Wednesday, May 11, 2011

Anti-rare earth protesters warned by police




The police say stern action will be taken against trouble makers in protests against the rare earth plant in Kuantan.


KUANTAN: Police warned today that stern action will be taken against anyone trying to create chaos from the protest against the building of a rare earth plant in the Gebeng industrial area here.
Pahang police chief Saifuddin Abdul Ghani said the “protest programme”, including demonstrations and lecture sessions, was being closely monitored.
“I ask all parties concerned to adhere to the law and not do anything drastic,” he told reporters here, commenting on the recent spate of protests against the RM700 million plant being undertaken by Lynas Malaysia Sdn Bhd, a subsidiary of Lynas Corporation of Australia.
The protesters alleged that the processing of rare earth would cause radiation injurious to the health of people in and around the area.
Social activists claimed that the plant would produce 20,000 tonnes of radioactive waste a year.
The sessions organised by the Atomic Energy Licensing Board and the state government to explain the project to the people do not seem to have had much impact.
The government on May 22 announced that an independent panel would be set up as soon as possible to study the health and security aspects of the plant.
Saifuddin said that police would act against protesters who were aggressive or broke the law.
“Thus far, there has been no report of any untoward incident in connection with the issue. And I hope that all concerned will listen to sound advice (and avoid trouble),” he added.
- Bernama

