
Saturday, December 1, 2012
Subhanallah...Hikmah Tulang Sulbi!!!

Thursday, November 29, 2012
Allahu Allahu......!!
Bukti wanita Gaza adalah paling subur di dunia

Jika kematian Raja Abdullah betul berlaku, kehadiran Imam Mahdi semakin dekat


Hari Malang Buat PM Najib!
Deepak, Musa: Perwakilan Umno perlu tanya Najib
| Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR:
Para perwakilan Umno perlu menuntut penjelasan daripada presiden
mereka Datuk Seri Najib Razak berhubung pendedahan yang dibuat ahli
perniagaan Deepak Jaikishan yang disiar oleh tiga media alternatif
sejak kelmarin.Ianya berkaitan pendedahan Deepak yang mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Najib dan juga beberapa pendedahan yang turut berkait dengan pembunuhan wanita Moggolia Altantuya Shaariibuu.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, para perwakilan Umno perlu mendapat penjelasan daripada Najib berhubung pendedahan Deepak itu demi membersihkan imej Umno apatah lagi berdepan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).
"Perwakilan perlu bangkit, soal dalam perbahasan dan Najib perlu jawab.
"Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung ini, medan terbaik untuk ahli Umno mendapat jawapan dari mulut Najib sendiri," katanya kepada Harakahdaily.
Selain isu Deepak katanya, perwakilan Umno juga perlu mendesak naib presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Dalam Negeri yang didakwa campur tangan dalam penyiasatan polis seperti didedahkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan semalam.
Menurut
Mahfuz, beliau tidak menolak kemungkinan wujud pihak tertentu di
belakang Deepak dan Musa yang mahu menekan Najib sehingga kedua-duanya
berani tampil mendedahkan hal sebenar di saat Najib dan Umno sedang
dalam perhimpunan agung mereka."Pendedahan ini dibuat pada waktu yang sangat strategik seperti telah dirancang pihak tertentu.
"Najib perlu perjelas sama ada Deepak dan Musa ini adalah permainan Muhyiddin untuk menekan beliau untuk berundur, atau ianya memang dakwaan sebenar," soalnya.
Sorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa turut sependapat bahawa ada pihak lain di belakang kenyataan 'eksplosif' Deepak dan Musa itu.
"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak," kata Husam.
Kenyataan yang disiarkan dalam lamannya, Husam.com itu mencadangkan agar, "Umno melepaskan Najib".
"Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan Umno untuk meneruskan survival - di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru," jelas Husam.
Rumah Di Tengah Lebuhraya?
Rumah Ini Berdiri Tegak di Tengah Jalan Raya
VIVAnews - Rumah ini tegak berdiri di tengah jalan raya yang baru saja dibangun di Wenling, provinsi Zhejiang, China. Pemilik rumah mengatakan uang ganti rugi yang diberikan tidak cukup untuk membiayai pembangunan rumah baru.Wednesday, October 24, 2012
Bara Dendam Yang Belum Padam?
PKR: Sanusi fitnah Anwar, tuduhan tiada asas
Wartawan Sinar Harian
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, nyata sekali kenyataan Sanusi adalah fitnah semata-mata dan tidak berasas.
"Kenyataan bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Sanusi Junid bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menggagalkan agenda Melayu ketika memegang jawatan Menteri Kewangan adalah tidak berasas sama sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sanusi dan Anwar pernah menganggotai Kabinet ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar dipecat oleh Dr Mahathir pada September 1998.
Selain itu, Sanusi juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Umno dan Naib Presiden Umno.
Nik Nazmi berkata, ketaksuban beliau dalam menyerang Anwar dan mempertahankan Dr Mahathir dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin membuatkan beliau tidak nampak penyelewengan ekonomi yang telah menjadikan rakyat Malaysia umumnya dan Melayu umumnya sebagai mangsa.
Daim juga merupakan bekas Bendahari Umno.
Nik Nazmi berkata, menurut Sanusi ketika sebuah forum ekonomi Melayu semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Daim cuba ‘meniru’ dasar anti-Yahudi Jerman dahulu dengan tidak memberikan lesen perbankan kepada masyarakat bukan Melayu.
