Pengubahan Wang? Persoalan-persoalan Di Australia Untuk Onn Mahmud, Saudara Taib – EKSKLUSIF!
sarawakreport
Dikehendaki untuk disoalsiasat? Saudara Taib yang juga rakaniaganya, Onn Mahmud
Dokumen-dokumen yang berjaya diperolehi oleh Sarawak Report itu menunjukkan bahawa Onn Mahmud telah memberikan maklumat-maklumat yang bercanggah kepada pihak-pihak berkuasa Australia dalam usahanya untuk mendapatkan visa perniagaan dan kemudiannya mengekspot hasil-hasil dari beberapa siri transaksi hartanah bernilai berjuta-juta dollar.
Maklumat-maklumat yang mengelirukan yang diberikan kepada pihak-pihak berkuasa Australia termasuk dakwaan bahawa mereka adalah syarikat asing, Ryan Park Limited, yang digunakan untuk menaja permohonan visanya, adalah sebenarnya “Syarikat Persendirian Australia” yang berdaftar di Australia.
Kami berjaya mendedahkan bahawa Onn Mahmud telah membeli dan menjual semula pelaburan bernilai beratus juta dollar di Sydney, menerusi sebuah jaringan syarikat-syarikat luar negara, beribupejabat di kepulauan Cayman dan diuruskan oleh sebuah bank Amerika yang terkenal, Merril Lynch, dari pejabat-pejabat mereka di Isle of Man.
Permohonan visa itu, yang dikemukakan oleh saudara Ketua Menteri itu kepada pihak-pihak berkuasa Australia, jelas menunjukkan bahawa Ryan Park dan rakan-rakaniaganya (yang kesemuanya dikendalikan sepenuhnya oleh Onn sendiri) memiliki aset-aset pelaburan di Australia bernilai melebihi A$50 juta.

Permohonan visa – melebihi A$50 juta dilaburkan oleh syarikat-syarikat Onn Mahmud di Sydney
Namun, kami dapat membuktikan bahawa Onn Mahmud telah memberikan butir- butir yang palsu untuk mendapatkan Nombor Perniagaan Australia (ABN) untuk salah sebuah dari syarikat-syarikatnya, Ryan Park Limited, walaupun sebenarnya ianya tidak wujud dalam daftar Syarikat Australia (ASIC).

Syarikat
Ryan Park Ltd digunakan untuk menaja permohonan visa untuk Onn Mahmud.
Namun, ianya bukan Syarikat Persendirian Australia sebagaimana
didaftarkan. Tiada bukti mengenai pengkopratannya dalam Daftar Syarikat
Australia (ASIC).

Ferncroft Limited didaftarkan sebagai “Entiti Lain Bukan Dikorporatkan”.
Dua buah lagi syarikat yang dikendalikan oleh Onn (Golden Arrow dan Cherry Blossom) bukan didaftarkan dengan nombor-nombor Perniagaan Australian ABN untuk tujuan percukaian, walaupun permohonan visanya jelas menunjukkan bahawa syarikat-syarikat itu memiliki aset hartanah berjuta-juta dollar dalam bentuk dua buah hotel mewah.
Sebaliknya kami berjaya menjejaki empat buah syarikat ke kepulauan Caymen, di mana kesemuanya dikorporatkan sebagai syarikat “bukan pemastautin” pada masa permohonan visa (walaupun 3 buah darinya termasuk Ryan Park Ltd, kini telah dikeluarkan dari daftar).

Ryan Park telah ditubuhkan pada 1991, tetapi di Kepulauan Cayman bukannya di Australia






Blok rumah pangsa di Potts Point Sydney – dibeli oleh Onn Mahmud pada tahun 1991 menerusi Ryan Park Limited
Onn Mahmud telah memberikan cerita yang lain berkenaan Ryan Park Ltd, setelah syarikat itu membuat keuntungan dengan menjual sebuah blok rumah pangsa utama, Oakford Apartment, di salah sebuah kawasan pintar di Sydney, Wylde Street, di Potts Point.
Semasa memohon visa Onn telah merekodkan Ryan Park sebagai sebuah syarikat persendirian Australia dan mengemukakan rancangan perniagaan yang terperinci untuk membangunkan semula Oakford, dengan mewujudkan banyak pekerjaan juga.
Dia menambah, bahawa blok itu merupakan sebahagian dari portfolio hotel-hotel, pejabat-pejabat, rumah-rumah pangsa dan restoran-restoran yang disenaraikan sebagai sebahagian dari perniagaan yang lebih luas di Sydney, termasuk blok pejabat di No. 287 Elizabeth Street, The Boundary Hotel dan The Valentine Hotel di George Street.

