi kontrak itu kemudiannya melambung kepada RM270 juta setahun. Boustead Holdings dimiliki sebahagiannya oleh Kerajaan Malaysia dan berkait rapat dengan Umno.

“Terdapat asas kukuh untuk mempercayai bahawa (Perimekar) diwujudkan hanya untuk satu tujuansahaja: mengurus pembayaran komisyen dan mengagihkan amaun kepada penerima berlainan termasuk penjawat awam dan/atau orang tengah Malaysia atau asing,” dedah kertas siasatan itu lagi.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

Himpunan Cerita Rasuah yang di petik dari akhbar tempatan

Calon Ketua UMNO Seremban disyaki sogok wang ditahan

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini menahan calon Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Nor Awang kerana disyaki memberi sogokan wang kepada seorang ahli UMNO untuk mengundinya pada mesyuarat cawangan.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull memberitahu Mingguan Malaysia, Mohd. Nor ditahan ketika memberi sogokan RM500 kepada ahli berkenaan di Seremban pada pukul 4 petang ini.

Menurutnya, BPR akan memohon perintah tahanan reman daripada mahkamah terhadap Mohd. Nor esok.

‘‘Mohd. Nor ditahan kerana memberi wang suapan kepada seorang ahli UMNO untuk mengundinya dalam pencalonan jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban pada satu mesyuarat cawangan.

‘‘Mohd. Nor ditahan kerana kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997,’’ katanya ketika dihubungi malam ini.

Difahamkan Mohd. Nor yang kini merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban ditahan di sebuah pusat beli-belah di Ampangan, Seremban.

Penahanan beliau adalah kes pertama membabitkan calon yang bertanding bagi pemilihan UMNO untuk penggal 2008/2011 kerana dakwaan politik wang.

Dalam pemilihan UMNO Bahagian Seremban kali ini, Mohd. Nor mencabar penyandang jawatan itu, Datuk Ishak Ismail.

Sehingga hari ini, Mohd. Nor telah mendapat 13 pencalonan manakala Ishak memperoleh sembilan pencalonan daripada 22 cawangan yang telah bermesyuarat. Bahagian tersebut mempunyai 67 cawangan.

Pada pilihan raya umum lalu, Mohd. Nor yang menggantikan Datuk Zakaria Nordin bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rashid Latiff bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan.

www.utusan.com.my

===============================================

Ketua Pengarah didakwa rasuah
14/08/2008
Petikan akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, NST, Star, Sun dan Kosmo

Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) Datuk Mirza Mohammad Taiyab didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima rasuah berbentuk rawatan pergigian bernilai RM13,860. Datuk Mirza mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima rawatan pergigian yang dibiayai pengarah Syarikat Perunding Pakar Media di mana syarikat berkenaan mempunyai kaitan dengan tugas rasmi tertuduh yang ketika itu Timbalan Ketua Pengarah I LPPM. Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM5000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan pada 16 hingga 18 Februari tahun depan.

===============================================

Ahli politik Sabah disiasat kes rasuah
12/08/2008
Petikan akhbar Berita Harian, Star, Kosmo, Sun, NST, Nanban dan China Press

BPR sedang menyiasat seorang ahli politik dari Sabah dipercayai terbabit dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa, pemalsuan dan amalan rasuah yang membolehkannya mendapat tiga kontrak bernilai RM40 juta di Labuan. Difahamkan ahli politik itu memberi suapan kepada beberapa pegawai Kementerian Wilayah Persekutuan menawarkan tender kontrak bagi membantu Firma kejuruteraannya mendapat kontrak menguntungkan. Ahli politik itu turut disyaki memalsukan beberapa dokumen berkaitan kontrak itu bagi mendapatkan pinjaman RM8juta dari sebuah bank di Kota Kinabalu. Difahamkan juga Bank Negara dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah telah mengarahkan pegawainya menyiasat bagaimana bank tersebut memberi pinjaman kepada ahli politik itu tanpa dokumen lengkap. BPR juga difahamkan telah mengambil beberapa fail milik ahli politik itu yang memegang jawatan penting disebuah agensi di Labuan baru-baru ini. BPR Sabah juga akan mengambil keterangan ahli politik itu dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan untuk tindakan susulan.