"Namun Sanusi mendakwa usaha ini digagalkan oleh Anwar yang memberikan lesen perbankan kepada dua kumpulan bukan Melayu iaitu Hong Leong Bank dan Alliance Bank.
"Tuduhan Sanusi tidak berasas. Alliance Bank Malaysia Berhad merupakan syarikat perbankan di bawah Alliance Financial Group Berhad (AFG) yang dikaitkan dengan Tun Daim Zainudin," kata beliau lagi.
Nik Nazmi berkata, Daim dikatakan memiliki ekuiti 14.8 peratus AFG menerusi Langkah Bahagia Sdn Bhd.
Langkah Bahagia bersama-sama pihak-pihak berkaitan syarikat pelaburan Singapura, Temasek Holdings Ltd mempunyai kepentingan di dalam AFG menerusi Vertical Theme Sdn Bhd, katanya.
"Hubungan AFG dan Daim bermula sejak 1982 lagi apabila beliau membeli Malaysian French Bank. Malaysian French Bank kemudian dinamakan Multi-Purpose Bank. Pada 1997, Langkah
Bahagia membeli saham di dalam Hock Hua Bank (Sabah). Salah seorang pemilik saham Langkah Bahagia, Mohd Nasir Ali mengumumkan bahawa beliau bertindak bagi pihak Daim.
"Hock Hua Bank kemudian ditukar nama menjadi International Bank Malaysia Berhad dan digabungkan bersama Multi-Purpose Bank serta enam lagi syarikat kewangan untuk menjadi AFG," kata beliau.
Sanusi yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah memberitahu forum ekonomi Melayu semalam bahawa Dr Mahathir dan Daim telah hilang harapan orang Melayu akan mengawal ekonomi.
Apabila mereka melihat kemajuan lambat, mereka memutuskan untuk mengikuti contoh Jerman tidak memberikan lesen perbankan kepada orang-orang Yahudi.
Akan tetapi rancangan tersebut gagal selepas Anwar menjadi Menteri Kewangan yang meluluskan lesen kepada kumpulan perbankan bukan Melayu iaitu Alliance Bank dan Hong Leong Bank.
Nik Nazmi menambah, kemungkinan agenda Melayu yang dimaksudkan Sanusi adalah untuk menjaga kepentingan saham kroni-kroni Umno-BN seperti bagaimana Petronas ditekan untuk menyelamatkan syarikat milik anak Dr Mahathir, Mirzan iaitu Konsortium Perkapalan Berhad sewaktu krisis ekonomi 1997 dengan harga melebihi kadar pasaran.
"Namun yang menghalang usaha tersebut ialah Anwar," katanya lagi.
Reformasi perbankan Dr M diilhamkan oleh dasar anti Yahudi Jerman, kata Sanusi
Oleh Amin Iskandar
Penolong Pengarang Berita
Penolong Pengarang Berita
Sanusi (gambar) memberitahu
forum ekonomi Melayu di PWTC hari ini bahawa Dr Mahathir dan bekas
menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin telah hilang harapan orang Melayu
akan mengawal ekonomi.Apabila mereka melihat kemajuan lambat, mereka memutuskan untuk mengikuti contoh Jerman tidak memberikan lesen perbankan kepada orang-orang Yahudi.
Akan tetapi rancangan tersebut gagal selepas Anwar menjadi menteri kewangan yang meluluskan lesen kepada kumpulan perbankan bukan Melayu — Alliance Bank dan Hong Leong Bank.
“Kami berpendapat bahawa jika kita tidak boleh mengawal ekonomi, kita akan mengikuti Jerman,” Sanusi berkata di Kongres Ekonomi Melayu di sini.
“Di Jerman lesen perbankan tidak diberi kepada orang-orang Yahudi.”
Beliau berkata sementara lesen sedia ada telah diberikan kepada bukan Melayu, Daim memastikan bahawa semua bank mempunyai pengarah Melayu yang paling penting adalah untuk memastikan semua bank mempunyai pengaruh Melayu.