ANTARA BUKIT MERAH & GEBENG:PERINGATAN BUAT RAKYAT KUANTAN


80 ribu tong sisa thorium belum ditanam

Chan Wei See 

 
Mungkin ramai yang menganggap bahawa penduduk Bukit Merah telah bebas dari ancaman radioaktif berikutan penutupan loji pemprosesan nadir bumi, namun pada hakikatnya, terdapat 80,000 tong sisa buangan nadir bumi yang merbahaya tetapi masih belum dikendalikan dengan sebaik-baiknya.
Kes Bukit Merah memperlihatkan kita bahawa pengurusan sisa radioaktif adalah satu projek yang menelan kos yang tinggi, malah mengakibatkan pencemaran alam - satu pelaburan yang mungkin lebih mendatangkan kerugian daripada keuntungan.
Pengerusi Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) Hew Yoon Tat (gambar kanan) memberitahuMerdekaReview, tapak pembuangan sisa radioaktif pertama yang terletak di Keledang Hill adalah untuk menanam kemudahan, perkakas kilang Asian Rare Earth dan sebagainya, namun sisa buangan radioaktif yang paling merbahaya hanya disimpan dalam tong besi, ditempatkan sementara di kawasan yang berhampiran dengan tapak pembuangan.
Hew Yoon Tat menjelaskan, tapak pembuangan sisa radioaktif kedua yang dijadualkan siap dibina pada tahun 2006 oleh Asian Rare Earth Sdn Bhd adalah untuk menanam sisa buangan ini di bawah tanah, namun ditundakan kerana masalah teknikal.  Menurut laporan The Star pada 13 Jun 2010, pembinaan tapak pembuangan sisa toksik kedua ini dimulakan sejak Januari 2010, malah New York Times pada 8 Mac tahun ini melaporkan bahawa 80,000 tong sisa buangan ini akan dipindah ke tapak pembuangan pada "musim panas tahun ini".
Menurut Hew Yoon Tat, tempoh waranti selama dua tahun diberikan selepas tapak pembuangan sisa ini siap dibina; dan kerja pengendaliannya akan diambil alih kerajaaan negeri Perak selepas tamatnya dua tahun ini.
MerdekaReview telah menghubungi syarikat Asian Rare Earth, dan pihaknya menyerah kepada bahagian perhubungan awam syarikatnya untuk menjawab soalan wartawan.  Pihaknya mengesahkan laporan New York Times, malah memaklumkan bahawa sisa buangan thorium itu akan dipindahkan ke tapak pembuangan kedua pada Julai atau Ogos, dengan pemantauan wakil daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).
Beliau menambah, keseluruhan proses pembersihan ini dijangka siap antara tahun 2013 hingga 2014.
Wartawan MerdekaReviewcuba memerhati di kawasan tersebut, namun dihalang ketika cuba mengambil gambar di situ.  Oleh itu, wartawan hanya boleh menangkap gambar luaran tapak itu dari jarak jauh.  Tempat yang hanya tiga kilometer jauhnya dari Papan, mempunyai pemandangan yang indah, dengan tasik ikan, rumpun, sungai malah kambing dan lembu.
Asian Rare Earth yang 35% sahamnya dimiliki Mitsubishi Chemical Holdings telah menutup kilangnya pada 30 April 1994.  Namun, 17 tahun kemudian, pembersihan sisa thorium masih belum disiapkan, malah kerja yang paling menyulitkan sedang menunggu di depan.
Pihak kilang telah menanam bahan radioaktif yang muatannya 11 ribu truk, termasuk bumbung dan batu-batan kilang, ke dalam tanah yang 25 kaki dalamnya, setelah kilang itu ditutup.  Tapak pembuangan sisa toksik ini terletak di hutan simpanan Keledang Hill.
Menurut laporan New York Timespada 8 Mac, salah satu kontraktor Asian Rare Earth, Penasihat GeoSyntec, Anthony Goh berkata, jurutera meratakan sebuah bukit yang jaraknya tiga batu di dalam hutan, kemudian menanam bahan beradioaktif ke pusat bukit itu, dan seterusnya ditutup dengan 20 kaki tanah dan granit.
Namun demikian, Asian Rare Earth pada ketika itu hanya memasukkan sisa thorium yang beradioaktif ke dalam 80,000 tong besi, dan disimpan di sebelah tapak pembuangan sisa tanpa ditanam ke dalam tanah.  Dengan kata lain, penduduk tempatan di sekitarnya masih terdedah kepada ancaman pancaran radioaktif.
Hew Yoon Tat yang menyaksikan sendiri bagaimana sisa radioaktif ini dikendalikan ketika itu berkata, sisa thorium seharusnya disimpan dalam tong keluli, namun pihak kilang hanya menyimpan dalam tong besi "second hand" (terpakai) untuk menjimatkan kos.  Beliau berkata tong besi terpakai itu tidak tahan lama, dan bimbang telah rosak setelah sekian lama.
Tan Ka Kheng yang kini mengajar di kolej swasta, ketika dihubungiMerdekaReview berkata, "Keradioaktifan sisa thorium adalah tinggi.  Pada ketika itu, pakar radioaktif dari Jepun Sadao Ichikawa mendapati kadar radioaktif di tempat simpanan sisa buangan mencecah paras 79,000 mRad, iaitu 790 kali ganda lebih tinggi daripada radioaktif alam persekitaran.  Saya tidak faham mengapa 80,000 tong ini tidak didahulukan pengendaliannya."
Menurut laporan New York Times, kerja pembersihan yang paling sulit bakal dijalankan pada "musim panas" ini, dan Asian Rare Earth akan menggunakan robot dan petugas yang dibekalkan kemudahan keselamatan untuk mengeluarkan 80,000 tong sisa buangan toksik ini, dan ditanamkan ke dalam tapak pembuangan setelah dibaur dengan simen dan kapur.
Mahathir mendakwa ia amat merbahaya
Pengendalian sisa buangan Asian Rare Earth tidak mendapat perhatian untuk sekian lama ini.  Malah Tan Ka Kheng yang pernah terlibat dalam perjuangan anti-radioaktif bersama penduduk Bukit Merah tidak menguasai maklumat mengenainya.  Sehingga Mei 2010, mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa masih terdapat "jumlah kecil buangan nuklear" di negeri Perak, barulah The Star melaporkan bahawa masih terdapat 80,000 tong sisa buangan radioaktif yang belum dipindahkan ke tapak pembuangan kekal.
Bagaimanapun, Mahathir (gambar kiri) mendakwa bahawa dirinya tidak tahu di manakah tempat sisa buangan tersebut ditanam, "Mungkin ia rahsia rasmi negara, tapi saya pasti kita telah menanamkan bahan ini."  Padahal, maklumat Mahathir silap.  Laporan The Star pada 13 Jun 2010 mendedahkan bahawa akhbarnya mendapati 80,000 tong sisa buangan ini belum "ditanam ke dasar tanah" sebagaimana yang dikatakan Mahathir.
Kebimbangan penduduk Papan
Dalam isu Bukit Merah ini, kerajaan dan pihak kilang tidak telus ketika mendedahkan maklumat yang berkenaan.  Penduduk yang berhak untuk mengakses kepada maklumat itu tidak dimaklumkan.  Lawatan wartawan MerdekaReview ke Papan mendapati penduduk tempatan masih diselubungi kebimbangan.
Ketua Kampung Papan Kuan Yuk Lee, 68, memberitahu bahawa terdapat sebatang sungai di tapak pembuangan sisa radioaktif, dan sungai tersebut mengalir ke Kampung Baru Papan.  Seandainya berlaku kebocoran, maka kesihatan penduduk Papan akan terancam.  Kuan Yuk Lee juga Ketua MCA Cawangan Papan, mendakwa bahawa pihak berkenaan tidak melaporkan maklumat terperinci kepada penduduk kampung.
Ketika ditanya sama ada beliau pergi ke kawasan tersebut untuk menjenguk keadaan sebenarnya, Kuan menjawab, "Dia (pihak pengurusan) tak bagi masuk!"
Banyak rumah di kampung Papan yang ditinggalkan usang begitu sahaja, kata Kuan Yuk Lee (gambar kiri).  Kini, terdapat kira-kira 100 keluarga di Kampung Baru Papan, dengan jumlah penghuni beberapa ratus orang, yang kebanyakannya warga emas.  Isterinya, Chan Swee Yong turut gelisah sisa toksik itu dibawa angin ke tempat mereka.
Pada hemat Tan Ka Kheng, Asian Rare Earth atau badan pemantau seperti Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) perlu mendedahkan indeks pancaran radioaktif di situ, memandangkan pengendalian sisa buangan ini membawa kesan terhadap kesihatan penduduk.  Malah di China, mereka akan mengumumkan indeks buangan air dari kilang setiap bulan, dan jelas Malaysia telah ketinggalan dalam hal ini, kata Tan Ka Kheng.
Selain itu, Tan Ka Kheng berkata, "Menteri Besar Perak pernah berkata, 'Asian Rare Earth adalah syarikat swasta, dan bertanggungjawab kepada AELB.  Maka maklumat itu tidak perlu diumumkan'.  Tapi, jikalau tapak pembuangan sisa radioaktif itu selamat, mengapa takut diumumkan?"
Beliau menambah, ini pentingnya Akta Kebebasan Maklumat, agar rakyat boleh mengakses maklumat-maklumat sebegini.
Perjuangan penduduk Papan
Hew Yoon Tat mengisahkan perjuangan anti-radioaktif yang dimulakan penduduk Kampung Papan pada tahun 1983, dan kemudian merangsang penduduk di kawasan berhampiran seperti Bukit Merah untuk menyertai perjuangan tersebut.  Penduduk Papan mengundang pakar dari Britain dan Jepun untuk membuat kaji selidik di tempat mereka, dan berjaya mendesak agar Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, Musa Hitam untuk mengumumkan agar tapak baru dicari untuk pembuangan sisa pada tahun 1984.
Pada tahun 1986, kerajaan mengumumkan pembinaan tapak pembuangan sisa di Keledang Hill, namun pembinaannya hanya bermula pada 1989, siap pada tahun 1990 dan dipindahkan sisa itu ke situ pada tahun 1991.
Menurut keratan akhbar pada ketika itu, lapan orang penduduk Bukit Merah membawa kes ini ke mahkamah pada 1 Februari 1985 untuk memohon agar Asian Rare Earth dihalang untuk terus beroperasi.  Pada 14 Oktober 1985, Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan penduduk.  Namun demikian, pada Disember 1986, AELB yang belum genap setahun ditubuhkan, meluluskan lesen kepada Asian Rare Earth, dan kilang ini kembali beroperasi pada Februari 1987.  Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) menganjurkan demonstrasi 20,000 orang pada 12 April 1987.
Pada 11 Julai 1992, Mahkamah Tinggi Ipoh mengeluarkan perintah agar kilang ditutup,dan penduduk menyambut kemenangan perjuangan ini.  Bagaimanapun, Mahkamah Agung menolak penghakiman Mahkamah Tinggi Ipoh pada 22 Disember 1993, dan Asian Rare Earth mendapat lampu hijau untuk kembali beroperasi.  Namun, tekanan kerajaan Jepun dan masyarakat sivil di Malaysia akhirnya memaksa kilang ini untuk berhenti pada 30 April 1994.
*Chan Wei See ialah Pemangku Ketua Pengarang MerdekaReview. Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal. Gambar-gambar lama di atas diambil daripada Hew Yoon Tat.