Subject: Musa Aman Hadapi 25 Tuduhan Rasuah!!! Abang BPR mana? tido??

16/4/2007, 9:40 pm

Anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub dalam perbahasannya di Dewan Rakyat pada 26 Mac lalu menggesa Abdullah mengambil perhatian yang serius dan bertindak ke atas Musa Aman selepas 25 kes itu dilapor kepada pihak polis oleh Timbalan Pengerusi KeADILan Sabah, Dato' Dr Jeffery Kitingan, di Ibu pejabat Polis Daerah Karamunsing, Kota Kinabalu, 19 Mac lalu.

Antara 25 pertuduhan rasuah ke atas Musa ialah:

Tuduhan Pertama : Musa menggunakan kedudukannya meluluskan kontrak penswastaan skim bekalan air Sandakan Fasa 11 Secara 'Design & Build kepada syarikat proksi, City Best Corporation Sdn Bhd bernilai RM450juta. Musa secara sedar mengetahui syarikat berkenaan tidak mempunyai pengalaman dan modal menjalankan projek berkenaan melainkan surat jaminan kredit sejumlah EM 3.4 juta dengan bank berkenaan berbanding modal berbayar syarikat berkenaan hanya RM 63,000 kepada proksinya.

Tuduhan kedua : Mengarah setiausaha tetap kementerian kewangan negeri Sabah, Dato' S. Abdillah S.Hassan mempengaruhi Pengarah JKR Sabah, Dato' David S.S Chiu supaya memberikan Konsesi kontrak Penyelenggaraan Jalan-jalan JKR di Sabah selama 15 tahun tahun bernilai RM 600 juta bernilai tanpa Tender Terbuka kepada syarikat proksinya, Globanico Sdn. Bhd yang dimiliki Lawrence Chu Jan Tow.

Tuduhan ketiga : Konsesi kontrak HQ 120/2003(S) Penyelenggaraan Jalan Pantai Meligan di Sipitang Sabah selama tiga tahun bernilai RM18 juta tanpa tender terbuka kepada syarikat proksinya, Jatrayisan Corporation Sdn.Bhd

Tuduhan keempat : Konsesi kontrak HQ 193/2003(S) Penyelenggaraan Jalan Nabawab-Sepulot-Agis di Keningau Sabah selama tiga tahun bernilai RM10 juta tanpa tender terbuka.

Tuduhan kelima : Mengarah Kementerian Kerja Raya menyenaraikan projek Mimbina Jalan dari Donggongon-Papar Spurs secara 'Design and build' bernilai RM200 juta tanpa tender terbuka kepada syarikat proksi Kenatex Sdn Bhd.

Tuduhan keenam : Kontrak penyelenggaraan Jalan Jeroco, Lahad Datu, Sabah selama tiga tahun bernilai RM9.5 melalui pengecualian tender kepada syarikat proksi, City Best Corporation Sdn Bhd

Tuduhan ketujuh : Memberi tekanan kepada Menteri Kewangan kedua Tan Sri Noor Mohamed Yaakub agar membatalkan kelulusan projek membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bernilai RM800 juta yang telah dianugerahkan kepada Tan Sri Ting Pek King (setelah menyiapkan pembinaan Terminal 11 Air Asia dan memberikan projek berkenaan kepada syarikat proksinya WCT Sdn Bhd).

Tuduhan kelapan :Melantik syarikat proksi Sagajuta( Sabah) Sdn Bhd untuk membangun kompleks membeli belah bernilai RM120 juta.

Tuduhan kesembilan : Mengarahkan Yang Dipertua Persatuan Islam Sabah Bersatu melantik syarikat proksinya Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd bekerjasama dengan Warisan Harta Sabah Sdn Bhd membangunkan Kompleks Beli Belah bernilai RM1 bilion

Tuduhan ke-10 : Meluluskan konsesi Pembalakan di Benta Wawasan kepada tiga syarikat yang diketuai oleh seorang China yang berasal dari Filipina . Menjadi dalang utama yang mendaftar pendatang asing tanpa izin sebagai ahli dan pengundi. Musa meluluskan konsesi Pembalakan di Benta Wawasan dan kesemua mereka telah membayar sejumlah RM70 juta kepada Musa sebagai imbalan meluluskan 82,000 ekar konsesi kayu balak.

