Negara-negara UNCAC
Dokumen yang disiarkan oleh lamanweb Sarawak Report menunjukkan syarikat itu bernilai lebih kurang RM250 juta.
Juga disenaraikan adalah kumpulan syarikat-syarikat di Kanada, Sakto yang didakwa Sarawak Report mempunyai hartanah bernilai lebih RM300 juta.Gesaan yang sama dibuat oleh BMF ke pelbagai pertubuhan di Kesatuan Eropah untuk membekukan aset milik bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah melarikan diri ke luar negara.
Semua negara, termasuk Malaysia - di mana syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh BMF itu terletak telah menandatangani dan mengesahkan perjanjian Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pencegahan rasuah (UNCAC).
Semua negara-negara UNCAC diwajibkan untuk menyelaras dengan satu sama lain dan membekalkan bantuan perundangan di mana kes dana-dana tertentu dikaitkan dengan jenayah, termasuk mendapatkan perintah ekstradisi ke atas orang yang dituduh.
(mkini)

Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.
BMF juga melancarkan petisyen di lamanwebnya mendesak pihak berkuasa di negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan keluarganya serta membekukan aset mereka.
Sesetengah syarikat berkenaan dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negeri dan terbabit dengan projek yang disokong oleh kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.