Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan hari ini mempertikaikan kewajaran kerajaan membina pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan.
Katanya, jika benar pusat bernilai RM700 juta yang dibina oleh sebuah syarikat Australia, Lynas Corp didakwa tidak akan memberi kesan kepada kesihatan penduduk, mengapa bahan sisa perlu diproses di negara ini.
“Malangnya Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan mengatakan kesan radiasinya rendah dan selamat.
“Persoalannya, jika proses menapis tanah jarang ini tidak memberi kesan kepada kesihatan penduduk, kenapa ia dilombong di Mount Weld Australia dan tidak sahaja ia diproses di Perth Australia?
“Kenapa perlu pindahkan ke Gebeng, Kuantan melepasi 2500 km jauh jaraknya?” soalnya dalam satu kenyataan media.
p/s: Ahhhhh persetan dengan masalah kesihatan, radioaktif, radiotakaktif....asal saja wang masukkkkk!
oiii bangunlahh kalau tak mahu anak cucu anda jadi macam ini:
Budak terumbu karang di China
Pada mulanya keluarganya mengesan terdapat bintik kecil di lengannya setahun lalu tetapi ia kemudian disilap diagnosis sebagai gigitan serangga.
Bintik kecil itu terus membesar dan merebak ke seluruh tubuhnya termasuk di dalam mulut dan di bawah kelopak mata menyebabkan dia kelihatan seperti terumbu karang hidup.
Doktor-doktor berkata, budak tersebut memerlukan rawatan kemoterapi untuk menghalang kanser tersebut merebak ke tulang sumsum.
Namun, ibunya, Mu Xiaojie dan bapa budak itu, Li Wenrui yang memperoleh pendapatan kurang 1,061 yuan (RM490.76) seminggu tidak mampu untuk membiayai rawatan perubatan.
Ibu dan bapanya juga tidak mempunyai simpanan wang selepas ia digunakan untuk membiayai rawatan anak mereka setahun lalu.
Menurut ibunya, doktor-doktor mengesyaki penyakit itu disebabkan pencemaran atau alam sekitar.
Walaupun budak itu menjalani pemindahan tulang sumsum dan rawatan kemoterapi untuk mengubati penyakitnya, doktor-doktor memberinya peluang 50-50 untuk budak tersebut terus hidup. - Agensi (mstar)