Tarif K'jaan bukan cari elektrik: populariti, kata TPM
Kerajaan persekutuan mengakui keputusan menaikkan tarif elektrik yang diumumkan semalam bukan perkara popular yang dibuat.
Namun kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kesannya lebih buruk kepada negara jika kerajaan terus mengekang kenaikan harga itu.
"Ini bukan soalan populariti. Sudah tentu, kita tidak akan jadi popular apabila harga apa-apa sahaja dinaikkan.
"Tetapi kita adalah kerajaan yang bertanggungjawab. Jika kita kekalkan harga rendah dan membiarkannya memberi kesan kepada perbelanjaan persekutuan hanya untuk menggembirakan orang ramai, pada jangka panjang rakyat akan merana dan ini tindakan tidak bertanggungjawab kerajaan,” kata Muhyiddin.
Bercakap kepada wartawan selepas melancarkan bangunan baru Suruhanjaya Tenaga di Putrajaya, katanya negara terpaksa berdepan dengan harga tenaga yang terus melambung.
"Ini bukan mengenai populariti ataupun tidak. Ini mengenai menghadapi kenyataan, ini fenomena global. Harga minyak mentah seluruh dunia sudah meningkat,” katanya.
"Jadi adakah kita mahu jadi popular dalam jangka pendek dan membiarkan rakyat merana dalam jangka panjang?” katanya.
Meskipun Muhyiddin berkata kerajaan akan cuba menyerap impak harga pasaran, namun terdapat had sebanyak mana yang mungkin dilakukan kerajaan.