Tuesday, May 3, 2011

Aktivis: Nadir bumi Lynas tak akan lama

Kontroversi pembinaan pusat nadir bumi di Lynas di Gebeng, Pahang tidak akan dibuka lama sekiranya memulakan operasinya mengikut jadual.

Hew Yoon Tat - yang menggerakkan kempen antiradionaktif untuk projek nadir bumi pertama di Malaysia di Bukit Merah, Perak sejak 1980 - percaya pembinaan loji baru tidak akan mendapat sokongan awam.

"Saya rasa projek Lynas akan diteruskan, kerana sudah ada kontrak. Berapa lama ia bertahan, itu persoalan lain..

"Lynas mungkin berakhit seperti Bukit Merah, kerana orang ramai membantahnya," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di rumahnya di Bukit Merah.

Mengingati pengalamannya mengepalai bantahan terhadap kilang Asian Rare Earth (ARE) di bandar itu, Hew melihat sukar menyeimbangkan kepentingan perniagaan dan kerajaan dengan kehendak awam yang terpaksa mengharungi risikonya.