Saturday, December 25, 2010

Tazkirah: Bab 4

#PERKARA MENGINGAT KEMATIAN,AKHIRAT DAN ZUHUD DI DUNIA.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah ra disebutkan:

Bahawa Nabi Muhammad SAW menziarahi kuburan ibunya,hingga beliau menangis dan membuat orang-orang yang di sekelilingnya menagis,lalu beliau bersabda: "Sesungguhnya aku telah meminta izin kepada Tuhanku untuk memintakan ampun atas dosanya, tetapi Allah SWT tidak mengizinkan aku,kemudian aku meminta izin untuk menziarahi kuburannya, Allah SWT pun mengizinkan aku,maka ziarahilah kuburan kerana sesungguhnya hal itu akan mengingatkan terhadap kematian.

Sedang dalam hadis lain yang dirriwayatkan oleh Ibnu Majah disebutkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
Sesungguhnya aku pernah melarang kamu untuk menziarahi kubur,maka sekarang ziarahilah kubur,kerana sesungguhnya itu akan membuat lebih zuhud di dunia dan mengingatkan terhadap hari akhirat.
Diriwayatkan dari 'Ali Bin Abi Talib ra bahawasanya beliau pernah melalui perkuburan,ketika beliau sudah hendak sampai ia berkata:"Wahai ahli kubur,beritahulah keadaan kamu kepada kami,atau kami yang menceritakan keadaan kami kepada kamu! Adapun keadaan kami sekarang adalah harta yang ditinggalkan telah dibahagi,para wanita telah menikah,orang-orang miskin telah diberi tempat/dilindungi oleh selain kamu." Kemudian beliau melanjutkan:"Tetapi itu bukanlah sebaik-baik bekal,sesungguhnya apabila mereka bertaqwa,nescaya mereka akan berkata:"Kami tidak pernah melihat bekal yang lebih baik dari ketqwaan." Sungguh tepat ketika Abu Attahiyah membaca sajak:
Alangkah menghairankannya manusia
Seandainya mereka mahu berfikir
Seandainya mereka mahu menghisab diri sendiri lalu melihat
Seandainya mereka mahu mengambil pelajaran
Memikirkan dan menimbang dunia dengan akhirat
Maka sesungguhnya dunia tidaklah mempunyai sesuatu yang berharga


Ketika hari pengumpulan telah tiba:

Tidak ada kebanggaan kecuali orang yang bertakwa
Kerana hanya takwa dan kebaktianlah
Bekal yang paling bagus untuk ditabung
Menghairankan melihat manusia yang merasa bangga
Padahal esok ia akan ditanam di kuburannya
Apakah yang boleh ia banggakan
Dari saripati air mani ia diciptakan
Lalu patutkah ia berbangga diri
Tidak punya kuasa untuk mendahulukan
Segala yang hatinya inginkan
juga tidak boleh menunda apa yang ia takuti
Semua urusan hanya boleh diserahkan
Kepada orang-orang yang masih hidup
Atas segala apa yang diputuskan baginya.

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku bahawa sesungguhnya hati yang keras dengan izin Allah SWT, boleh menjadi lembut dengan beberapa hal, antara lain: Dengan menziarahi kuburan, menghadiri majlis-majlis pengajian untuk mendengarkan nasihat ulama'-ulama' yang soleh,dan mendengarkan cerita-cerita tentang orang-orang zahid terdahulu,atau juga dengan cara mengingat tentang kematian yang merupakan pemusnah segala kesenangan dan kenikmatan,dan yang akan memisahkan seseorang dari kumpulannya setelah ia merasakan hidup yang sejahtera,yang membuat anak menjadi yatim,setelah mereka merasa terlindungi oleh orang tuanya.
(bersambung)