“Tetapi malangnya kecelakaan besar berlaku. Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan beliau meluluskan lesen perbankan Alliance Bank dan Hong Leong Bank,” katanya.
“Kami tidak mahu beri. Sudah lama kami kawal.
“Hasilnya sekarang terdapat “dua bank bukan Melayu tanpa pengaruh Melayu,” katanya lagi.
Sanusi adalah bekas setiausaha agung Umno di zaman pemerintahan Dr Mahathir.
Beliau berdiri teguh dibelakang Dr Mahathir semasa krisis Umno yang menyebabkan Anwar yang pada ketika itu timbalan presiden Umno dipecat dari jawatan kabinet dan parti.
Sanusi juga merupakan pengasas kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang kemudiannya dipimpin oleh Anwar sebagai presiden.
Tuesday, October 23, 2012
Gambar Siti Fazlena Sahili Campak Bayi 2.8 Kilogram. Saya Tidak Bersalah!!

Siti Fazlena Sahili
satu nama yang mengejutkan negara dengan tindakan yang tidak
berperikemanusiaan apabila didakwa telah mencampaknya bayinya yang tidak
kenal apa-apa di dunia lagi, daripada tingkat 3. Hasilnya………seperti
yang anda lihat sendiri pada gambar ini.

Apalah dosa bayi diperlakukan sebegini..
- Dakwaan terhadap Siti Fazlena Sahili : Dengan sengaja mencampak bayi seberat 2.8 kilogram tersebut dari tingkat tiga blok kediamannya dan menyebabkan bayi jatuh ke tempat letak motosikal di bawah.
- Siti Fazlena, seorang pekerja kilang didakwa melakukan kesalahan itu di No. B1-3-23, Blok 1, Flat Desa Mentari, Jalan PJS 6/5E Sungai Way, di sini, pada 11 pagi, 16 September 2012
- Didakwa mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda, jika sabit kesalahan.
Dan sekarang, Seorang ibu muda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen semalam.
Beliau
mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen semalam. Haiwan pun tahu
sayangkan anaknya. Ada ibu yang bergolok bergadai nak dapatkan anak,
bertahun-tahun masih lagi tak dapat zuriat. Yang kita sekarang ini,
Tuhan dah anugerahkan rezeki tak ternilai seperti ini, kita persiakan
malah bertindak kejam dengan memperlakukan seperti “sampah”, boleh
campak sesuka hati. Masyarakat kita semakin rosak, ada sesuatu yang
tidak kena dengan masyarakat kita hari ini terutamanya golongan muda.
Mudah hilang pertimbangan……Di mana silapnya?
P/S
: Sudahlah menanggung azab sakit bersalin…kemudian boleh sahaja
dicampak begitu sahaja. Beza dengan semangat & nilai keibuan ibu-ibu
kita zaman dahulu..
SubhanaLlah...Jalan Kaki Tunai Haji 314 Hari Dari Bosnia..
Ibnu Hasyim
SENAD HADZIC
|
Berjalan kaki 5,700km untuk tunaikan haji
SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.
"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.
Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.
Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.
"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.
"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.
"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.
Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq. Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.
Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. - AFP
Friday, October 19, 2012
Baru! Peradaban Dunia Bermula Dari Tanah Melayu..
![]() |
TEORI ahli genetika dan struktur DNA manusia dari Oxford University, England, Stephen Oppenheimer, dikatakan seperti memutarbalikkan sejarah yang sedia ada. Melalui bukunya yang merupakan catatan perjalanan penelitian genetis populasi di dunia, ia mengungkapkan bahawa peradaban yang ada sesungguhnya berasal dari Timur, khususnya Asia Tenggara!
Hal itu disampaikan Oppenheimer dalam diskusi bedah bukunya berjudul ‘Eden in The East’ (gambar di sebelah) di Bangunan LIPI, Jalan Gatot Subroto, Jakarta Pusat, Khamis 28 Oktober 2010.lalu. Sejarah selama ini mencatat, induk peradaban manusia moden itu berasal dari Mesir, Mediterania dan Mesopotamia.