Penelitian: Kentut Bisa Jadi Obat Impoten

Jakarta, Selama ini impotensi alias disfungsi ereksi diobati dengan menggunakan Viagra. Baru-baru ini ilmuwan sedang mengembangkan obat baru yaitu berupa gas kentut untuk mengobati impotensi.
Para peneliti tengah mengembangkanhidrogen sulfida (H2S) alias kentut, yang bisa membantu pria dengan disfungsi ereksi, bahkan mungkin terbukti sebagai alternatif untuk obat impotensi populer seperti Viagra.
Penelitian telah menunjukkan bahwa gas yang diproduksi secara alami dalam jumlah kecil dalam tubuh, dapat membantu meningkatkan aliran darah ke penis.
Dalam sebuah laporan baru yang dipublikasikan dalam Jurnal Sexual Medicine, peneliti di University Hospital of Singapore telah menganalisis hasil dari lebih dari 30 studi dan mengatakan bahwa gas kentut bisa memiliki efek jangka pendek menguntungkan, mirip dengan Viagra, dan juga efek jangka panjang, seperti dilansir Dailymail, Rabu (11/5/2011).
Studi tentang hidrogen sulfida atau senyawa yang membuat kentut berbau seperti telur busuk dan merupakan produk sampingan dari metabolisme, menunjukkan sejumlah efek biologis dan terlibat dalam peradangan, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes.
Penelitian terhadap hewan menunjukkan bahwa suntikan hidrogen sulfida membuka pembuluh darah dan meningkatkan ereksi, dan sebuah studi di Naples University telah menunjukkan efek yang sama dalam jaringan manusia.
Para peneliti mengatakan gas ini menghasilkan efek yang sama seperti Viagra, tetapi melalui mekanisme yang berbeda.
Karena hidrogen sulfida bekerja melalui jalur alternatif dalam tubuh dari yang digunakan oleh Viagra, peneliti berpikir itu bisa bekerja pada pria yang gagal untuk merespons obat populer seperti Viagra.
Diperkirakan setengah dari pria di dunia usia antara 40 hingga 70 tahun akan memiliki beberapa tingkat disfungsi ereksi. Ada banyak faktor yang menyebabkan terjadinya disfungsi ereksi, seperti kecemasan dan depresi, diabetes dan tekanan darah tinggi.
Dalam banyak kasus, hal ini juga bisa menjadi tanda peringatan awal tersumbatnya pembuluh darah dan arteri dengan kolesterol. Pembuluh darah di penis yang jauh lebih kecil daripada di tempat lain dalam tubuh, sehingga ini sering menjadi tanda awal penyakit pembuluh darah.
Obat yang disebut phosphodiesterase-5 inhibitor, yang meliputi Viagra dan Cialis, telah merevolusi pengobatan disfungsi ereksi dan sekarang merupakan jenis yang paling banyak digunakan.
Obat-obatan ini bekerja dengan merangsang produksi oksida nitrat, yang memperlebar pembuluh darah di dalam jaringan penis dan melemaskan otot-otot. Hal ini memungkinkan darah mengalir ke kavernosum, dua kamar yang menjalankan panjang penis.
Tapi meskipun efektif, obat ini tidak bekerja untuk semua orang dan ada potensi efek samping seperti sakit kepala dan gangguan penglihatan.
Selain itu, penggunaannya dapat menjadi masalah pada pria dengan penyakit jantung atau yang memakai obat lain.

Suhakam lancar Inkuiri Nasional hak tanah Orang Asli





KUALA LUMPUR, 11 Mei: Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) telah melancarkan satu Inkuiri Nasional buat pertama kali mengenai isu hak milik tanah kaum asal di Sabah dan Sarawak serta Orang Asli di Semenanjung Malaysia semalam.
Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam, ketika bercakap dalam majlis pelancaran program tersebut menjelaskan rasional terhadap mekanisme itu ekoran banyak menerima aduan dan memorandum mengenai pelanggaran hak asasi manusia berkenaan dengan hak tanah Orang Asli di semenanjung, Sabah dan Sarawak sejak penubuhannya pada tahun 2000.