Tuduhan ke-11 : Melantik seorang wanita tanpa izin (Pati) yang mendapat kad pengenalan projek daripada taske Forse Umno, Rahmawati sebagai kerani di Yayasan Sabah. Musa telah membayar sejumlah Rm5,000 kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Abdul Rauf Sani untuk mendapatkan kad pengenalan berkenaan. Musa turut mempunyai skandal seks dengan gadis tersebut sehingga melahirkan 'anak luar nikah' yang dihantar ke Banjar Masin untuk menutup rahsia.

Tuduhan ke-12: Mengarahkan nomineenya arkitek Melvinyeo Kiandee dan Terence Chu Shen Taur memajukan Semenanjung Emas iaitu Tanah Seluas 70 ekar di Sutera harbour dimiliki Danaharta amnagers Sdn Bhd.

Tuduhan ke-13: Musa telah mencemarkan imej kerajaan negeri Sabah dan kedudukannya dengan 'menjual sendiri' 150 lot bungalow dan menyalah guna Pejabat Ketua menteri Sabah dan Instrument kerajaan untuk kepentingan diri.

Tuduhan ke-14 : Mengarahklan pemilik syarikat Actaland Sdn bhd yang memajukan tanah TL 0175448866 berkenaan memungut deposit 50% daripada nilai harga banglo berkenaan pada masa menandatangani kontrak jual beli sedangkan pembinaan belum dimulakan.

Tuduhan ke-15 : Bertanggungjawab ke atas sayap pelaburan kerajaan negeri Suria Capital Holding Berhad mengarahkan Sabah Port Sdn Bhd melantik anak saudaranya, Mohd Hasnol Ayub Aman sebagai Pengarah pada 17 Jun 2002. Hasnol yang juga pengarah S.P Satria Sdn Bhd membolot semua kontrak kerja di Lembaga Pelabuhan Sabah tanpa sebarang tender.

Tuduhan ke-16: Memungut derma untuk membina bangunan Umno berdekatan Wisma BSN di Karamunsing , Kota Kinabalu tanpa permit polis dan telah mengumpul sejumlah RM 160 juta dan tidak mengisytiharkan pungutan tersebut kepada Bendahari Umno dan Majlis Tertinggi Umno Malaysia.

Tuduhan ke-17 : Mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Dato' KY Mustafa melanjutkan tempoh perkhidamtan Setiausaha tetap Kementerian Kewangan , Dato' Abdillah Hassan yang sepatutnya bersara wajib kontrak. Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen (2) Ordinan 22 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1970 kerana melanjutkan tempoh perkhidmatan berasaskan keuntungan untuknya.

Tuduhan ke-18 : mengarahkan kerajaan persekutuan membatalkan khidmat Femoma Sdn Bhd (agensi pemeriksaan kesihatan pekerja asing di Sabah) dan melantik syarikat proksinya Growarisan Sdn bhd menjalankan tugas berkenaan.

Tuduhan ke-19 : membelanjakan RM2 juga untuk membiayai pemberian 822,000 kad pengenalan projek kepada Pati yang diselia oleh Jabar Khan Napi. Turut memberikan RM10 juta untuk urusan membawa pengundi hantu ke kawasan pilihan raya di seluruh Sabah dan melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1054.

Tuduhan ke-20 : Meluluskan konsesi kayu balak di Benta Wawasan kepada 18 syarikat kroninya tanpa tender dan penjualan kayu balak bulat Yayasan Sabah di bawah harga pasaran kepada syarikat kroni dan nomineenya.

Tuduhan ke-21 : Bersubahat dengan Samsudin Yahya mengupah tiga orang lelaki mendatangkan kecederaan dengan niat terhadap rakan kongsi Musa, Lue Sue Seng hingga luka parah kerana mendedahkan rahsia hubungan sulit Musa kepada umum. Sebagai balasan Musa telah melantik Samsudin yang merupakan bekas pemandu teksi sebagai calon BN bagi Dun Sekong pada pilihan raya umum 2004.

