Tuesday, March 29, 2011

Umpan Pilihanraya?


Loji Lynas: Tiada lesen operasi jika rakyat bantah, jamin MCA

KUALA LUMPUR, 29 Mac — MCA memberi jaminan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng dekat Kuantan oleh syarikat Australia tidak akan menerima lesen operasi jika rakyat tidak bersetuju dengan projek tersebut, yang lojinya sedang didirikan.
Pendirian itu dinyatakan oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) itu bagi pihak badan pemberi lesen hari ini ketika tekanan semakin meningkat terhadap usaha mengadakan loji pemprosesan bernilai RM700 juta itu.
Ekoran bantahan pimpinan MCA bahagian tempatan mahu projek itu dikaji semula.
Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) yang merupakan Pengerusi MCA Pahang, wakil-wakil masyarakat dan perniagaan Cina Pahang mengadakan pertemuan dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximum Ongkili mengenai isu Lynas, pemilik loji tersebut dan menyerahkan memorandum mengenai soal keselamatan ke atas orang ramai.
Memorandum diserahkan kepada menteri berkenaan.
Sekitar 40 peratus pengundi di tiga bahagian Parlimen yang berhampiran kawasan perindustrian Gebeng itu adalah masyarakat Cina
.