Tetapi, menurut dia, nenek moyang dari induk peradaban manusia moden berasal dari tanah Melayu yang sering disebut dengan Sundaland atau Indonesia.
Apa buktinya?
“Peradaban agrikultur Indonesia lebih dulu ada dari peradaban agrikultur lain di dunia,” kata Oppenheimer dalam diskusi yang juga dihadiri Jimly Asshiddiqie.
Lulusan fakulti kedokteran Oxford University melalui bukunya mengubah paradigma yang ada selama ini, di mana peradaban paling awal adalah berasal dari daerah Barat. Perjalanan yang dilakukan dimulai dengan komentar tanpa sengaja oleh seorang lelaki tua di sebuah desa zaman batu di Papua Nugini.
Dari situ dia mendapati kisah pengusiran petani dan pelaut di pantai Asia Tenggara, yang diikuti serangkaian banjir pasca-sungai ais hingga mengarah pada perkembangan budaya di seluruh Eurasia. Oppenheimer meyakini temuan-temuannya itu, dan menyimpulkan bahawa benih dari budaya maju, ada di Indonesia.
Buku ini mengubah secara radikal pandangan tentang prasejarah. Pada akhir Zaman Ais, banjir besar yang diceritakan dalam kitab suci berbagai agama benar-benar terjadi dan menenggelamkan paparan benua Asia Tenggara untuk selamanya.

Peta imigran manusia selama 160,000 tahun zaman ais terakhir oleh Stephen Oppenheimer. Ini adalah hasil kerjanya yang didasarkan pada DNA mitokondria, bukti kromosom Y, arkeologi, klimatologi, dan studi fosil dan melacak rute dan waktu imigran manusia keluar dari Afrika dan ke seluruh dunia.
Hal itu yang menyebabkan penyebaran populasi dan tumbuh suburnya berbagai budaya Neolitikum di Cina, India, Mesopotamia, Mesir dan Mediterania Timur. Akar permasalahan dari pemekaran besar peradaban di wilayah subur di Timur Dekat Kuno, berada di garis-garis pantai Asia Tenggara yang terbenam.
“Indonesia telah melakukan aktiviti pelayaran, memancing, menanam jauh sebelum orang lain melakukannya,” ujar dia.
Oppenheimer mengungkapkan bahawa orang-orang Polinesia (penghuni Benua Amerika) tidak datang dari Cina, tetapi dari pulau-pulau Asia Tenggara. Sementara penanaman beras yang sangat pokok bagi masyarakat tidak berada di Cina atau India, tetapi di Semenanjung Malaya pada 9,000 tahun lalu.

Akibat iklim Bumi yang semakin panas saat zaman ais secara dramatis pada 65-52 ribu tahun yang lalu, membuat air laut semakin naik di daerah khatulistiwa iaitu Indonesia. Keadaam itu memaksa nenek moyang manusia pindah dari daerah khatulistiwa ke daerah utara dan selatan Bumi. (Stephen Oppenheimer)
Eden In The East juga mengungkapkan, berbagai suku di Indonesia Timur adalah pemegang kunci siklus-siklus bagi agama-agama Barat yang tertua. Buku ini ‘membalikkan’ sejumlah fakta-fakta yang selama ini diketahui dan dipercaya masyarakat dunia tentang sejarah peradaban manusia.
“Buku ini memang juga ada biasnya. Kerana penulis isterinya orang Malaysia sehingga ada perspektif Malaysia,” kata Jimly yang hadir dalam acara itu. (IH/Fina Dwi Yurhami/vivanews/icc.wp.com)

Peta animasi daerah Sundaland, selama dan sesudah zaman ais
JOURNEY OF MANKIND (tunggu beberapa saat hingga gambar GIF animasi bergerak):

Pena bercabang-cabang Dr Mahathir................

|
ULASAN Pada 2001, Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Malaysiakini sebagai "pengkhianat" negara.
Waktu itu portal berita ini dituduh mengambil dana hartawan George Soros, spekulator yang dituduh dalang perosak ekonomi Asia susulan "kesan tom yam" keruntuhan mata wang bath.