Tuduhan ke-22: Membayar sejumlah tertentu kepada ketua Polis Daerah Sandakan, Ilyas Ibrahim untuk menutup kes jenayah yang dilakukan Samsudin dan tiga orang lagi terhadap Lue Sue Seng. Musa juga telah melantik Ilyas sebagai Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu serta dilanjutkan selama dua tahun bagi membalas jasa Ilyas menutup kes siasatan jenayah dan subahat berkenaan.

Tuduhan ke-23 : Bersama Ketua Umno Bahagian Petagas, Dato' Yahya Hussin dan pegawainya, Kahar Mohd Zain cuba merasuah dan menghalang saksi yang disapena oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai integriti, Jabar Khan Napi.

Tuduhan ke-24 : mempengaruhi dan menghalang Pengarah BPR menerima laporan yang dibuat Dr Jeffrey Kitingan terhadapnya pada 9 Februari 2007 dan mengarahkan Jeffrey datang pada 12 Februari 2007.

Tuduhan 25 : Mempengaruhi dan merasuah sejumlah wang kepada Ketua Pengarah BPR Malaysia, Dato' Zulkipli Mat Nor dalam perjumpaan sulit di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur agar melengahkan siasatan berhubung Skandal Wisma Bandaraya. Dalam laporan itu, Musa juga didakwa menghalang tugas pegawai awam terbabyt dengan rasuah dan menyalah guna kuasa mengikut seksyen 2(1) dan Seksyen 2(2) Ordinan 22 (kuasa-kuasa perlu) Darurat, 1970: Seksyen 12(1), (a), (b),(c), (d) Bahagian 111 Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 15(1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

http://www.sioloon.com/sudut-informasi-f33/musa-aman-hadapi-25-tuduhan-rasuah-abang-bpr-mana-tido-t80.htm

RM600 000 utk Bikmama Tersayang


Ahli parlimen PKR Tian Chua mendakwa individu yang tidak dikenal pasti telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.

Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.

Beliau bagaimanapun, tidak tahu tujuan wang itu digunakan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Tian juga mendakwa bahawa dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama.

Beliau mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Ia didakwa untuk membeli hartanah.


Advertise Here

Tian juga mendakwa ahli perniagaan Syed Mohammad Syed Nursin pula menghantar RM1.19 juta ke UK melalui Salamath Ali, juga untuk tujuan membeli hartanah.

Syed Mohammed adalah adik kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Tian berkata, beliau mempunyai salinan surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Bank Negara kepada pengurup tersebut, memintanya menjelaskan mengenai pengiriman wang secara haram itu.

Ahli parlimen Batu menggesa Bank Negara supaya menyiasat orang yang menghantar wang tersebut dan bukan hanya memfokuskan siasatan kepada pengurup terbabit sahaja.

Malaysiakini

Dzulfikar Mashoor

PULAU PINANG, 19 Sept: Beberapa pekerja bawahan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) mendakwa terdapat beberapa kes rasuah yang melibatkan ahli lembaga pengarah di pelabuhan itu.

Kes rasuah tersebut termasuk penggelapan bahan api diesel di SBU Marine Penang Port Sdn. Bhd.

Menurut pekerja yang enggan identitinya diketahui umum itu, dianggarkan kehilangan diesel tersebut bernilai antara RM1.2 juta sehingga RM1.8 juta.

Tetapi, menurut laporan bertulis kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 8 Jun lalu, anggaran minima penyelewengan itu adalah RM1.2 juta sahaja.


Ujarnya lagi, kes tersebut turut dilaporkan pada Ketua Audit Dalaman majikannya, tetapi sehingga kini tiada sebarang pendakwaan dibuat kepada pihak yang terbabit.


Beliau yang kecewa dengan sikap sambil lewa SPRM dan majikannya, meminta Harakahdaily bertanya sendiri kepada Pengarah Urusan PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar berhubung penggelapan diesel tersebut.

