Saturday, October 22, 2011

Malaysia tidak di zon gempa bumi, tapi di mana tapak buangan sisa radioaktif yang sesuai?


Fuziah Salleh


 
DEFINISI PEMBANGUNAN LESTARI Mengikut Brundtland Report 1987: ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan serta tanpa kompromi di dalam memenuhi keperluan generasi masa hadapan.  Pembangunan bandar yang lestari perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan asas manusia, kesihatan awam, serta kelestarian persekitaran dari segi ruang dan masa.

Sustainable development (SD) is a pattern of resource use, that aims to meet human needs while preserving the environment so that these needs can be met not only in the present, but also for generations to come

The field of sustainable development can be conceptually broken into three constituent parts:environmental sustainability, economic sustainability and sociopolitical sustainability.


Tuan Yang di Pertua,
Baru-baru ini di Kuantan telah diadakan satu Perhimpunan Hijau pada 9 Oktober 2011 di mana ribuan rakyat berhimpun sempena memperingati hari Piagam Bumi.  Ribuan orang yang berkumpul telah menyatakan hasrat dan pendirian mereka berkenaan dengan tidak setujunya mereka hal berleluasanya projek pembangunan yang tidak menepati definisi lestari.  Dari projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng Kuantan sehinggalah kepada projek perlombongan emas di Bukit Koman yang menggunakan bahan toxic cyanide untuk extraksi emas, sehinggalah kepada projek logi nuklear yang sedang diperbahaskan ketika ini.  Malah orang asli dari Pekan pun turut sama berhimpun menyatakan bantahan mereka.

Kuantan dipilih sebagai lokasi Perhimpunan Hijau kerana Kuantan merupakan tapak letaknya bakal logi pemrosesan rare earth atau tanah nadir terbesar di dunia di luar Negara Cina apabila ia beroperasi kelak.  Sebagai mana yang kita ketahui, logi pemprosesan tanah nadir ini akan mengeluarkan sisa buangan radioaktif di dalam jumlah yang besar.  Walaupun di dalam keadaan rakyat Kuantan menolak kehadiran LAMP, dan di dalam keadaan Atomic Energy Licencing Board AELB Malaysia menyatakan bahawa Lynas Corporation belum memenuhi syarat yang di tetapkan oleh panel antarabangsa (International Atomic Energy Agency) IAEA, Kilang Lynas masih diteruskan pembinaannya, dan Lynas terus memberitahu pemilik saham mereka di Australia bahawa segalanya berjalan lancar dan mengikut jadual.

Lynas melaporkan di dalam laporan penggal kedua 2011, bahawa mereka telah menyerahkan cadangan untuk penyelenggaraan jangka panjang sisa buangan radioaktif dari LAMP pada 18 Julai 2011.  Kemudian AELB menyepi sehingga 12 Oktober 2011, itupun setelah saya membuat laporan kepada Securities Commission Australia, dan persoalan ditimbulkan oleh orang ramai dan pihak media barulah AELB terpaksa respon.  Selama hampir tiga bulan, AELB walaupun telah menerima kertas cadangan akan tetapi tidak memaklumkan kepada stakeholders di Kuantan. AELB tidak menghiraukan saranan IAEA walaupun di antara rekomendasi IAEA ialah supaya AELB meningkatkan komunikasi kepada orang ramai.

IAEA Reccomendation 9. The AELB should intensify its activities regarding public information and public involvement. In particular, it should:
Develop and make available easily understandable information on radiation safety and on the various steps in the licensing and decision making processes.


Saranan IAEA keatas AELB pula ialah "IAEA recommends that the agency be strengthened so that it has sufficient human, financial and technical resources, competence and independence" to do its job.

Apabila Ketua Pengarah AELB menjawab di dalam media pada 12 Oktober dengan berkata AELB belum menganalisa kertas cadangan dari Lynas selepas tiga bulan, ianya benar-benarlah mengesahkan ketidakmampuan "lack of competence" bagi pihak AELB.  Sekiranya tidak dapat nak analisa selepas tiga bulan dan tidak dapat nak berkomunikasi kepada orang awam dan stakeholders di Kuantan, bagaimana mungkin AELB mempunyai kemampuan menjadi regulator dan penguatkuasa buat projek sebesar LAMP.