Keuntungan A$11 juta dari hasil jualan semula hartanahnya

Bukan
sebuah syarikat persendirian Australia. Keuntungan dari jualan hartanah
di Sydney ini sedang ditahan oleh sebuah pejabat luar negara yang
dikendalikan dari Isle of Man

Syurga
setinggan. Blok di kawasan pintar ini kini terbiar. Kolam renangnya
berbahaya dan tidak bertutup, pintu utamanya tidak dikawal dan
tingkapnya renggang di tingkat bawah (foto Julai 2012).

No.
287 Elizabeth Street – blok pejabat utama di tengah-tengah Sydney yang
dibeli oleh Onn kemudiannya dibangunkan semula oleh syarikatnya,
Ferncroft Ltd, kemudian dijualnya semula
Dengan statusnya sebagai Orang Politik Yang Didedahkan (PEP) dari Malaysia, persoalan-persoalan ini seharusnya disiasat terlebih dahulu oleh bank-bank yang membantu perniagaannya, kerana sifat perniagaan itu adalah pengubahan wang haram.
Adakah persoalan itu akan mendedahkan bahawa Onn Mahmud adalah seorang peniaga yang beroperasi dengan bantuan kerajaan negerinya yang korup yang ditadbirurus oleh saudaranya sendiri?
Sebenarnya Sarawak Report pernah mendokumentasikan, selama beberapa tahun Onn Mahmud telah bertindak selaku rakaniaga yang ketara kepada Abdul Taib Mahmud, bekerja ditengah-tengah empayar perniagaan keluarga Taib.
Sebagai contoh, Onn adalah merupakan Pengarah pertama dalam syarikat Sakto milik keluarga Taib di Kanada, yang telah ditubuhkan menggunakan wang Taib sendiri dalam tahun 1983 sebagaimana didakwanya suatu masa dahulu. Dia juga bertindak selaku Pengarah pertama dalam syarikat Sakti di US. Pengarah-pengarah lain adalah anak-anak Taib, seorang lagi saudaranya Arip Mahmud dan pada kes Sakti, Taib sendiri!

The Valentine Hotel di George Street – sebuah lagi hotel milik Onn Mahmud yang dikendalikan secara rahsia dari Isle of Man
Dalam pada itu, Onn (dan isterinya) juga merupakan pemegang utama saham-saham dan bertindak selaku Pengarah dalam syarikatnya, Achi Jaya Sdn Bhd, yang mengendalikan syarikat Achipeligo milik Taib yang telah diberikan monopoli untuk mengeluarkan lesen-lesen mengangkut keluar kayu balak dari Sarawak.
Menurut sumber dalaman yang melaporkan kepada Sarawak Report monopoli itu bernilai US$2 billion setahun selama 30 tahun yang lalu, dalam bentuk wang sogokan. Dalam tahun 2007 pihak percukaian Jepun telah mendapati sejumlah beberapa juta yang telah dibayar oleh syarikat-syarikat perkapalan tertentu kepada syarikat Regent Star milik Onn yang berpejabat di Hong Kong.
Sarawak Report telah memperolehi bukti-bukti seterusnya bahawa wang untuk membeli hartanah di Sydney untuk syarikat-syarikat Onn Mahmud telah dihantar oleh bank Merril Lynch dari Hong Kong menerusi cawangan mereka di Singapura.
Kami juga difahamkan bahawa keseluruhan portfolio ini dikendalikan oleh bank utama US ini (kini telah diambilalih oleh Bank of America) dibawah amanah yang ditubuhkan di Isle of Man, yang mengendalikan jaringan syarikat di kepulauan Cayman. Dengan pelupusan syarikat-syarikat yang lain, amanah ini dipercayai telah dikendalikan menerusi syarikat yang masih beroperasi, Golden Arrow Limited.

Makanan Malaysia, dikendalikan oleh isteri Onn Mahmud di hotel butiknya di Sydney – The Valentine Hotel di George Street
Ianya merupakan suatu urusan yang diatur sebegitu rupa untuk menjaga kerahsiaan identiti Onn sebagai pengendali mutlak semua wang itu yang disalurkan menerusi Australia setelah beberapa siri transaksi hartanah yang amat lumayan itu.
Kegagalan kerajaan Malaysia untuk mengekang masalah rasuahnya, tidak melepaskan bank-bank antarabangsa seperti Merril Lynch dari peraturan mereka sendiri dan juga undang-undang Amerika dalam kegiatan haram membantu dalam pengubahan wang, sebagaimana dilakukan oleh bank UBS yang kini disiasat kerana membantu pengubahan wang yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.
Kami ingin mencabar Bank of America untuk memberikan kami maklumat mengenai apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Merril Lynch dalam mempastikan bahawa ratusan juta dollar yang disembunyikan oleh Onn yang mereka uruskan di Isle of man itu bukannya keuntungan dari wang yang diubah secara haram hasil sogokan pembalakan haram di Sarawak?

Anda ingin mengekspot kesemuanya? Mohon lesen dari saudara saya Onn terlebih dahulu