Tambahnya lagi, Ahmad juga boleh menjelaskan konspirasi rasuah antara beberapa ahli lembaga pengurusan PPSB dan pengantara yang membekal minyak kepada PPSB, iaitu Koperasi Tanjong Sdn. Bhd.

Dakwanya lagi, jika kes tersebut dibongkarkan, sekaligus mendedahkan wajah sebenar pemimpin Umno negeri, khususnya Umno Bahagian Tanjong; iaitu pemain utama dalam Koperasi Tanjong Sdn. Bhd.

Ditanya sebab musabab mengapa juruteknik dari Unit Hydrografi PPSB terbabit enggan mendedahkan identitinya, pekerja itu berkata, belum sampai waktunya untuk berbuat demikian.

Alasannya, masih terdapat beberapa pendedahan lain kelak, termasuk penindasan profesional ke atas beberapa pasukan juruteknik PPSB disebabkan pekerja-pekerja terbabit enggan bersekongkol dengan amalan salah guna kuasa tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bulan lepas mendakwa PPSB mengalami kerugian, berdasarkan angka kejatuhan trafik kontena sebanyak 24 peratus pada suku kedua tahun ini.

Tetapi, Guan Eng tidak pula menjelaskan angka kejatuhan tersebut ada kaitannya dengan penyelewengan kuasa atau rasuah yang melibatkan PPSB sendiri.

Membalas kenyataan tersebut, Ahmad menegaskan bahawa Guan Eng tidak ada hak mempertikai pengurusan PPSB.

“Beliau (Guan Eng) tidak mempunyai kuasa bagi bercakap bagi pihak PPSB sebelum berbincang dengan kami. Saya adalah orang yang berkuasa untuk bercakap bagi pihak pelabuhan Pulau Pinang,” tegas Ahmad, sebagaimana memetik dari blog sharpshooter, http://sharpshooterblogger.blogspot.com.

Sebaliknya, Ahmad menjangkakan trafik kontena akan meningkat 12 peratus pada suku tahun ketiga tahun ini.

Trafik kontena di 10 pelabuhan utama meningkat sehingga 3.79 juta TEU dari 3.44 juta TEU pada tempoh tersebut.

Namun, trafik kontena di Pelabuhan Pulau Pinang hanya 2,000 TEU, iaitu lebih kecil angkanya berbanding trafik kontena di Pelabuhan Johor pada suku tahun pertama tahun ini.

Sekiranya segala dakwaan tersebut benar-benar berlaku, ianya menjadi satu lagi sejarah kegelitaan integriti negara selepas kes rasuah dan penyelewengan kuasa di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang sehingga kini masih belum selesai.

Harakah Daily

Posted: Fri Nov 19, 2010 1:46 pm Post subject:
________________________________________
UMNO Teruskan Perhimpunan Agung walaupun Akui Masalah Rasuah/Politik Wang?????

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menolak sebarang alasan untuk menangguhkan Perhimpunan Agung parti yang dijaual bermula esok walaupun parti tersebut dihantui oleh masalah politik wang dan rasuah secara berleluasa.


Dalam sepucuk surat jawapan kepada ahli Umno Bahagian Muar, Datuk Kadar Shah Sulaiman, beliau berkata masalah tersebut tidak ada kena mengena dengan perjalanan mesyuarat agung tahunan Umno.


"Jawatankuasa Pengurusan Majlis Tertinggi tidak melihat perlunya menangguhkan Perhimpunan Agung 2008 untuk menyelesaikan semua dakwaan termasuklah yang diambil oleh SPRM oleh kerana tindakan disiplin dan undang-undang tidak ada hubungkait dengan Perhimpunan Agung.

"Proses mengambil tindakan disiplin dan undang-undang adalah sesuatu yang berterusan dan dilakukan setiap masa," kata surat yang bertarikh 20 Mach.


Dalam reaksinya, Kadar Shah yang merupakan anak kepada bekas Pengerusi Tetap Umno berkata jawapan Setiausaha Agung membuktikan Umno tidak mengendahkan masalah rasuah dan politik wang dan implikasi yang bakal diterima parti itu.


Antara bencana besar yang bakal menimpa Umno menurut Kadar Shah lagi ialah perhimpunan yang diadakan akan dianggap haram dan tidak sah mengikut peraturan Pendaftar Pertubuhan.


