"Selamatkan Kuantan demi generasi akan datang!"
Kira-kira 800 orang berhimpun di pantai Teluk Cempedak, Kuantan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji pemprosesan nadir bumi (rare earth) oleh syarikat Lynas di Gebeng, semalam. Ramai ibu yang mengambil berat kesihatan anak-anak mereka tampil untuk menyatakan pendirian, sempena Hari Ibu semalam. Pada kira-kira jam 7 petang, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP, Mohd Jasmani Yusof meminta agar orang ramai bersurai. Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh tampil untuk berunding dengan polis, dan akhirnya polis bersetuju bahawa ia adalah perhimpunan aman, lantas hanya memantaunya dari tepi tanpa mengganggu kegiatan mereka. Turut hadir dalam perhimpunan semalam termasuklah Naib Presiden PKR, Tian Chua, Pengerusi "Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas" Vincent Jiam, Naib Ketua PKR Cabang Indera Mahkota Lee Chean Chung dan lain-lain. Malah tidak kurang juga yang menyatakan bahawa mereka berharap agak tragedi Bukit Merah tidak berulang. *Chan Wei See ialah Pemangku Ketua Pengarang MerdekaReview, Wong Swee Nee ialah wartawan khas MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut dan diterjemah dari teks asal. |