Bos Lynas Nicholas Curtis mengaku bahawa syarikatnya telah membuat kesilapan kerana gagal memberi penjelasan secukupnya kepada penduduk di Kuantan berhubung kebimbangan mereka terhadap sisa radioaktif dari loji nadir bumi syarikat tersebut.
"Kami membuat satu kesilapan, dan ia satu kesilapan besar, kerana
memikirkan, kerana kami telah menemui standard keselamatan) Malaysia, maka ianya sudah mencukupi. Ia tak cukup. Kewajipan kami ialah untuk terus memberi penjelasan kepada penduduk di Kuantan."
Pengakuan ketua Lynas itu dibuat ekoran bantahan keras terhadap operasi loji syarikat tersebut, yang sedang dibina di Kawasan Industri Gebeng, kira-kira 50km dari Kuantan. Loji bernilai RM700 juta itu dijadual siap akhir September ini.
"Saya menghormati bahawa emosi sangat tinggi, tetapi ianya satu emosi, bukan fakta," kata Curtis. Menurutnya, penentang projek tersebut telah "memainkan cerita emosi untuk keuntungan politik".
Ia mungkin sedikit terlewat, tetapi bos Lynas itu berazam untuk berdepan dengan penduduk Kuantan yang skeptikal terhadap loji tersebut.
"Satu-satunya cara untuk kami redakan emosi tersebut ialah dengan
membetulkan kesilapan tidak memberi penjelasan secukupnya," kata Curtis sambil menyatakan kesediaannya untuk mengadakan dialog dengan penduduk terbabit.
Curtis berada di Kuala Lumpur minggu ini dan bertemu dengan editor media arus perdana dan media alternatif, termasuk Malaysiakini.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh - salah seorang penentang kuat projek tersebut - pada 1 Julai.