Surat itu juga menyentuh tiga isu yang dikemukakan kepada pihak parti iaitu kewujudan politik wang serta perlanggaran etika dan peraturan mesyuarat, pemimpin yang terjebak dengan politik wang dan kemungkinan calon-calon yang menang terpaksa melepaskan jawatan sekiranya mereka disabitkan dengan rasuah dan politik wang.


"Perkara yang saya bawa kepada pengetahuan Setiausaha Agung adalah amat serius kerana itu saya bersungguh-sungguh mahu kes-kes rasuah ini diselesaikan semuanya sebelum parti bersidang.

"Malangnya pucuk pimpinan parti lebih rela tindakan undang-undang diambil keatas Umno daripada ikhlas membanteras gejala rasuah dikalangan ahli dan pemimpinnya," jelas Kadar Shah lagi.


Surat itu juga menyenaraikan 995 laporan kes rasuah politik yang diterima Lembaga Disiplin, 567 laporan yang ditolak, 94 ahli didakwa, 41 bersalah dan 53 tidak bersalah.

Sumber : http://perak.pas.org.my/1r/images/index.php?option=com_content&view=article&id=522:umno-teruskan-perhimpunan-agung-walaupun-akui-masalah-rasuahpolitik-wang&catid=46:isu-semasa&Itemid=128

STATUTORY DECLARATION
I, XXXXXXXX Police I/C No: XXXXX, a Malaysian citizen of full age and residing at XXXXX Kuala Lumpur, do hereby sincerely and truly affirm and say as follows:-
I joined Polis DiRaja Malaysia since XXXXX and am currently serving as XXXX am the aide de camp (ADC) of the Inspector of Police Tan Sri Musa Hassan (IGP Musa) XXXXXX