Lima tahun kemudian, mantan perdana menteri tidak semena-mena menerima penjelasan Soros bahawa beliau tidak terlibat meranapkan ekonomi negara dalam krisis 1997 selepas satu pertemuan di Kuala Lumpur.
Padahal Soros dan Mahathir pernah menjalin permusuhan senyap sejak awal 1990-an.
Dalam tempoh berbaik-baik dengan Soros itu, Dr Mahathir memberikan wawancara kepada Malaysiakini, media dalam talian yang didakwa "pengkhianat" sewaktu di puncak kuasanya.
Mahathir mempergunakan Malaysiakini - seperti juga taktiknya berbaik-baik dengan Soros - waktu itu kerana beliau sedang berperang besar dengan pengganti pilihannya sendiri, Abdullah Ahmad Badawi, sehingga parti dan media arus perdana membelakangkannya.
Hanya Malaysiakini satu-satunya media alternatif yang sepadan dengan media besar arus perdana. Maka, beliau memilih Malaysiakini, selain pentas-pentas ceramahnya di serata negara.
Tujuan rasmi (siapa tahu tujuan tidak rasmi pertemuan Soros-Mahathir?) berbaik-baik itu dilaporkan untuk bersama-sama menentang presiden George Bush yang mengamalkan dasar perang demi petroleum.
Dana gelap kepada Abramoff
Padahal, kemunculan awal Bush ini disambut positif oleh Umno dan media arus perdana atas kejayaannya menewaskan calon Demokrat, Al Gore pada tahun 2000.
Mereka
bergembira atas kenaikan Bush semata-mata dendam mereka pada Gore -
sewaktu itu, 1998, naib presiden Amerika Syarikat - yang pernah
melemparkan percikan sokongan pada Gerakan Reformasi dalam ucapannya di
Kuala Lumpur.
Susulan kemenangan Bush, Dr Mahathir secara senyap-senyap mengatur pula pertemuan dengan presiden Amerika Syarikat itu di Rumah Putih pada 2002.
Maka tersebarlah foto kedua-dua pemimpin ini berjabat tangan sambil tersenyum ke serata dunia.
Namun, kehebatan Dr Mahathir ini terbongkar apabila beliau dituduh menggunakan AS$1.2 juta (RM4.56 juta) kepada pelobi Jack Abramoff untuk membeli janji temu dengan Bush.
Dana
yang disalurkan secara gelap kepada Abramoff - bersama taktik gelap
pelobi itu sendiri - menyebabkan Senat Amerika menyiasatnya.
Abramoff akhirnya mengaku bersalah, dan pada waktu yang sama mendedahkan tembelang di sebalik makna jabat tangan Mahathir-Bush, empat tahun sebelum Mahathir-Soros berbaik-baik untuk menentang presiden tersebut.
[Dr Mahathir akhirnya mengakui kewujudan dana ini tetapi menafikan ia dibayar oleh kerajaan Malaysia.]
Bolak balik persabahatan & perseteruan Dr M
Seperti hubungan mesra Mahathir-Anwar Ibrahim dan Mahathir-Abdullah, semua imej indah beliau dengan Soros dan Bush berakhir dengan sikap perseteruan.
Abdullah diangkat sebagai pengganti Anwar sewaktu bekas "anak didiknya" menjadi musuh nombor satunya. Kemudian Abdullah menjadi musuhnya pula.
Di saat itulah, Mahathir mempergunakan Malaysiakini dalam empat wawancaranya, termasuk menjelang pilihan raya umum 2008, untuk menentang Abdullah. Selepas itu beliau tidak berminat lagi ditemubual akhbar portal ini.
Sikap sebegini - berbolak-balik dalam persahabatan dan perseteruan - sudah lama mendarah daging dalam kelicikan politik Mahathir, seperti dilihat sejak 1980-an.
Musa Hitam, seorang lagi bekas timbalannya, diangkat menjadi regu kuatnya sewaktu perlunya tokoh Johor itu dipergunakan untuk menentang kemaraan Tengku Razaleigh Hamzah.
Musa akhirnya tersungkur dan sekali gus tersingkir dengan beban sejarah yang ditanggungnya hingga saat ini.
