Thursday, November 10, 2011

Bagaimana Tekanan Jiwa Membunuh Anda


Dalam satu kajian, larva pepatung diletakkan di dalam akuarium di mana ia dapat mengesan kehadiran pemangsa yang berada di persekitaran tersebut. Sebenarnya pemangsa tidak dapat mengapa-apakan larva pepatung itu kerana ada halangan yang diletakkan. Satu lagi kumpulan larva pepatung diletakkan di kawasan yang tidak ada pemangsa.
Kajian mendapati larva yang berada di kawasan pemangsa adalah di antara 2.5 hingga 4.3 kali ganda lebih berkemungkinan untuk mati daripada larva yang tidak mengahdapi tekanan untuk di makan.
Manusia juga sebenarnya sama sahaja, akan lebih pendek umur jika hidup dalam tekanan. Kajian yang dilakukan oleh University College London mendapati mereka yang sentiasa bahagia dan gembira adalah 35% lebih berkemungkinan untuk hidup dalam tempoh 5 tahun lagi daripada mereka yang suram, tertekan dan tidak bahagia.
Memang benar sebenarnya bahawa hidup tertekan dan senantiasa muram membawa kepada maut. Banyak yang telah saya lihat daripada kalangan orang tua-tua yang melayan kesukaran serta perasaan mereka dan mula hidup penuh dengan kesuraman akhirnya menjadi semakin lemah ditimpa berbagai penyakit dan akhirnya membawa kepada kematian.(wartashubhi)