Monday, February 18, 2013

Kerajaan Malaysia Bayar Sewa Untuk Negeri Sabah?

Siapa Yg Misteri Ingin Ditemui Askar Diraja Sulu?















HAMZA (baju merah) selepas taklimat tertutup di Kem Batalion 17, Pasukan Gerakan Am di Felda Sahabat 16, Lahad Datu semalam.
Philippine sultan says followers will not leave Sabah
KEMASKINI
LAHAD DATU: Kosmo Online melaporkan, kumpulan penceroboh yang mahu digelar sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu yang dikepung di Kampung Tanduo, dekat sini telah bersetuju untuk keluar daripada kawasan berkenaan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, kumpulan dari keturunan Sultan Sulu, Selatan Filipina itu meminta untuk bertemu personaliti tertentu sebelum mereka pulang ke negara asal. Siapa individu misteri itu tidak pula dilaporkan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata, pihaknya sedang berusaha untuk membawa personaliti berkenaan bertemu dengan kumpulan terbabit bagi membolehkan proses kepulangan mereka dijalankan secepat mungkin.

Beliau yang enggan mendedahkan nama personaliti berkenaan bagaimanapun memberitahu bahawa Sultan Sulu, Datu Esmail Datu Kiram akan ke negeri ini.

“Ya tetapi tidak tahu bila.
“Tidak perlu saya kata lagi kerana ia adalah sebahagian daripada usaha untuk mengusir kumpulan ini balik.” 

Katanya ketika ditemui pemberita selepas taklimat tertutup di Kem Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Felda Sahabat 16 di sini, semalam. (IH/Kosmo)

Philippine sultan says followers will not leave Sabah
Philippine sultan says followers will not leave Sabah
MANILA (AFP) - Followers of a Philippine sultan who crossed to the Malaysian state of Sabah this month will not leave and are reclaiming the area as their ancestral territory, the sultan said on Sunday amid a tense stand-off.
Sultan Jamalul Kiram said his followers - some 400 people, including 20 gunmen - were resolute in staying despite being cornered by security forces, with the Kuala Lumpur government insisting the group return to the Philippines.
"Why should we leave our own home? In fact, they (the Malaysians) are paying rent (to us)," he told reporters in Manila.
"Our followers will stay in (the Sabah town of) Lahad Datu. Nobody will be sent to the Philippines. Sabah is our home," he said.