
March 28, 2011

Reuters melaporkan, ADCB telah melantik Goldman Sachs untuk menjual pegangan itu selepas menyenaraipendekkan tiga hingga empat bank.
“Abu Dhabi hanya boleh pegang satu lesen. ADCB bersedia melepaskan pegangan dalam RHB sebab mereka tidak bersetuju dengan gaya pengurusan,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
ADCB membeli satu perempat pegangan RHB, pemilik RHB Capital pada RM3.9 bilion atau RM7.20 sesaham pada pertengahan 2008.
Cakap-cakap pasaran menyebut, bank kedua terbesar di Malaysia CIMB sedang mempertimbang untuk menggabungkan dengan RHB apabila pegangan ADCB selesai dijual.
Bagaimanapun penggabungan CIMB dan RHB kemungkinan hanya akan menjadi perkara terakhir untuk diputuskan kerana langkah itu akan membawa kepada kehilangan peluang pekerjaan, yang pastinya menjadi perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang meletakkan sasaran mewujudkan 3.3 juta pekerjaan baru dalam satu dekad akan datang.
Pemberhentian pekerja dalam sektor perbankan boleh menjejaskan sokongan kepada Najib yang juga Menteri Kewangan menjelang pilihan raya umum tergempar yang disebut-sebut tahun ini.
Turut menjadi perhatian ialah kemungkinan penggabungan dengan CIMB, yang diterajui adik Najib, Datuk Seri Nazir Razak, kemungkinan akan menjadikannya terlalu besar selepas mengalami pertumbuhan luar biasa sepanjang satu dekad lalu.