Monday, March 14, 2011

SYARIKAT BSKL MEMPERDAGANG ORANG?



Oleh: SURIATI MAHMUD
WALAUPUN Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menempatkan pegawainya di Kwantas Corporation Berhad, sebuah syarikat ‘bumiputera’ di Papan Utama BSKL yang menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu dan mendapat taraf Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti; namun syarikat ini masih memperdagang orang kerana paling banyak menggunakan tenaga kerja asing atau PATI.
Mengikut rekod Sabahkini.net, pada 2010 Jabatan Imigresen Lahad Datu telah membuat serbuan dan menangkap ramai pekerja Kwantas yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, termasuk Juru Audit Kwantas, Puan Froctousa Marcoco yang bekerja secara haram dengan Kwantas.
Bagaimanapun Froctousa kini kembali bekerja (tanpa perlu menjalani hukuman Imigresen) dengan Kwantas dan anak syarikatnya Fordeco dan dalam masa yang sama menjadi ‘Iron Lady’ untuk menindas pekerja tempatan tanpa mengenal belas kasihan.
Manakala suaminya, Rodolfo Elmidolan, juga menggunakan dokumen pengenalan diri yang meragukan dan telah dipanggil untuk siasatan di Pejabat Imigresen, namun kes berkenaan ditutup begitu sahaja; namun yang menjadi mangsa ialah kakitangan yang membuat aduan terhadap mereka berdua.
Difahamkan Rodolfo Elmidolan telah beberapa kali ke Indonesia untuk menjalankan tugas-tugas resmi tanpa Pas Kerja. Beliau hanya mengunakan ‘Business Visa’.
Selain Froctousa dan suaminya, lebih 9,000 PATI diambil bekerja dengan syarikat berkenaan di sektor perladangan, perkilangan dan pejabat; namun sehingga hari ini Kwantas masih kebal daripada penguatkuasaan dengan pengaruh wang dan demi menjaga nama baik Bursa Malaysia.