Monday, February 14, 2011

Siapakah Yang Ekstremis Itu?

Ekstremisme Punca Ketegangan Antara Agama - PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, perbezaan fahaman agama dan kepercayaan bukanlah punca berlakunya ketegangan sama ada di negara lain mahupun Malaysia.
Sebaliknya menurut beliau, ketegangan yang berlaku di kebanyakan negara adalah disebabkan wujudnya golongan ekstremisme yang sengaja mengganggu ketenteraman awam dengan menyentuh isu-isu sensitif.
Jelasnya, Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum, agama dan kepercayaan berjaya membuktikan bahawa kepelbagaian agama bukanlah penyebab utama kepada ketegangan dalam masyarakat.
"Malaysia telah menunjukkan bahawa perbezaan agama tidak semestinya membawa permasalahan dalam masyarakat.
"Tetapi yang menjadi kekangan, hambatan dan punca ketegangan ialah pemikiran yang ekstrim.
"Sama ada Islam, Kristian, Buddha, Hindu atau apa sahaja agama, kalau kita ada fahaman yang ekstrim... ia akan membawa padah yang buruk kepada negara kita dan manusia," katanya semasa berucap pada majlis ramah mesra sempena Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia di sini, Isnin.
mstar