Masalah ini pula amat rumit dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Menurut beliau,  inkuiri ini ditubuh bukan untuk mencari kesalahan mana-mana pihak tetapi ia adalah satu usaha untuk menyelesaikan sesuatu isu dengan cara yang terbaik.

Dalam majlis yang sama, yang berlansung di Bilik Inkuiri di tingkat 13 Menara TH Perdana, Pengerusi Jawatankuasa Hak Orang Asli Suhakam, Jannnie Lasimbang memberi keterangan berhubung dengan terma rujukan dan proses Inkuiri yang akan dilakukan oleh Suhakam.

Menurut Jannie, pihak Suhakam telah menjemput beberapa pakar yang berkaitan dengan isu pemilikan tanah, antara lain mereka yang berlatarbelakang perundangan dan ahli akademik yang juga merupakan panel anggota suruhanjaya Suhakam.

Selain Tan Sri Hasmy Agam dan Jannie Lasimbang turut serta dalam penal ini adalah Muhammad Sha'ani Abdullah, James Nayagam, Prof Datuk Dr. Khaw Lake Tee, Prof Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen bagi membantu melakukan kajian berkenaan dengan isu Orang Asli itu.

Dalam statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Suhakam berkenaan dengan aduan hak tanah Orang Asli memperlihatkan isu aduan yang berhubung dengan tanah adat yang menjadi fokus utama.  

"Di semenanjung sahaja sebanyak 45 aduan yang diterima oleh Suhakam dari tempoh 2002 hingga 2011 yang berkaitan dengan isu penempatan semula, pampasan, hak milik dan pencerobohan yang berlaku terhadap Orang Asli.

"Di Sarawak pula, memperlihatkan pertambahan isu berkenaan dengan aduan berhubung dengan tanah adat di kawasan pendalaman Sarawak iaitu isu kawasan tadahan air hujan, hutan simpan dan tuntutan bertindih dengan jumlah statistik keseluruhannya berjumlah 229 aduan yang diterima oleh Suhakam.

"Manakala di Sabah pula,sebanyak 824 aduan yang telah dikemukakan sepanjang tempoh 8 tahun tersebut," jelas Jannie

Justeru itu, beliau menjelaskan Suhakam melihat penyelesaian segera adalah perlu bagi memastikan hak-hak orang asli terutama berkaitan tanah diberikan perhatian sewajarnya.

Program yang dilancarkan ini adalah rentetan daripada bengkel yang dianjurkan oleh Suhakam berkenaan dengan Sistem Perundangan Orang Asli pada 23 Mac 2011 bertempat di Golden Chersonese Mediahall, Tingkat 10, Multaqam Hall  Maju Junction yang telah dihadiri seramai 100 orang daripada 12 suku kaum Orang Asli, wakil kerajaan, peguam dan badan bukan kerajaan.

Dalam bengkel tersebut, Jannie pernah memberikan jaminan bahawa Suhakam akan meneliti perbincangan dalam bengkel itu dan akan membentangkan laporan yang diterima dari bengkel kepada kabinet dan juga Parlimen.

Antaranya tentang pembalak haram dan pencorobohan kerajaan atas nama pembangunan telah menggugat habitat semula jadi Orang Asli.

Tanah Orang Asli dirampas dan diteroka menyebabkan sempadan tanah-tanah mereka semakin mengecil saban hari.

Selain itu, ia menggugat habitat mereka, penerokaan ini juga telah mengganggu adat Orang Asli.

Kini mereka tidak boleh berpindah berapa banyak yang tidak boleh mereka lakukan seperti dahulu.

Mereka akan pulang ke tempat asal mereka dalam masa 7 atau 8 tahun sekali dan bukan lagi 13 atau 14 tahun sekali seperti dahulu, katanya dalam bengkel tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau turut menegaskan bahawa perlu diketahui bahawa Parlimen tidak pernah membahaskan  tentang  laporan tahunan Suhakam sejak ia ditubuhkan 12 tahun yang lalu.

Malah, Janine mengatakan bahawa Suhakam hanya mampu membuat cadangan kepada Parlimen dan kabinet dan tidak boleh membuat dasar tersendiri berkenaan hak asasi manusia.

Justeru itu, untuk memperbaiki keadaan Orang Asli dan hak asasi manusia secara amnya, beliau menyeru kepada kerajaan agar Suhakam diberi lebih kuasa dan segala laporan Suhakam mesti dibentang dan dibahaskan di Parlimen.

Malah ia juga perlu diberi kuasa untuk membuat dasar yang berdasarkan kepada laporannya.

"Jika laporan Suhakam tidak diberikan perhatian yang serius, maka ia meupakan satu pembaziran wang rakyat," katanya lagi.

Afiq Hizami, Pelatih UKM 

 

Tuesday, May 10, 2011

Menipu Sampai Kiamat!


PKR: Umno beri kerakyatan untuk kukuhkan undi
PKR hari ini mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan bahawa Umno cuba mendapatkan kerakyatan Malaysia untuk tidak kurang 2,000 penghuni tetap di Hulu Selangor bagi mengukuhkan sokongan undi mereka pada pilihan raya akan datang.

NONETimbalan pengerusi PKR selangor, Zuraida Kamaruddin pada sidang media hari ini menunjukkan kepada wartawan surat yang didakwa bukti Umno menyalahgunakan proses kerajaan.

