Monday, February 21, 2011

Fuyooo : 12 DNA ditemui pada tubuh Saiful- Peguam Anwar

Fuyooo : 12 DNA ditemui pada tubuh Saiful- Peguam Anwar

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini mahkamah digemparkan dengan kemungkinan DNA 10 lelaki ditemui pada bahan bukti yang diambil daripada tubuh Saiful Bukhari, hari ini peguam Anwar, Ram Karpal Singh mengesahkan penemuan DNA dua lagi lelaki misteri pada bahan bukti.
Jumlah itu bersamaan dengan sepasukan bola sepak, katanya ketika ditemui wartawan sewaktu perbicaraan mahkamah ditangguhkan untuk makan tengahari.
“Saya akan kemukakan kemudian terdapat sekurang-kurangnya DNA dua lagi lelaki misteri ditemui. Ia signifikan kerana ditemui pada tempat yang signifikan.
“Satu di kawasan berhampiran dubur (peri-anal), satu lagi di kawasan atas rektum. Dr Seah temui tiga, saya temui lagi dua (berdasarkan graf elektroferrogram),” kata Ram Karpal.
Menjelaskan beliau perlu mengesahkannya sekali lagi, dua lagi DNA lelaki misteri tersebut ditemui pada seluar hitam milik Saiful dan calitan kapas kawasan bawah rektum yang ditandakan sebagai B9.
Berikut kronologi soal balas peguam Anwar terhadap Pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong berkisar mengenai penemuan DNA  lelaki misteri ketiga pada tubuh Saiful.
14.45 petang – Dr Seah gagal menjelaskan peratusan ekstrak DNA dalam sampel B5, calitan putik kapas yang mengandungi DNA Saiful Bukhari, Lelaki Y dan seorang lelaki misteri sewaktu ditanya Ram Karpal.
“Berapakah peratusan kehadiran DNA pada B5?” tanya Ram Karpal.
“Saya tak dapat jawab tanpa rujuk hasil analisa saya,” jawab Dr Seah.
“Ada bawa hasil analisa?”tanya Ram Karpal lagi.
“Tiada,” kata Dr Seah.
Pada ketika ini, pakar DNA Australia, Dr Brian McDonalds menggeleng-gelengkan kepala beliau.
14.20 petang – Peguam Anwar, Ram Karpal Singh menyambung soal balas Dr Seah.
14.19 petang – Mahkamah bersidang semula
14.16 petang – Marisa Regina Fernando, anak perempuan kepada Christopher fernando, peguam yang mewakili Anwar pada perbicaraan Fitnah I, dilihat hadir ke mahkamah.
12.07 tengahari- Mahkamah ditangguh untuk berhenti rehat dan bersambung semula jam 2 petang.
11.58 pagi – Ram Karpal minta mahkamah ditangguhkan. Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah arah mahkamah diteruskan sehingga 12.30 tengahari.
11.54 pagi-  Ram Karpal bertanya kenapa DNA lelaki misteri ketiga tidak dianalisa Dr Seah. Menurut Ram Karpal, tidak mustahil DNA lelaki ketiga kepunyaan pegawai penyiasat, DSP Jude Blacious Pereira.
“DNA lelaki ketiga boleh jadi milik DSP Jude bukan?” tanya Ram Karpal.
Dr Seah hanya tersenyum simpul mendengar soalan Ram Karpal tersebut. Seterusnya, Ram berkata Dr Seah hanya menganalisa DNA berdasarkan sampel rujukan yang diberikan kepada beliau dan mengecualikan DNA yang tidak termasuk dalam sampel rujukan. Sampel rujukan yang dimaksudkan adalah B10, yang mengandungi darah Saiful Bukhari. (rakyatmarhaen)