Tayangan dokumentari yang dipinggirkan
Dokumentari yang mencerminkan kebenaran masyarakat merupakan spesies filem yang diancam pupus di Malaysia. Genre filem jenis ini bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan penonton yang sentiasa mengharapkan unsur-unsur "hiburan", bahkan ia perlu juga mengharungi campur tangan daripada MSM dan tingkah-laku self-censorship oleh pihak media sendiri.
Pada bulan April 2004, penerbit acara Editor's Time dan Edisi Siasat NTV7 Joshua Wong Ngee Choong telah meletakkan jawatan sebagai petanda tidak setuju dengan self-censorship oleh pihak atasan NTV7. Dalam bulan yang sama, penerbit Galeri Mandarin Nasional bagi TV2, RTM pula dipecat kerana membuat dan menyiarkan siri dokumentari tentang empangan Bakun. Kedua-dua kes tersebut menunjukkan betapa seriusnya sekatan atas dokumentari di Negara ini oleh akta-akta yang ketinggalan zaman dan bagaimana kebebasan terhadap informasi disekat oleh campur tangan politik dalam arena media.
Dalam keadaan yang terdesak sedemikian, sebagai salah satu kaedah yang paling berkesan dalam penyebaran maklumat dan mengkritik sosial, dokumentari terpaksa menyelesaikan masalah kekurangan penonton dan begitu juga dengan masalah kongkongan media oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
Oleh sebab itu, kami membuat keputusan untuk mengenepikan "godaan" untuk memasukkan lebih banyak unsur-unsur hiburan ke dalam dokumentari, dan mengatasi rintangan self-censorship, untuk menayangkan dokumentari dipinggir media arus perdana. Kami menggelar tayangan ini sebagai tayangan "yang Dipinggirkan" atau Exiled Documentary, tidak bermaksud kami mengundurkan diri dari tayangan untuk orang ramai, sebaliknya kami tidak ingin letakkan diri dalam zon yang selesa dan selamat yang selama ini hanya mampu ditawarkan di RTM dan stesen-stesen TV swasta, sebaliknya memilih untuk berhadapan dengan penonton secara terus, dan berhadapan dengan cabaran, risiko serta peluang yang jauh lebih besar.
Sebagai tayangan bagi pusingan yang pertama, kami akan menayangkan dokumentari Bakun Trilogy bahagian 1 dan 2, yang dibuat semula oleh bekas penerbit "Galeri Mandarin Nasional" Chou Z Lam, serta dokumentari "March Encircling" tentang perjuangan rakyat di kampung baru Rawang, yang dibuat oleh director dan producer VideoArt, Lai Kim Koon. Tayangan tersebut akan diadakan di 13 tempat di pantai barat semenanjung Malaysia serta Singapura. Tujuan utama tayangan ini adalah untuk membangkitkan semula isu kesan sosial empangan Bakun dan kabel elektrik Rawang, dan mendedahkan mereka kepada populasi di seluruh Malaysia. Berikut adalah maklumat terperinci tentang tayangan ini:
Tajuk Aktiviti: Tayangan Dokumentari Yang Dipinggirkan
Objektif aktiviti:1.membantah kongkongan media
2.memperkenalkan documentari
3.membentuk masyarakat Civil
2.memperkenalkan documentari
3.membentuk masyarakat Civil
Para Penganjur: Peoples Documentary Foundation, Video Art Magazine, Malaysiakini
Penaja utama:Kumpulan wartawan dan penulis yang menyokong orang asli dan orang asal
Penganjur Setempat:KLSCAH Social Economic Committee, KL
New Era College Media Study Department, Kajang
Lim Lian Giok Cultural Development Centre Perak (LLGPERAK), Ipoh
Penang Chinese Town Hall, Penang
SUARAM Penang
Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) , Perak
Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall Youth (NSCAHY), Seremban
Malacca Chinese Assembly Hall (Youth Section), Malacca
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bakri, Muar
Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Kluang
SUARAM Johore Bharu
Singaporeans For Democracy(SFD)
New Era College Media Study Department, Kajang
Lim Lian Giok Cultural Development Centre Perak (LLGPERAK), Ipoh
Penang Chinese Town Hall, Penang
SUARAM Penang
Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) , Perak
Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall Youth (NSCAHY), Seremban
Malacca Chinese Assembly Hall (Youth Section), Malacca
