Sunday, May 8, 2011

Cari Keadilan Sampai Mati!

Terbongkar : Timb Pengarah Kastam, Sarbani tidak bunuh diri, ada saksi

Berita yang pasti tidak akan disiarkan di TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan lain-lain media arus perdana pro gerombolan songkok tinggi. The News Straits Time mendedahkan petunjuk baru melalui saksi yang tidak mahu dikenali bahawa Ahmad Sarbaini telah di bawa ke bilik siasatan oleh lebih seorang pegawai SPRM. Dan Ahmad Sarbaini tidak pernah dibiarkan sendirian dalam bilik tersebut.

Keluarga Ahmad Sarbaini yakin 100 peratus, Ahmad Sarbaini tidak membunuh diri selepas bercakap dengan saksi penting tersebut. News Straits Time melaporkan kenyataan ini jelas sekali bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM [NST].


Bagaimana pun, kita sudah sedia maklum, berita tentang keadilan dan nyawa rakyat seperti ini tidak akan disiarkan di media arus perdana kerana akan memburukkan imej gerombolan songkok tingggi. Berita yang harus malah wajib disiarkan adalah berita video seks, meskipun terpaksa merosakkan minda anak-anak kita rujuk sini [TV3 Penyebar Video Lucah].

Akal yang waras akan menolak kenyataan bahawa seorang yang beragama Islam seperti Ahmad Sarbaini akan membunuh diri hanya kerana dakwaan rasuah yang belum tentu dia akan disabitkan kesalahan. Merengkok di dalam penjara tidak seteruk dan seburuk mati kerana membunuh diri itupun jika sabit kesalahan. Malah kebarangkalian beliau untuk terlepas dari kes ini sangat tinggi, maka mustahil dia akan membunuh diri.

Bagaimana pun ada pihak yang mahu rakyat yakin dan percaya bahawa Allahyarham Sarbaini mati kerana membunuh diri akibat malu dengan kes rasuah yang didakwa ke atasnya. Hari ini saudara seagama kita mungkin dianiaya, barangkali esok atau lusa keluarga atau diri kita sendiri. Fikirkanlah...
(wargamarhaen)