Jadi tidaklah menghairankan apabila Mahathir menyerang Soros dan sekali gus Malaysiakini semula dalam artikelnya di New Sunday Times baru-baru ini.
Padahal akhbar itu pernah juga menjadi kecaman utama beliau dan sekutu-sekutunya sewaktu berperang dengan Abdullah.
Lidah orang politik
Cuma, beliau mungkin terasa sasarannya (Malaysiakini) terlalu kecil dalam skema analisisnya dan tidak pula sepadan dengan status besarnya sebagai perdana menteri selama 22 tahun.
Lalu, bagi menampakkan artikelnya itu besar setaraf dengan kenegarawanannya, maka diolah pula slogan "undi untuk pembangkang bermakna undi untuk Soros"!
Dalam wawancara terakhirnya di Malaysiakini,
hanya tiga hari sebelum 8 Mac 2008, Dr Mahathir menyokong penuh barisan
pembangkang - perlunya pembangkang yang menunjukkan sisi-sisi hodoh
wajah politik kerajaan.
Orang kerajaan dan orang parti pemerintah hanya tahu membodek, tambahnya ketika berperang dengan Abdullah dan dengan New Straits Times empat tahun lalu.
Negara kita akan jahanam jika pembangkang lembik seperti politik Singapura, katanya lagi, merujuk negara yang tidak pernah disenanginya itu.
Tanpa sebarang perubahan, barisan pembangkang yang sama - dan "NGO seperti Malaysiakini" itu juga - kini dianggapnya "ejen Soros" untuk "menukar rejim" BN.
Kita boleh faham lidah bercabang orang politik; hal itu tidak perlu dihairankan. Namun kita tidak pernah melihat mata pena bercabang-cabang seperti digunakan Dr Mahathir di dada akhbar pada Ahad itu.
FATHI ARIS OMAR ketua pengarang Malaysiakini.
Waktu itu portal berita ini dituduh mengambil dana hartawan George Soros, spekulator yang dituduh dalang perosak ekonomi Asia susulan "kesan tom yam" keruntuhan mata wang bath.
Lima tahun kemudian, mantan perdana menteri tidak semena-mena menerima penjelasan Soros bahawa beliau tidak terlibat meranapkan ekonomi negara dalam krisis 1997 selepas satu pertemuan di Kuala Lumpur.
Padahal Soros dan Mahathir pernah menjalin permusuhan senyap sejak awal 1990-an.Dalam tempoh berbaik-baik dengan Soros itu, Dr Mahathir memberikan wawancara kepada Malaysiakini, media dalam talian yang didakwa "pengkhianat" sewaktu di puncak kuasanya.
Mahathir mempergunakan Malaysiakini - seperti juga taktiknya berbaik-baik dengan Soros - waktu itu kerana beliau sedang berperang besar dengan pengganti pilihannya sendiri, Abdullah Ahmad Badawi, sehingga parti dan media arus perdana membelakangkannya.
Hanya Malaysiakini satu-satunya media alternatif yang sepadan dengan media besar arus perdana. Maka, beliau memilih Malaysiakini, selain pentas-pentas ceramahnya di serata negara.Tujuan rasmi (siapa tahu tujuan tidak rasmi pertemuan Soros-Mahathir?) berbaik-baik itu dilaporkan untuk bersama-sama menentang presiden George Bush yang mengamalkan dasar perang demi petroleum.
Dana gelap kepada Abramoff
Padahal, kemunculan awal Bush ini disambut positif oleh Umno dan media arus perdana atas kejayaannya menewaskan calon Demokrat, Al Gore pada tahun 2000.
Mereka
bergembira atas kenaikan Bush semata-mata dendam mereka pada Gore -
sewaktu itu, 1998, naib presiden Amerika Syarikat - yang pernah
melemparkan percikan sokongan pada Gerakan Reformasi dalam ucapannya di
Kuala Lumpur.Susulan kemenangan Bush, Dr Mahathir secara senyap-senyap mengatur pula pertemuan dengan presiden Amerika Syarikat itu di Rumah Putih pada 2002.
