Thursday, October 6, 2011

Pengasas bersama Apple Steve Jobs meninggal dunia

Gambar hitam putih diterbitkan oleh laman web Apple.com ekoran kematian Steve Jobs.
SAN FRANCISCO, 6 Okt — Pengasas bersama Apple Inc dan bekas ketua pegawai eksekutifnya Steve Jobs, yang dianggap sebagai antara ketua pegawai terbaik di Amerika Syarikat dalam generasinya, meninggal dunia semalam. Mendiang Jobs berusia 56.
Jobs bertarung dengan kanser dan masalah kesihatan lain sejak beberapa tahun lalu.
Kematian Jobs diumumkan oleh Apple dalam satu kenyataan. Laman web Apple.com juga menyiarkan gambar hitam putih dengan mesej “Steve Jobs, 1955-2011”.
Ikon Lembah Silikon yang memberikan dunia iPod dan iPhone meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat teknologi terbesar di dunia pada Ogos lalu dan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Tim Cook.
Jobs bertarung dengan kanser pankreas.
“Kecemerlangan, keghairahan dan tenaga Steve merupakan sumber kepada siri inovasi yang tiada bilangannya, yang telah memperkaya dan memperbaiki hidup kita. Dunia berada dalam keadaan baik yang tidak terhingga disebabkan (sumbangan) Steve,” kata Apple dalam kenyataan mengumumkan berita kematian mendiang.