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bakri, Muar
Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Kluang
SUARAM Johore Bharu
Singaporeans For Democracy(SFD)
Tarikh Tayangan:8 March 2011 – 6 April 2011
Kandungan:
1.Tayangan Filem :a) Bakun Trilogy: Episod 1 Tenggelam (42 minit)
b) Bakun Trilogy: Episod 2 Ketidakadilan (47 minit)
c) Defend Our Homeland (60 minutes)
2.Sessi Q & A (20 minit)
3. Upacara Perasmian :Ceramah ( Tajuk : Documentari dan perubahan Sosial ) & Showing the
trailer
b) Bakun Trilogy: Episod 2 Ketidakadilan (47 minit)
c) Defend Our Homeland (60 minutes)
2.Sessi Q & A (20 minit)
3. Upacara Perasmian :Ceramah ( Tajuk : Documentari dan perubahan Sosial ) & Showing the
trailer
Dokumentari dan Perubahan Sosial (8 Mac 2011, 8.30pm, KLSCAH)Penceramah: Chou Z Lam (pengasas Peoples Documentary Foundation), Anna Har (Director KOMAS) dan Sylvia Lim (Pengasas & Ketua Pengarang Video Art Magazine )
MC: NTV7 Host -Tan Ley Teng
Person in Charge:1. Coordinator :Chou Z Lam & Sylvia Lim
2. Admin Secretary : Raymond Lim
2. Admin Secretary : Raymond Lim
Synopsis Filem
A) Bakun Trilogy: Episod 1 Tenggelam / 42 minit / 2010 / Director Leerang Bato / HD FormatPada tahun 1998, Projek Bakun Hydro Electric di Sarawak mula memindahkan lebih kurang 9,500 orang asal secara paksa. Namun begitu, ada sekumpulan daripada mereka yang enggan berpindah dan bertekad mempertahankan tanah dan kawasan Kediaman. Pada bulan Oktober 2010, penakungan air empangan Bakun bermula, kawasan tanah adat orang asal seluas pulau Singapura dijangka akan ditenggelami dalam tempoh masa setengah tahun.
B) Bakun Trilogy: Episod 2-Ketidakadilan/47 minit/ 2010 / Director Leerang Bato / HD FormatProjek empangan Bakun Hydro Electric yang kosnya RM 4.5 billion pernah tergendala dua kali akibat kemelesetan ekonomi. Namun begitu, kerajaan Sarawak tidak mengendahkan permintaan orang asal yang dipengaruhi oleh projek tersebut dan memindahkan lebih kurang 9,500 penghuni di ulu Bakun ke kawasan penempatan semula di Asap Koyan. Sehingga hari ini, kebanyakan daripada mereka masih tidak menerima pampasan yang sepenuhnya tentang rumah panjang lama, tanah adat dan tanaman di tempat asal. Pendek kata, penghuni Sungai Asap hidup dalam keadaan yang amat menyedihkan.
C) Mempertahankan kampong halaman kami / 60 minit / 2010 / Director Lai Kim Koon / HD Format
Perjuangan selama lima tahun oleh penghuni kampung Baru Rawang, Selangor, untuk mempertahankan kesihatan mereka daripada diancam oleh pembinaan kabel berkuasa tinggi.
Esok (17 Mac 2010) , Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan masuk ke dalam kampung baru Rawang untuk memusnahkan rumah-rumah. Para penduduk kuathir bahawa TNB akan melakukan operasi pada larut malam, jadi, mereka menjaga mengikut giliran. Kegiatan ini melibatkan lebih daripada 1000 orang, termasuk penduduk kampung dan sukarelawan dari organisasi bukan kerajaan.
Pada masa yang sama, Chou Z Lam, penerbit bagi TV2, RTM pada ketika itu telah mendedahkan bahawa satu rancangan dokumentari bahasa Cina "Galeri Nasional Mandarin", yang dijangka akan menyiarkan isu tentang Rawang tersebut, terpaksa dibatalkan penyiarannya atas alasan sensitif. Lebih kurang 80 orang telah mengadakan tunjuk perasaan di depan Kompleks Bangunan Jabatan Penyiaran (Kompleks Angkasapuri), untuk membantah pemecatan Chou Z Lam dan pembatalan penyiaran isu Rawang serta Bakun. Tunjuk perasaan tersebut dianjurkan oleh 528 Media Action Group, Writers Alliance of Media Independence (WAMI) serta Centre of Independent Journalists (CIJ).
Dokumentari ini bukan sahaja merekodkan perjuangan penduduk kampung baru Rawang, bahkan juga memaparkan kongkongan terhadap kebebasan media dan kelemahan dasar penswastaan.
Jadual tayangan, sila rujuk:Blog: http://peoplesdocumentary.wordpress.com/
Facebook: Screening of Exiled Documentary
Email: huskytwist05@gmail.com
Facebook: Screening of Exiled Documentary
Email: huskytwist05@gmail.com