Advertise Here
2. During the period that I XXXXX as ADC to IGP Musa, I observed many things that caused me to lose confidence in the leadership of IGP Musa. Many of his actions undermined the integrity and credibility of PDRM as the principal law enforcement agency entrusted with the maintenance of law and order of the country.
3. On many occasions, I observed that the public persona displayed by IGP Musa is totally opposite to his private conduct and actions which are unknown to the public and the Government. IGP Musa’s actions constitute a betrayal of his oath of office as the country’s No. 1 Policeman which in Malay would be considered as “Pengkhianat.”
4. I became disillusioned when Dato’ Christopher Wan, then Director CID, revealed to me that IGP Musa had directed a covert blog to be set up to make allegations of corruption against Dato’ Johari Baharom, then the Deputy Minister of Home Security. Dato’ Johari Baharom became the subject of an ACA investigation which damaged Dato’ Johari’s credibility.
5. I am also aware of various statutory declarations made by several policemen, police informants and subjects of police actions showing linkages between IGP Musa and the underworld, specifically concerning the RR detainee, Goh Cheng Poh @ Tongku, and one shadowy figure, BK Tan.
6. Based on my personal knowledge and involvement as the ADC to the IGP, I can confirm that the statements made by these deponents concerning IGP Musa are true and do correctly reflect the events as described by them about IGP Musa.
7. In specific reference to the events narrated in the SDs of ASP Mior Fahim Bin Ahmad (G/13237) and ASP Hong Kin Hock (G/10990) about the manipulations of promotions, ranks and postings in the hierarchy of the PDRM involving BK Tan, these are indeed true. I have personal knowledge and involvement in that I was asked, as ADC, to compile and co-ordinate such posting orders based on the drafts and proposals made by BK Tan. A copy of this draft which was subsequently implemented as police posting orders is marked herewith as Attachment “A”.
8. Officers were transferred to achieve certain objectives. In some cases, there were entrapments that made certain officers appear guilty of wrongdoings. In others, allegations were made against certain officers that resulted in them being given either 24 hour transfer orders or short notice transfers. This gave the impression that IGP Musa was eradicating corruption and abuses within PDRM, whereas in most cases that was furthest from the truth.
9. The credibility of these officers would be demolished such that whatever information they have gathered about IGP Musa would be discredited. These officers would suffer hardships being transferred away from their family and home base. They will also get bypassed in promotions and will suffer disciplinary actions without the proper process. Consequently, less able officers climbed the ranks and the victimized officers were used as warnings against others of similar consequences. This process of “mencantas” explains the apparent lack of ability by PDRM to tackle crime, the lack of motivation and low morale within PDRM that saw crime escalating at an alarming rate during the tenure of IGP Musa.
10. I tried to inform the higher echelons in PDRM about this matter in the hope that these superior officers could do something about the matters I have witnessed. Among those whom I had spoken to were:
a) Tan Sri Najib, former DIGP;
b) Dato’ Amir Sulaiman, Ex-Director of Admin;
c) Dato’ Kamaruddin Ali, Director of Admin;
d) Dato’ Othman Salleh, Chief of Police Negri Sembilan;
e) Dato’ Khalid, Chief of Police Selangor;
f) SAC II Lau Hong Soon.
11. When nothing was done about my complaints, I also raised this with some people outside PDRM namely:
a) former IGP Tun Haniff Omar;
b) Dato Johari Baharom, former Deputy Home Minister;
c) Dato’ Radzi Sheikh Ahmad;
d) Tuan Che Md Ismail of the Police Force Commission and another member of the Commission.
12. I also informed Dato’ Ramli Yusuff, the former Director CCD, whom I knew had been IGP Musa’s superior for 6 years and who, at that time was investigating some money lending syndicate linked to IGP Musa. I believe Dato’ Ramli would have reported this information to the Deputy Home Minister within the scope of his investigations on the money lending syndicate.
13. However, nothing much could be done when IGP Musa was given an extension of service of 2 years in July 2007 by the previous Prime Minister who was also the Home Security Minister. This served as a powerful endorsement that the Government is fully behind IGP Musa.
14. A sense of fear also gripped many within PDRM and outside when not long after that, in October 2007 during Ramadan, the lawyer who assisted CCD in the Goh Cheng Poh @ Tongku matter (after the A-G Chambers declined to prepare affidavits for these CCD), was himself arrested in a most humiliating manner and charged in court one day before Aidilfitri.
15. The message was clear that IGP Musa had the support of the ACA, the Attorney-General and the Prime Minister in all his actions. This fear, amongst officers in PDRM, translated into a need for self preservation after six rank and file policemen and Dato’ Ramli were charged for various offences. Not long after that, the A-G ordered the release of the said Goh Cheng Poh @ Tongku. Many in PDRM became demoralized that a criminal is released by resort to legalities whereas our own fellow brothers were charged.
16. It is not my intention to be disloyal to IGP Musa, but I feel guilty if I am contributory to this cancer spreading within PDRM. I am a career police officer and I have pledged to serve and defend PDRM and the country.
17. I am not unaware that I may be exposed to dangers by swearing this SD, but all that I have stated above are the truth, the whole truth and nothing but the truth. I hope that what befell the 6 policemen, including Dato’ Ramli Yusuff, who are all facing prosecution, will not happen to me. Many of these officers who were charged ended up becoming taxi drivers, security guards etc which caused great hardships to their families.
18. Even if they are acquitted by the courts, as have recently happened to C/Insp Nordin, Cpl Wong and Dato’ Ramli, sufficient damage are already done to their careers and families. There is the added fear that the A-G Chambers will also appeal against the acquittals and drag these matters further until they are totally forgotten.
19. I hope that I will be given protection by the Minister and the Government for making this disclosure as it is made with the hope to improve PDRM in expectation of a new leadership era under DIGP Tan Sri Ismail Omar and that there should be an end to the persecution of officers who dare to do the right thing.
And I make this solemn declaration conscientiously believing the same to be true and by virtue of the provision of the Statutory Declaration Act, 1960.
SUBSCRIBED AND SOLEMNLY
DECLARED by the abovenamed xxxxxxxxxxxxxx

at Kuala Lumpur this)
day of xxxxxx 2009 xxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Commissioner of Oaths

http://feryco.com/igp-stop-foaming-at-the-mouth#more-761


P/S: Ingat....RASUAH boleh memusnahkan sebuah tamaddun!!!