Surat bertarikh 23 Mac dari ketua Umno bahagian Hulu Selangor Mohamed Idris Abu Bakar dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri dan naib presiden parti itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Dengan sukacita kami memaklumkan telah mengenalpasti dan mengesahkan memperolehi senarai individu-individu bakal pengundi (PR) yang boleh membantu kemenangan BN dalam kawasan parlimen Hulu Selangor untuk pilihan raya ke-13,” petik surat berkenaan.

NONE"Mereka adalah daripada kalangan para pelajar, usahawan tulen dan yang berkerjaya, di mana mereka ini boleh sama-sama membangunkan negara ke arah yang lebih maju dan progresif di samping akan memenangkan BN bagi setiap pilihan raya, khususnya semasa plihan raya umum yang ke-13.

"Dengan ini, diharapkan Datuk Seri dapat memberi kelulusan awal (minit kelulusan) supaya pihak kami dapat menguruskan permohonan ini dengan lancar dan sempurna," kata Idris dalam suratnya itu.

Surat itu mempunyai logo Umno dan dialatkan ke Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.(mkini)

LEGASI RAZAK Vs LEGASI RAKYAT




Oleh: SERINA U.K
JIKA almarhum Tun Abdul Razak masih hidup di kala ini, beliau pasti kagum dengan kehebatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang hidup di era anaknya menjadi Perdana Menteri Malaysia; melakukan transformasi ekonomi Sabah tanpa meneruskan Legasinya, FELDA.
Belum ada Pakar Ekonomi Dunia dapat menandingi Musa dalam kegiatan ekonomi sehingga negeri yang dilabelkan sebagai mempunyai penduduk miskin paling ramai di Malaysia; sebenarnya adalah negeri yang paling kaya di Malaysia; malah mampu menandingi Rizab Negara.
Kerajaan Malaysia di era Bapa Transformasi, Najib Tun Razak sewajarnya bersyukur dan wajib belajar daripada Musa bagaimana melakukan Transformasi Ekonomi secara ‘Glokal’ melalui projek ‘Agropolitan’ bagi meningkatkan taraf hidup rakyat; 1,001 kali jauh berbeza dan lebih sistematik daripada Gagasan FELDA, FELCRA, RISDA dan pelbagai agensi transformasi ekonomi mikro dan makro.
Skim FELDA yang masih menggunapakai ‘Dasar Penjajah’ yang memecah dan memerintah, ternyata belum berjaya melakukan ‘Transformasi Ekonomi’ kerana sudah hampir tiga dekad FELDA di Sabah, para peneroka masih gagal memiliki hak milik tanah dan masih terpenjara di ‘Lingkaran Putaran Ganas Kemiskinan’ lebih sinonim dengan PPRT disebabkan ‘Dasar Memakmurkan FELDA’ sehingga membelakangkan rakyat atau para peneroka.
Majoriti peneroka FELDA kelihatan tidak ubah seperti di zaman ‘KUNTA-KINTE’ iaitu perhambaan sekalipun diskima dalam bentuk yang lebih berhemat; langsung tidak berhak memiliki tanah yang diusahakan; dibeban dengan hutang yang tidak mampu dijelaskan sehingga keturunan.
Anak Syarikat FELDA sinonim dengan kapitalis dan penjajah yang ditohmah sebagai ‘Along’ kerana bukan sahaja kejam terhadap nasib dan masa hadapan para peneroka dan merampas semua peluang pekerjaan membangunkan dan menyelenggara ladang FELDA; malah turut melupai jasa para kontraktor yang bertungkus lumus membangunkan ladang berkenaan, melalui pemberhentian secara besar-besaran kontrak kerja, terutama Persatuan Kontraktor Gugusan Sabahat (KOGUSA) sehingga mereka terpaksa melukut di tepi gantang dan menawarkan ‘rasuah’ untuk terus kekal di FELDA Gugusan Sahabat, Lahad Datu.
Penderhakaan ‘Anak’ terhadap ‘Bapak’ ternyata mengeruhkan pengurusan FELDA untuk menjadi agen pembasmi kemiskinan yang telah menelan semua peluang untuk generasi pertama, kedua, ketiga dan seterusnya sehingga mereka terpenjara di dalam ‘Gubuk Ekonomi’ kapitalis yang wujud daripada penubuhan anak syarikat FELDA.
Ramai peneroka FELDA seperti ‘ayam jantan yang kokok berderai-derai, tetapi bontot dipenuhi tahi’ hanya mampu membawa pulang RM50 sehingga RM300 sebulan akibat skima pemotongan hutang yang tidak berperi kemanusiaan; sekalipun harga kelapa sawit pada paras tertinggi dewasa ini.
Para Peneroka FELDA di Sabah bagaikan Pak Kadok yang menang sorak tetapi kampung tergadai, masih dilambung mimpi di siang hari untuk mendapatkan geran hak milik tapak rumah dan tanah di dalam ladang FELDA; terpaksa menyekang mata di malam hari memikirkan cara untuk menambahkan pendapatan untuk menampan kos hidup yang semakin tinggi.
Berbanding dengan para peneroka Agropolitan yang di Sabah, mereka telah diberi geran komunal dan terus menjadi kaya serta merta apabila Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS atau SLDB) membangunkan tanah mereka melalui perkongsian bestari.
Mereka terus menjadi tuan kerana mempunyai geran hak milik secara berkumpulan dan akan terus menerima dividen daripada tanah yang dimajukan setiap bulan, di samping gaji bulanan jika mereka turut bekerja memajukan tanah mereka.
Paling memberansangkan, Kerajaan Negeri Sabah menetapkan sebahagian besar daripada dividen dan keuntungan mereka disimpan dalam Tabung Pelajaran kerana menyedari hanya pendidikan ke peringkat Universiti sahaja yang mampu membasmi kemiskinan secara total; selain penyediaan prasarana asas.
Dengan pendapatan bulanan antara RM2,500 sehingga RM3,500, para peneroka Agripolitan menjadi antara golongan miskin di dunia yang menjadi kaya dalam sekelip mata melalui program transformasi ekonomi secara glokal.
Belum ada kerajaan di dunia yang mampu melakukan Transformasi Ekonomi sebegitu hebat sebagaimana kebijaksanaan Kerajaan Negeri Sabah melaksanakan pelan tindakan transformasi ekonomi mengikut acuan mereka sendiri, ‘Agropolitan’ tanpa melakukan penindasan atau mengguris perasaan rakyatnya.
Jika benar Kerajaan Sabah kaya, kenapa tidak gunakan wang Rizab untuk membangunkan prasarana yang semakin mundur di luar bandar dan membasmi kemiskinan? Bukankah itu tanggung jawab Kerajaan Persekutuan namun menteri yang dilantik Perdana Menteri gagal menjalankan tugas? Wang Kerajaan Negeri untuk rakyat Sabah menghadapi masa sukar, bukan untuk berbelanja secara suka-suka!
Dalam pada itu, tiga Geran Komunal Anak Negeri (NCR) dikeluarkan di Sabah melibatkan keluasan 7,258 hektar dan memberi manfaat kepada 1,702 penduduk di daerah Nabawan dan Tongod.
Melalui pengeluaran geran berkenaan, perjanjian usaha sama untuk membangunkan ladang sawit di kawasan Lalampas, Tongod, dimeterai dengan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) untuk tempoh 25 tahun.
Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah berkata rakyat akan mendapat manfaat segera dalam bentuk dividen, peluang pekerjaan dan peluang perniagaan sesuai dengan kemampuan dan kemahiran sedia ada.
Musa berkata mengikut syarat perjanjian, benefisiari atau anak negeri yang terlibat akan memiliki dividen 40 peratus dan LKTNS 60 peratus.
Katanya kawasan yang terlibat dengan usaha sama itu akan dibangunkan dengan tanaman kelapa sawit di kawasan seluas 3,237 hektar dan tanaman kontan di kawasan seluas 404 hektar.
Beliau berkata penanaman kelapa sawit akan bermula Ogos ini dengan anggaran kos perbelanjaan RM74 juta.
Musa berkata kawasan tanah kerajaan seluas 15,780 hektar melibatkan 4,161 peserta sedang diproses oleh Jabatan Tanah dan Ukur untuk pengeluaran 43 Geran Komunal Anak Negeri.
Sebanyak 24,592 hektar tanah kerajaan sedang dirancang untuk pengeluaran Geran Komunal Anak Negeri.
Kata Musa, memberi milikan tanah melalui Geran Komunal Anak Negeri merupakan langkah positif kerajaan negeri untuk membangunkan tanah secara optimum dan mampan dengan harapan dapat membasmi kemiskinan dengan pemberian dividen dan peluang pekerjaan dan perniagaan.
Alangkah bertuahnya rakyat Sabah jika FELDA dan FELCRA menyerahkan kembali lebih 300,000 ekar tanah yang telah diberi secara PERCUMA oleh Kerajaan Negeri Sabah yang lalu untuk ditadbir urus melalui Skim Agropolitan; selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Anak Negeri Sabah mempunyai HAK MUTLAK ke atas ‘Tanah Adat’ yang telah diusahakan mereka sejak zaman berzaman oleh nenek moyang mereka, tetapi dirampas secara kejam dan diperdaya oleh FELDA dan FELCRA dengan sekelumit pampasan!(sabahkini)