Maka tersebarlah foto kedua-dua pemimpin ini berjabat tangan sambil tersenyum ke serata dunia.
Namun, kehebatan Dr Mahathir ini terbongkar apabila beliau dituduh menggunakan AS$1.2 juta (RM4.56 juta) kepada pelobi Jack Abramoff untuk membeli janji temu dengan Bush.
Dana
yang disalurkan secara gelap kepada Abramoff - bersama taktik gelap
pelobi itu sendiri - menyebabkan Senat Amerika menyiasatnya. Abramoff akhirnya mengaku bersalah, dan pada waktu yang sama mendedahkan tembelang di sebalik makna jabat tangan Mahathir-Bush, empat tahun sebelum Mahathir-Soros berbaik-baik untuk menentang presiden tersebut.
[Dr Mahathir akhirnya mengakui kewujudan dana ini tetapi menafikan ia dibayar oleh kerajaan Malaysia.]
Bolak balik persabahatan & perseteruan Dr M
Seperti hubungan mesra Mahathir-Anwar Ibrahim dan Mahathir-Abdullah, semua imej indah beliau dengan Soros dan Bush berakhir dengan sikap perseteruan.
Abdullah diangkat sebagai pengganti Anwar sewaktu bekas "anak didiknya" menjadi musuh nombor satunya. Kemudian Abdullah menjadi musuhnya pula.
Di saat itulah, Mahathir mempergunakan Malaysiakini dalam empat wawancaranya, termasuk menjelang pilihan raya umum 2008, untuk menentang Abdullah. Selepas itu beliau tidak berminat lagi ditemubual akhbar portal ini.Sikap sebegini - berbolak-balik dalam persahabatan dan perseteruan - sudah lama mendarah daging dalam kelicikan politik Mahathir, seperti dilihat sejak 1980-an.
Musa Hitam, seorang lagi bekas timbalannya, diangkat menjadi regu kuatnya sewaktu perlunya tokoh Johor itu dipergunakan untuk menentang kemaraan Tengku Razaleigh Hamzah.
Musa akhirnya tersungkur dan sekali gus tersingkir dengan beban sejarah yang ditanggungnya hingga saat ini.Jadi tidaklah menghairankan apabila Mahathir menyerang Soros dan sekali gus Malaysiakini semula dalam artikelnya di New Sunday Times baru-baru ini.
Padahal akhbar itu pernah juga menjadi kecaman utama beliau dan sekutu-sekutunya sewaktu berperang dengan Abdullah.
Lidah orang politik
Cuma, beliau mungkin terasa sasarannya (Malaysiakini) terlalu kecil dalam skema analisisnya dan tidak pula sepadan dengan status besarnya sebagai perdana menteri selama 22 tahun.
Lalu, bagi menampakkan artikelnya itu besar setaraf dengan kenegarawanannya, maka diolah pula slogan "undi untuk pembangkang bermakna undi untuk Soros"!
Dalam wawancara terakhirnya di Malaysiakini,
hanya tiga hari sebelum 8 Mac 2008, Dr Mahathir menyokong penuh barisan
pembangkang - perlunya pembangkang yang menunjukkan sisi-sisi hodoh
wajah politik kerajaan. Orang kerajaan dan orang parti pemerintah hanya tahu membodek, tambahnya ketika berperang dengan Abdullah dan dengan New Straits Times empat tahun lalu.
Negara kita akan jahanam jika pembangkang lembik seperti politik Singapura, katanya lagi, merujuk negara yang tidak pernah disenanginya itu.
Tanpa sebarang perubahan, barisan pembangkang yang sama - dan "NGO seperti Malaysiakini" itu juga - kini dianggapnya "ejen Soros" untuk "menukar rejim" BN.
Kita boleh faham lidah bercabang orang politik; hal itu tidak perlu dihairankan. Namun kita tidak pernah melihat mata pena bercabang-cabang seperti digunakan Dr Mahathir di dada akhbar pada Ahad itu.
FATHI ARIS OMAR ketua pengarang Malaysiakini.
Subscribe to:
Posts (Atom)