Di antara saranan IAEA juga ialah AELB mesti meletakkan jangka waktu bagi AELB serta Lynas untuk menyiapkan segala saranan yang diberikan oleh IAEA.  Ini juga tidak dilakukan secara telus oleh AELB.  Setakat ini, kami warga Kuantan tidak dimaklumkan langsung berkenaan dengan jangka waktu yang di tetapkan.

Walaupun MITI telah menjanjikan bahawa lesen pengoperasian tidak akan dikeluarkan ke atas LAMP untuk beroperasi selagi segala saranan dan rekomendasi IAEA tidak di penuhi, namun warga Kuantan disajikan dengan senario yang berbeza.  Keadaan di Gebeng seolah-olah LAMP akan beroperasi dalam waktu yang terdekat.  Kerja-kerja pembinaan di LAMP tiada surutnya.  Kuantan Port Consortium telah memberi taklimat keselamatan berkenaan dengan bagaimana menghadapi keadaan keselamatan setibanya REO dari Mt Weld yang dijangkakan tiba seawal hujung bulan Oktober.  Para pegawai AELB diperhatikan membawa alat Geiger Counter sekitar Gebeng, mengukur kadar radiasi peringkat awal (base radiation level).  Ini semua keadaan yang menimbulkan keresahan warga Kuantan.  Tatkala warga Kuantan menyuarakan kerisauan dan suara hati mereka berkenaan radiasi dalaman ataupun "Internal Emitters" yang juga merupakan kebimbangan yang telah disuarakan oleh pihak Malaysian Medical Association MMA berkenaan projek LAMP ini, AELB langsung senyap tidak memberitahu bagaimana mereka akan mengawal atau mengukur "Internal Emitters" ini.
Malah ianya langsung tidak dianggap sebagai wujud oleh AELB, di mana ianya tidak disebut langsung.  Sedangkan secara jelas AELB disarankan untuk memastikan orang awam dimaklumkan berkenaan dengan keselamatan dari segi radiasi, di mana radiasi ini terdiri dari radiasi luaran yang boleh diukur menggunakan alat Geiger Counter dan juga radiasi dalaman yang boleh dihidu atau dimakan melalui debu dari habuk REO.  Debu ini memang boleh terbang dibawa angin memandangkan REO di bawa masuk ke Malaysia di dalam bentuk habuk.  Walaupun Lynas mengatakan bahawa bahan REO mereka tidak merbahaya dan tidak toxic, kenyataan ini bertujuan mengelirukan pihak Kerajaan, Pihak rakyat tidak terkeliru kerana REO tetap mengandungi thorium dan uranium yang bersifat radioaktif.  REO dari Lynas di eksport dikecualikan oleh "Dangerous Goods Act Australia" kerana ianya dipastikan   di bawah paras kadar maksimum konsentrasi bahan radioaktif yang dibenarkan, ianya tidak bermaksud REO tersebut tidak langsung mengandungi bahan radioaktif.  Kadar kandungan juga jauh lebih tinggi dari kadar NORM dasar di Kuantan.  (0.003 % sedangkan 1600ppm)

IAEA Reccomendation 9. The AELB should intensify its activities regarding public information and public involvement. In particular, it should:
Make available, on a routine basis, all information related to the radiation safety of the proposed rare earths processing facility (except for security, safeguards and commercially sensitive information) and ensure that the public knows how to gain access to this information.


Tuan Yang di Pertua
Pihak Kerajaan Barisan Nasional seolah-olah tidak mengendahkan apa yang dimaksudkan berkomunikasi dengan rakyat?  Saya ingin menegaskan bahawa komunikasi melibatkan komunikasi dua hala, bukan satu hala.

