Wednesday, March 30, 2011

Orang Sarawak:Selamat Memilih Wakil Rakyat



TPM tinjau persiapan pilihan raya Sarawak

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kuching hari ini untuk meninjau persiapan BN Sarawak menjelang pilihan raya negeri ke-10, 16 April ini.

NONESejurus tiba, Muhyiddin mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin parti-parti komponen BN Sarawak yang diketuai Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Ketua Menteri Sarawak di ibu pejabat PBB di Jalan Bako.

Pemimpin lain Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Masing dan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, selepas itu mengadakan perjumpaan tertutup dengan anggota Majlis Tertinggi BN Sarawak di tempat sama dan diikuti dengan taklimat tertutup mengenai persiapan pilihan raya BN negeri.

Sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan pada 21 Mac, BN Sarawak menguasai 63 daripada 71 kerusi DUN -- PBB 35 kerusi, SUPP 12 kerusi, PRS dan SPDP masing-masing lapan kerusi.

Pada sebelah petang, Muhyiddin dijadual mengadakan perjumpaan bersama rakyat di sini, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

- Bernama