Tuesday, March 15, 2011


Krisis Nuklear Akan Menular Ke Asia, Tolong Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Dalam keadaan kerajaan Jepun menangkis dakwaan akan berlaku satu lagi bencana seperti di Chernobyl, tiba-tiba satu lagi letupan telah berlaku terhadap reaktor no 3. Jika hengak diperkirakan dengan kawasan yang terjejas, kesan readiasi akibat letupan tersebut boleh mencecah seluas 15 ribu kilometer persegi. Jika perkiraan ini betul, maka seluruh negara Asean akan menerima kesannya termasuk Malaysia.


LETUPAN kuat merosakkan loji nuklear ketiga Fukushima, dengan asap tebal dan api menjulang di reaktor berkenaan, hari ini. Punca kejadian dipercayai disebabkan tekanan hidrogen. - Foto AFP/NHK
 
Oleh itu anda dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga kerana kesannya amat bahaya kepada kesihatan anda. Anda dinasihatkan agar berada didalam rumah dan jika perlu hubungi pusat rawatan untuk mengetahui cara mengatasinya- Musafirlalu 

 Pakar nuklear Amerika Syarikat memberi amaran tindakan mengepam air laut untuk menyejukkan reaktor nuklear Jepun yang rosak dilanda gempa bumi adalah satu 'tindakan terdesak' yang boleh membayangkan satu bencana seperti Chernobyl.

Beberapa pakar dalam satu sidang media meramalkan tanpa mengira kesan krisis reaktor nombor 1 di loji nuklear Fukushima, 240 kilometer di utara Tokyo yang rosak, kemalangan terbabit sudah pun dengan serius menjejaskan kebangkitan industri jana kuasa nuklear.