Patutlah Hari Berlalu Terasa Semakin Cepat!

Satu Hari Kini Tinggal 23 Jam
Gempa dengan magnitude 9 yang menghantam Jepang, 11 Maret lalu mengubah poros planet Bumi yang mengakibatkan semakin pendeknya waktu dalam satu hari. (NOAA/NASA GOES Project)
VIVAnews - Richard Gross, peneliti dari Jet Propulsion Laboratory, NASA menyusun model penghitungan kompleks untuk mengalkulasikan secara teoritis, bagaimana gempa bumi di Jepang, yang merupakan gempa terbesar kelima sejak tahun 1900, memengaruhi rotasi Bumi.
Memanfaatkan data dari United States Geological Survey, hasil perhitungan mengindikasikan adanya perubahan distribusi massa Bumi. Gempa Jepang telah membuat Bumi berputar sedikit lebih cepat, dan memperpendek waktu dalam satu hari hingga 1,8 mikrodetik atau sepersejuta detik.
Kalkulasi yang dibuat juga menunjukkan bahwa poros Bumi bergerak sekitar 17 centimeter ke arah bujur timur. Perubahan poros ini akan membuat pergerakan Bumi sedikit berbeda. Namun itu tidak mempengaruhi posisi Bumi di ruang angkasa karena hanya kekuatan eksternal seperti gravitasi Matahari, Bulan, dan planet-planet yang mampu mengubah itu.
Seputar semakin singkatnya waktu dalam satu hari yang sudah tidak mencapai 24 jam, sebagai gambaran, akibat gempa dengan magnitude 8,8 yang terjadi tahun lalu di Chile, waktu dalam satu hari telah dipangkas sebesar 1,26 mikrodetik dan menggeser poros Bumi sekitar 8 cm.
Padahal, menggunakan kalkulasi serupa yang dilakukan setelah gempa dengan magnitude 9,1 yang menghantam Aceh tahun 2004 lalu, waktu dalam satu hari sudah berkurang sebesar 6,8 mikrodetik akibat bergesernya poros dan bentuk Bumi sekitar 7 cm.
“Rotasi Bumi terus berubah, dan tidak hanya disebabkan oleh gempa, namun juga dipengaruhi oleh faktor lain seperti angin di atmosfer dan arus samudera,” kata Gross, seperti dikutip dari Science Daily, 10 Mei 2011. “Bagaimana gempa memengaruhi rotasi Bumi tergantung pada skala, lokasi, dan bagaimana gempa terjadi,” ucapnya.
Gross menyebutkan, dalam kurun satu tahun, waktu dalam satu hari bisa bertambah dan juga berkurang sekitar satu milidetik atau 550 kali lebih besar dibanding akibat gempa Jepang. Demikian pula dengan lempeng Bumi yang bisa bergeser sekitar 1 meter dalam satu tahun akibat berbagai gempa.
“Secara teori, apapun yang mampu meredistribusi massa Bumi akan mengubah rotasi planet Bumi,” kata Gross. “Namun demikian, perubahan rotasi dan poros Bumi seharusnya tidak memengaruhi kehidupan kita sehari-hari. Perubahan ini sangat alami dan terjadi kapan saja. Orang-orang tidak perlu khawatir,” ucapnya.
Meski telah membuat penghitungan, kalkulasi yang dibuat Gross, baik untuk rotasi dan poros Bumi, hasilnya kemungkinan akan masih berubah dengan munculnya data-data baru yang lebih akurat seputar fenomena yang terjadi di Bumi.

