Monday, December 20, 2010

Taib Mahmud Kahwin Lagi? Biarlah, Tapi !!

by Staff Berita Semasa on December 20, 2010
taib mahmud Taib Mahmud Kahwin Lagi? Biarlah, Tapi !!


Walaupun dibuat secara tertutup, rasanya kebanyakan rakyat Malaysia dah tahu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud dah kahwin satu lagi selepas menduda sekitar setahun lamanya. Isteri barunya, Made in Lubnan. Kita hanya doakan yang terbaik, semoga beliau dan pasangan bahagia. Masalahnya di sini, dilaporkan Tan Sri Taib Mahmud “buat hal lagi”. Kahwin-kahwin juga Tan Sri, tapi ini isu kasi jawab dahulu.
Sekali lagi laman sesawang Sarawak Report “menjalankan tugasannya”  dengan membongkarkan penyelewengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya membabitkan kawasan sekitar Sri Aman dan dikatakan bernilai sehingga RM90 juta. Tanah 8,800 hektar itu terletak di daerah Bijat di Sungai Tisak, timur dari Kuching. Mengikut kumpulan pejuang pribumi, Sadia Native Customary Rights (NCR) tanah itu kepunyaan masyarakat Iban.
Kalau betullah apa yang diberitahu kumpulan pejuang peribumi ini, memang sangat-sangat biadap bunyinya. Masakan tidaknya, cuba bayangkan sebanyak 15 komuniti Iban bakal terjejas dek kerana tanah berkenaan dikatakan akan diberi secara percuma kepada anak lelaki Taib sendiri, Mahmud Abu Bekir Taib, dijual kepada Felcra untuk penanaman semula kelapa sawit. Dahla…masuk “rumah” orang, salam pun tak diberi. Apa namanya semua ini? Betul-betul tiada adap namanya.
b 08mahmud Taib Mahmud Kahwin Lagi? Biarlah, Tapi !!
Apa bezanya komuniti Iban ini dengan kita dari Semenanjung? Tiada beza dan sama sahaja yang mana rakyat Malaysia yang sentiasa mengharapkan  kehidupan masing-masing tidak ditindas, kekayaan dan kemewahan hasil di Malaysia dibahagi samarata.  Tetapi ada beza bagi golongan Iban di sana di mata pembesar yang sentiasa tamakkan harta. Suara komuniti Iban ini “kurang didengari” dan mereka ini hanya  golongan picisan yang tak mampu berbuat apa-apa kepada mereka. Itu sebabnya golongan-golongan seperti ini semakin bermaharajalela.
  • Pejabat Tanah Daerah, beberapa hari lalu mengeluarkan surat kepada 16 ketua masyarakat Iban memanggil mereka untuk bermesyuarat tanpa dimaklumkan agendanya
  • Menurut Sarawak Report, ketua-ketua Iban itu percaya mesyuarat adalah berkaitan dengan pengambilan tanah mereka sambil berkata tanah mereka juga dirampas dua tahun lalu
  • Perjanjian yang dibuat pada Disember 2008 di mana Jabatan Ukur dan Pemetaan yang dikuasai oleh Taib Mahmud atas kapasiti sebagai menteri perancangan dan pengurusan sumber telah dengan rasminya menyerahkan tanh itu kepada Titanium Management Sdn Bhd.
  • Titanium dimiliki hampir sepenuhnya oleh anak ketua menteri, Mahmud dan seorang kroni perniagaan yang dikenali sebagai Chris Chung Soon Nam
  • Titanium terkenal dengan beberapa ‘skandal berprofil tinggi’ termasuk menerima beberapa kontrak kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu
  • Chung dilaporkan cuba menjual tanah adat Iban itu kepada Felcra ‘untuk sekurang-kurangnya RM 3,200 seekar tetapi cuba mendapatkan harga RM 4,200 bagi setiap ekar
  • Tahun lalu, semasa wawancara Al-Jazeeradengan Menteri Pembangunan Tanah, Sarawak, Datuk James Masing mengakui pembinaan beberapa jambatan diserahkan kepada Titanium tanpa tender terbuka
P/S : Hai…pusing-pusing “orang-orang dia” juga. Kalau benarlah dakwaan ini salah, Tan Sri silalah jawab dan berikan bukti-bukti yang boleh menyangkal dakwaan seperti ini. Kalau dah “selesai isu ini, Tan Sri nak pergi honeymoon pun dah senang hati…..