Zaman Mahathir dah berlalu, yang baik dan yang buruk hanya jadi kenangan dan tinggal dalam lipatan sejarah...
Betapa banyak sekali pun kebaikan, tetapi keburukan mantan perdana menteri ini tetap menghantui dan tak mudah dilupakan oleh rakyat. Untuk memulihkan imej. maka Mahathir telah cuba mengambil banyak langkah, … antaranya menulis buku ini “Memoir Doktor Dalam Rumah”
Seperti telah diduga, sebaik sahaja naskah “Memoir Doktor Dalam Rumah” ini dilancarkan, pelbagai kritikan dibuat terhadap kesahihan setiap fakta yang diutarakan oleh Mahathir.
Apa yang jelas memoir DrM ini kurang berkreadibiliti dan tidak berintegriti. Kalau Mahathir teman anggap sebagai penulis nyanyuk, maka izinkan teman membuat sedikit komen yang lebih baik sikit dari orang nyanyuk!. Komen teman,…. buku hasil tulisan Mahathir ini ibarat penulisan sebuah cerpen saja. Beliau bebas menceritakan apa saja pengalaman hidupnya dengan penuh perasaan dan imeginasi yang ditokok tambah, walaupun pembaca tak mungkin boleh mempercayai sepenuhnya!
Tak kisah lah, itu hak dia. Tapi untuk mengangkat dan bermegah dengan tulisannya, ia sesuatu yang kurang wajar!,… sebab? Semasa sihat dan berkuasa dulu pun beliau sering membuat kenyataan-kenyataan yang songsang! Apalagi bila Mahathir menulis diusia senja begini mesti ada cerita yang bersifat nyanyuk dan merepek.
Boleh lah kita kata Mahathir menulis kali ini ikut syok sendiri dengan mengharapkan pembaca atau rakyat Malaysia percaya dengan ceritanya walhal sebahagian dari ceritanya merapu dan mengarut. Banyak ceritanya berupa andaian dan tidak berfakta. Kalau menulis dalam khayalan siapa pun boleh tulis!!
Apa tujuan Mahathir menulis “memoir Doktor Dalam Rumah” ini sebenarnya? Jawapannya cukup mudah! Sudah pasti beliau mahu memulihkan kredebilitinya yang sudah lama hilang. Sudah pasti beliau ingin menaikkan kembali moral dan imejnya yang telah rosak teruk, lebih-lebih lagi selepas peristiwa beliau memfitnah dan memecat DS Anuar pada 1998.
Sekarang ini sepatutnya Mahathir sudah insaf perbuatannya membuat fitnah liwat terhadap Anuar 13 tahun dulu. Ya! satu fitnah yang paling agong dekad ini yang pernah dibuatnya! Tetapi nampaknya Mahathir belum insaf!! Beliau mengajak pembaca mengimbau kembali kes fitnah liwat 1998. Beliau sebolehnya-bolehnya mahukan rakyat Malaysia percaya bahawa DS Anuar adalah kaki liwat. Berbuih mulutnya bercakap bahawa beliau ada cukup bukti,.. tetapi bila dipanggil untuk menjadi saksi kes beliau menolak! Cis ! apa punya manusia ni!
Kalau sesiapa teringin sangat nak baca buku ini , bacalah! Tapi anggaplah ia seperti membaca buku cerita penglipur lara zaman dulu-dulu – seperti kisah Pak Pandir atau Pak Kadok atau Lebai Malang!!
Oleh : rahimothman