Tuesday, November 1, 2011

Betul Ke?

Tiada Penyelewengan, Lebihan Perbelanjaan Berpunca Peningkatan Tukaran Wang Asing
SINGAPURA: Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan adanya penyelewengan dalam perbelanjaan Kementerian Pertahanan.
Katanya lebihan sebanyak RM6.5 juta seperti yang dilaporkan Jabatan Audit Negara adalah disebabkan pembelian aset luar yang melibatkan pertukaran wang asing.
"Perjanjian pembelian dengan negara luar dibuat mengikut harga dalam mata wang mereka dan bukannya dalam Ringgit Malaysia.
"Apabila nilai pertukaran wang asing bertambah, maka jumlah pembayaran dalamRinggit Malaysia dipersesuaikan dengan mata wang negara berkenaan menunjukkanpeningkatan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormatterhadap Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan rakan sejawatannya darirepublik itu Dr Ng Eng Hen.
Ahmad Zahid kini dalam lawatan rasmi ke republik ini sempena Mesyuarat Peraturan Pertahanan Lima Kuasa (FPDA) dan ulang tahun ke 40 PFDA esok.
Katanya kementerian berkenaan tidak membelanjakan lebih daripada yang diperuntukkan tetapi mengikut harga yang ditetapkan.
Beliau juga menegaskan bahawa adalah penting untuk orang ramai mengetahuibahawa tiada penyelewengan dalam perbelanjaan dan wujud klausa yang membenarkan bayaran mengikut nilai tukaran wang asing semasa.
"Itulah yang mahu diperlihatkan oleh laporan audit tetapi ada pihak yangmencari silap seolah-olah ada berlaku penyelewengan.
"Saya ingin nyatakan bahawa 100 peratus tiada penyelewangan tetapi disebabkanfaktor tukaran wang asing," tegas Ahmad Zahid.- BERNAMA

Purata Tukaran Wang Asing (USD) dan Ringgit Malaysia 
2008: 3.3467
2009: 3.5719
2010: 3.2777