Setelah sekian lama memerintah Pihak Kerajaan Barisan Nasional sudah seakan-akan lupa hak rakyat untuk sama-sama menentukan keputusan yang melibatkan masa depan mereka.  Sudah sekian lama Kerajaan boleh membuat sesuka hati.  Lynas sebagai satu contoh, dan projek logi Nuclear juga bakal menjadi satu lagi projek yang mendapat tentangan dari rakyat.  Di waktu Negara maju sudah membuat dasar berubah kepada tenaga hijau yang lebih bersifat mesra alam sekitar, Malaysia pula membuat keputusan untuk memilih tenaga nuklear.  Pihak Menteri semalam menafikan bahawa keputusan muktamad sudah dibuat.  Pihak Menteri berkata projek tenaga ini masih di dalam peringkat kajian, namun, di awal bulan Oktober 2011 (3-6 Oct), Nuclear Malaysia telah membentangkan di Vienna, satu pembentangan bertajuk "Malaysia Nuclear Policy- New Role to MNA" - di waktu Menteri memberi tahu Dewan yang mulia bahawa Kerajaan masih di dalam tahap mendapatkan maklumbalas dari orang ramai, di masa yang sama pihak Kerajaan telah pun membuat dasar berkenaan penggunaan tenaga nuclear pasca 2021.

Di dalam kertas kerja yang di bentangkan di Vienna ini dimaklumkan bahawa dua unit logi nuclear yang akan dibina akan melibatkan pelaburan RM23.1 billion.  Antara perkara wajib yang utama yang di sebut ialah "public acceptance".

Site Selection untuk logi nuklear sudah pun dimulakan dan akan disahkan pada tahun 2013.  MNA menegaskan bahawa projek ini mesti mendapat kelulusan dari orang ramai dan tapak sisa buangan radioaktif juga dijadikan antara faktor yang patut diambil kira.  Memang di dalam kertas kerja menggariskan dua perkara ini sebagai amat penting di dalam pelaksanaan.  Akan tetapi kita tidak lihat pihak kerajaan berlaku telus di dalam hal ini.  Ada yang kata tapaknya nanti di Pahang, ada yang kata di Terengganu.  Yang pasti Kerajaan tidak bagitahu.

Berkenaan dengan tapak sisa buangan bahan radioaktif nanti, diperhatikan bahawa Nuclear Malaysia mengenalpasti Malaysia sebagai Negara yang tidak terletak di zon gempa bumi.  Maka ini antara sebab bahawa pembinaan Logi Nuklear sesuai di Malaysia.  Apa yang tidak disebut di dalam kajian tersebut ialah bahawa situasi di Malaysia tidak sesuai untuk tapak sisa buangan radioaktif.  Samada tidak disebut atau tidak diambil kira perlu di jelaskan oleh pihak Kementerian.
Saya bangkitkan isu ini kerana antara kriteria tapak pemilihan sisa buangan radioaktif nanti mestilah kawasan yang rendah takungan air hujan.  Air bawah tanahnya juga ditahap yang rendah, jauh dari sumber air yang boleh diminum dan jauh dari kawasan ramai penduduk.  Dan secara logik saya tidak boleh dapat jawapan di mana di Malaysia kita boleh cari tempat yang sesuai untuk digunakan sebagai tapak pelupusan.  Sedangkan dalam isu Lynas pun pihak Kerajaan mempunyai masalah dengan rancangan jangka panjang sisa buangan radioaktif.  Ini kan pulak, dalam kes logi nuklear yang melibatkan radioaktiviti dikadar yang lebih tinggi berbanding LAMP.

Tuan yang Di Pertua,

Konsultasi rakyat mestilah dilakukan di peringkat sebelum keputusan dibuat.  Bukan selepas dasar dibuat, kemudian pihak Kerajaan tidak bersikap telus - cuba pula mendapat sokongan rakyat.  Perkara ini sudah sekian lama diamalkan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional.  Ianya satu budaya yang harus diubah.  Pihak Kerajaan mesti belajar dari kesilapan dalam keputusan perihal LAMP di Gebeng, Kuantan.

Sekiranya pihak Kerajaan tidak peka hal ini, maka tibalah nanti masanya rakyat Malaysia akan membuktikan kemarahan mereka melalui peti undi.

Sekian perbahasan saya, Tuan yang Di Pertua.  Terima Kasih.

*Disedut daripada teks perbahasan Fuziah Salleh (gambar kanan) selaku ahli parlimen Kuantan pada 18 Oktober 2011.