Tuesday, June 5, 2012

Cuba Teka, Sebab Apa?

Dua anggota panel siasatan BERSIH 3.0 berundur
  • Nigel Aw
 
Dua orang anggota panel siasatan perhimpunan BERSIH 3.0 mengundurkan diri daripada panel yang ditubuhkan Kementerian Dalam Negeri itu.

Pengerusi panel berkenaan, Tun Hanif Omar berkata dua tokoh berkenaan ialah bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Shim dan pengurus besar kanan hal ehwal korporat Petronas Datuk Medan Abdullah.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini Hanif berkata, Shim memberikan alasan kesihatan manakala Medan pula mempuyai perkara lain yang perlu diuruskan.

Keputusan untuk mengisi kekosongan itu akan dibuat kerajaan tidak lama lagi, katanya.

Individu lain yang menganggotai panel tersebut ialah pengasas kumpulan Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacob, penasihat undang-undang Media Chinese International (kumpulan Sin Chew) Liew Peng Chuan dan professor psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Ruszmi Ismail.