Wednesday, December 15, 2010

 WikiLeaks: Najib silap catur media Umno

Hafizi Pauzi   
PARIT BUNTAR, 15 Dis: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Datuk
Seri Najib Razak cuba mempertahankan kerajaan BN yang dipimpinnya daripada tumbang kerana
bimbang beliau akan didakwa di mahkamah.

Apatah lagi, negara digemparkan dengan dakwaan skandal pembabitan perdana menteri itu
dengan kes pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Shaaribuu seperti yang didedahkan
dalam laman WikiLeaks.

“Usaha memadamkan kes Altantuya nampaknya gagal dengan kesilapan Najib Razak mencatur
media pro kerajaan, nampaknya gelombang wanita Monggolia tiba lagi dan kini ada alasan baru
kes Altantuya disebut balik sebab Najib seperti “mahukan” kisah itu, kita akan sambut dengan
sebaiknya,” kata Ketua Ketua Penerangan Pas Perak, Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Presiden Umno itu juga katanya cuba memperbesarkan pendedahan mengenai dakwaan
terhadap  Anwar Ibrahim mengenai tuduhan liwat, dalam masa yang sama beliau terlupa
wikileaks juga mendedahkan isu masa depan Najib dengan skandal pembunuhan Altantuya
tidak lama dahulu.

“Sebagai rakyat Malaysia saya tuntut Najib membersihkan dirinya sebagai PM dalam kes
Altantuya,” katanya.

Dalam pada itu beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menegaskan
bahawa rakyat Malaysia khususnya mestilah menolak siapa pun pemimpin yg terlibat dengan
skandal seperti itu, kerana tragedi pembunuhan sebegitu hanya dilakukan oleh manusia yang
bersifat durjana.

Sehingga kini katanya, Najib masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh
menghilangkan kesamaran rakyat terhadap beliau berhubung kes pembunuhan wanita
monggolia itu.

Menurutnya lagi, Najib goyah dengan serangan balas terbaru Anwar Ibrahim dalam soal
keterlibatan beliau dalam kes pembunuhan Altantuya.

Najib Juga disifatkan tersilap langkah dan seperti menjolok sarang tebuan, diri sendiri bakal
menerima padah.

“Saya kira inilah fasa akhir untuk rakyat atau sesiapa pun dalam mempersoalkan keterlibatan
Najib dalam kes pembunuhan Altantuya, tegasnya.(harakahdaily)