MAHATHIR & UMI MASIH DENDAM ANUAR!!?
Mahathir dan Umi Hafilda 2x5, terus mendendami DS Anuar!
Dakwaan fitnah liwat 1 terhadap DS Anuar sudah 13 tahun berlalu, tetapi…..
Kenapa hingga sekarang Dr.M dan Umi masih meroyan, tak habis-habis nak bercakap pasal kes liwat yang merupakan satu fitnah itu? Mahathir seolah-olah mahu memaksa rakyat percaya akan cerita kotornya itu. Secara tidak langsung beliau nahukan rakyat percaya bahawa beliau lebih bersih dari Anuar walhal rakyat sudah tahu siapa mala’un sebenar!!
Seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia tahu bahawa kes ini merupakan satu konspirasi peringkat tertinggi yang diketuai sendiri oleh Dr.Mahathir. Mahkamah sudah pun mengesahkan bahawa DS Anuar tidak bersalah!. dan bebas dari tuduhan!
Mahathir sebenarnya masih beruntung kerana musuhnya Anuar tetap menjalani penjara 6 tahun kerana tuduhan salahgunakuasa. Kasihan DS Anuar tak pasal-pasal meringkok dalam penjara, kerana menggunakan sedikit kuasa hanya semata-mata untuk mempertahankan diri. Berapa banyak pula salahgunakuasa yang telah dilakukan oleh Mahathir? Tak siapa pun yang berani menegur!
Begitulah bumi Malaysia pada ketika itu dimana Mahathir amat berkuasa. Tak dapat tanduk telinga dipulas, tak dapat menyepak bola kaki dibentes. Tak dapat membaling najis kebadan Anuar, namun Mahathir terus menghalakan kentutnya kemuka Anuar!
Semasa kes liiwat ’98 dulu, Mahathir telah dicabar untuk menjadi saksi tetapi tak mahu, beliau menolak tanpa alasan kukuh. Begitu juga Umi Hafilda, seorang lagi badut betina yang bertindak sebagai tentera upahan Mahathir, juga tak berani tampil untuk menjadi saksi utama kes. Tetapi hari ini kenapa sibuk benar? Kesana kesini mendakwa ada buktilah! ada rahsia belum dicerita lagi lah! Semasa kes masih hangat dulu kenapa diam?? Kenapa? Kenapa takut sangat nak jadi saksi?
Dan akhir sekali,… peringatan buat Mahathir dan Umi!!
Hari ini Mahathir dah lupakah yang beliau sudah bersara dari Perdana Menteri?, dan seharusnya beliau bersara juga dari dunia politik? Wahai Mahathir dan juga Umi, teraju utama kes liwat 1. Sepatutnya kamu habiskan lah sisa-sisa hidup ini untuk amal kebajikan, membersih dosa-dosa lalu dan perbanyakkan amal soleh untuk bekalan hari akhirat! Kenapa Anuar masih mahu dicela, dikata, dihina, diejek dan dimalukan?
Agaknya Mahathir tersangat takut dan fobia andainya segala keburukannya selama 22 tahun mencengkam tampok pemerintahan kerajaan BN dulu dibongkar oleh DS Anuar! Sudahlah Tun! Cukuplah tu! Kalau Pakatan Rakyat dapat memerintah sekalipun mereka tak akan buat kerja zalim yang Tun pernah buat dulu! Lebih baik Tun insaf dan mengaku saja di atas segala kesilapan! BERTAUBATLAH SEMENTARA NAFAS MASIH ADA !!
Oleh : rahimothman