Selamatkan Rakyat Marhaen!

Adu kepada Suhakam, akibat tidak tahan tanggung hutang

Memorandum aduan itu mendedahkan punca sebenar bebanan hutang yang mencecah ratusan ribu ringgit dihadapi peneroka akibat kegagalan anak syarikat Felda, Felda Technoplant.
 
KUALA LUMPUR: Tidak tahan dengan bebanan hutang Skim Tanam Semula yang mencecah sehingga ratusan ribu ringgit, sekumpulan peneroka Felda hari ini menyerahkan memorandum aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Memorandum aduan itu mendedahkan punca sebenar bebanan hutang yang dihadapi mereka adalah daripada kegagalan anak syarikat Felda, Felda Technoplant yang lewat menguruskan proses tanam semula kelapa sawit dan getah sehingga bertahun lamanya.
Wakil kumpulan itu Mazlan Aliman berkata, kerja tanam semula yang sepatutnya diselenggara Felda Technoplant terhadap setiap 10 ekar tanah peneroka tidak dilaksanakan dengan baik dan dilanda pelbagai masalah.
Selain kelewatan kerja membersihkan tapak, Felda juga didakwa tidak menanam dan menyemai anak benih dengan betul, mengabaikan penjagaan tapak sehingga diserang haiwan liar, selain diragui tahap kualiti baja serta anak benih yang dibekalkan.
“Dalam perjanjian Felda memperuntukkan proses tanam semula adalah selama 36 bulan (tempoh kelapa sawit membuahkan hasil) sehingga 72 bulan (bagi tanaman getah) dan dalam tempoh tersebut Felda mengenakan hutang berjumlah RM18,000 setahun.
“Disebabkan kelewatan dan pengabaian daripada Felda sendiri sehingga melebihi tempoh yang dijadualkan, peneroka yang terpaksa menanggung beban akibat jumlah hutang terkumpul yang tinggi dari sepatutnya,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Suhakam disini hari ini.
Dalam pertemuan tersebut, kira-kira 20 wakil peneroka daripada Felda Tenggaroh, Nitar, Sungai Mas, serta beberapa lagi daripada Felda sekitar Johor hadir manakala Suhakam diwakili Pesuruhjaya Shaani Abdullah dan Pegawai Helmi Fendy Mohammad Idris.
Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Peneroka PAS Pusat berkata, pihaknya mempunyai bukti dari kalangan kira-kira 80,000 peneroka yang menyertai skim ini, ada antara mereka yang mempunyai rekod hutang sehingga ratusan ribu ringgit.
Berhutang sepanjang hayat
“Seorang peneroka Felda Jengka 16, Pahang yang berumur lingkungan 70-an mempunyai jumlah hutang sebanyak RM91,119. Ada juga yang berhutang sehingga mencecah RM12,000. Mereka ini terpaksa berhutang sepanjang hayat,” katanya.
Selain dibebani hutang kira-kira RM1,500 setiap bulan, Mazlan berkata pihaknya juga tidak berpuas hati apabila Felda turut mengenakan ‘bunga’ sebanyak 6.25 peratus setiap bulan (tidak termasuk hutang persendirian) yang dianggap terlalu tinggi serta tidak munasabah.
“Semasa (Allahyarham) Tun Ghafar Baba menjadi Menteri Luar Bandar pada tahun 1994, beliau memberikan alasan tujuan kadar faedah dikenakan kerana Felda ada hutang dengan Bank Dunia.
“Tetapi hutang itu dah selesai pada tahun 1996, jadi kenapa masih lagi kekalkan kadar faedah tersebut,” soal beliau.
Sementara itu, seorang peneroka daripada Felda Nitar 2 di Mersing, Johor dalam pertemuan tersebut mengadu pihaknya telah mengemukakan masalah ini kepada Presiden Majlis Belia Felda Malaysia Datuk Ramli Ismail, pengurus Felda, ketua kampung serta Pengerusi Biro Ladang pada Oktober tahun lalu, namun jalan penyelesaian masih buntu.
“Menurut perbincangan serta bukti-bukti yang telah dihantar kepada pihak peguam yang dilantik, pihak kami telah membuat keputusan untuk menuntut ganti rugi kepada Felda.
“Ini adalah disebabkan kegagalan pengurus, kakitangan, ketua kampung dan Biro Ladang Felda Nitar 2 yang tidak menjalankan tugas serta tanggungjawab yang dimanahkan,” keluhnya yang sebelum ini mengaku takut untuk bersuara kerana khuatir akan dianggap sebagai peneroka ‘pengkhianat’ dan ‘tidak tahu bersyukur’.
Gagal bela nasib peneroka
Sementara itu, Shaani berkata pihaknya kesal dengan sistem pengurusan Felda yang bukan sahaja gagal membela nasib peneroka, malah mengabaikan tanggunjawab mereka sebagai penjawat awam.
Pihaknya juga memberi jaminan akan memberi keutamaan terhadap kes in serta akan berusaha untuk mengadakan pertemuan antara peneroka dengan pihak Felda.
“Dalam hal ini usaha peneroka Felda untuk mencari nafkah dihalang kerana kelemahan sistem pelaksanaan tanam semula oleh agensi yang bertanggungjawab.
“Peneroka terpaksa tanggung hutang sebabkan kos tambahan yang tinggi. Kalau peneroka tak tanggung, kesannya kerajaan (dengan menggunakan duit rakyat) yang akan tanggung.
“Jadi pekerja awam jangan ambil rendah tanggungjawab ini,” katanya yang khuatir peneroka Felda akan menjadi golongan petani yang tidak berwawasan akibat dibebani pelbagai masalah dan hutang.

