KUALA LUMPUR 2 Nov: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pembinaan Lebuhraya Jabor di Kemaman, Terengganu yang menelan kos tinggi sehingga melebihi RM2 bilion daripada kos asal.
Anwar berkata, kos asal pembinaan lebuhraya yang termasuk dalam projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT) itu hanya bernilai RM3 bilion, tetapi kini menjadi RM5 bilion.
Menurut beliau, perkara itu tidak sepatut berlaku kerana ia melibatkan wang rakyat yang sepatutnya digunakan dengan cara yang betul.
“Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini. Kenapa kejadian ini berlaku? Ini merupakan kelemahan JKR dan kementerian terbabit perlu bertanggungjawab dalam hal ini,” katanya ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, projek tersebut yang dibina sejak 2007 dan sepatutnya siap tahun lalu, sehingga kini masih gagal disiapkan.
Ia katanya, belum lagi mengambil kira persoalan tol dan syarikat pemegang konsesi.
“Sehingga sekarang, kita masih belum tahu siapakah yang akan mengendalikan tol dan siapakah yang akan memegang konsesinya,” katanya yang juga Ketua Umum KEADILAN.
Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoalkan projek membina jambatan di atas daratan di Kemaman, Terengganu dengan kos RM174 juta yang melebihi RM70 juta dari harga sebenar.
“Ini merupakan satu projek pelik Umno BN yang membina jambatan di daratan dan dan kosnya pula amat tinggi serta melebihi kos sebenar,” katanya, lapor Harakah Daily
Beliau turut membidas sikap para pemimpin Umno yang lebih mementingkan diri daripada memikirkan derita rakyat dengan membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat.
Sehingga kini, katanya, kemiskinan tegar di kalangan rakyat masih belum diatasi, tetapi para pemimpin Umno sanggup membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat tanpa memikirkan derita rakyat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22541