Harga Gula Naik Lagi!

Harga gula naik kali keempat sejak tahun lalu

MerdekaReview

 
Harga gula bakal meningkat 20 sen kepada RM2.30 sekilo, berkuatkuasa mulai esok, untuk "menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM116.6 juta".  Kenaikan ini adalah kali keempat sejak tahun 2010, juga "penyelarasan kali ketiga" sejak rasionalisasi subsidi yang diumumkan pada Julai 2010.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan pada hari ini, bahawa harga gula akan dinaikkan ke paras RM2.30 sekilo mulai esok.  Ia dilihat sebagai salah satu langkah di bawah Rasionalisasi Subsidi, untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM116.6 juta.
Kerajaan Najib mengambil langkah di bawah rasionalisasi subisidi untuk kali pertama pada 16 Julai 2010, dengan kenaikan harga minyak RON95 sebanyak 5 sen, gas semulajadi 10 sen, dan penyelarasan harga minyak RON97 mengikut pasaran dunia.  Harga gula dinaikkan 25 sen ketika itu, dan kesemuanya dianggar menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM750 juta.
Kali kedua kenaikan harga diumumkan pada 4 Disember 2010, dengan kenaikan 5 sen untuk minyak RON95, 20 sen untuk gula dan 5 sen untuk gas dan diesel.  "Penyelarasan" harga minyak dijangka menjimatkan kos RM1.18 bilion untuk kerajaan, dan sebanyak RM283.5 juta dijimatkan untuk kenaikan harga gula.
Lebih awal lagi, kerajaan mengumumkan pada Januari 2010 kenaikan harga gula dari RM1.45 kepada RM1.65 sekilo di Semenanjung Malaysia, dan peningkatan kepada RM1.75 sekilo di Sabah dan Sarawak.
*Diterjemah dari teks asal.

Kes Lynas

"Selamatkan Kuantan demi generasi akan datang!"

Chan Wei See, Wong Swee Nee

 
Kira-kira 800 orang berhimpun di pantai Teluk Cempedak, Kuantan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji pemprosesan nadir bumi (rare earth) oleh syarikat Lynas di Gebeng, semalam.  Ramai ibu yang mengambil berat kesihatan anak-anak mereka tampil untuk menyatakan pendirian, sempena Hari Ibu semalam.
Perhimpunan membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi ini diseru dalam laman sosial Facebook, dan disahut oleh orang ramai, yang membawa keluarganya ke situ mulai jam 5 petang.
Pada kira-kira jam 7 petang, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP, Mohd Jasmani Yusof meminta agar orang ramai bersurai.  Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh tampil untuk berunding dengan polis, dan akhirnya polis bersetuju bahawa ia adalah perhimpunan aman, lantas hanya memantaunya dari tepi tanpa mengganggu kegiatan mereka.
Pada kira-kira jam 8.15 malam, ibu-ibu mulai menyalakan lilin di tepi pantai bersama anak-anak mereka.  Mereka membawa sepanduk yang menulis, "Selamatkan Kuantan! Bantah nadir bumi! Menentang ancaman awam dan selamatkan tanahair kita!"; malah melaungkan slogan "Lynas, berambus ke Australia! Kuantan tak mahu radioaktif!"
Turut hadir dalam perhimpunan semalam termasuklah Naib Presiden PKR, Tian Chua, Pengerusi "Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas" Vincent Jiam, Naib Ketua PKR Cabang Indera Mahkota Lee Chean Chung dan lain-lain.
Ketika ditemuramah MerdekaReview, ibu-ibu dari pelbagai keturunan kaum menyatakan hasrat mereka yang sama, iaitu mereka menyertai perhimpunan ini demi keselamatan dan kesihatan generasi yang akan datang.  Malah, Sita Runisah, 38, yang datang dari Balok bersama suami dan dua orang anaknya berkata, "Kami sebagai ibu selama ini mengambil berat anak kami, kami rela mati untuk anak kami!"
Malah tidak kurang juga yang menyatakan bahawa mereka berharap agak tragedi Bukit Merah tidak berulang.
*Chan Wei See ialah Pemangku Ketua Pengarang MerdekaReview, Wong Swee Nee ialah wartawan khas MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Disedut dan diterjemah dari teks asal.