Thursday, December 16, 2010

(Bongkar) Konspirasi Khir Toyo Dan Timbalan Pengarah SPRM Selangor

Hari ini, terdapat maklumat mengenai surat “misteri” yang telah diberikan oleh peguam Gobind Singh Deo kepada laman web Malaysia Today dalam inkues Teoh Beng Hock. Turut berada di dalam surat ini adalah diantara salah laku dan konspirasi di anatara Khir Toyo dan juga Timbalan Pengarah SPRM,PKPj I Hishammudin bin Hashim.
Orang kata, gambar membawa lebih makna dari kata-kata.Oleh itu, kami paparkan di sini isi kandungan surat tersebut untuk tatapan pembaca BeritaSemasa.
surat misteri (Bongkar) Konspirasi Khir Toyo Dan Timbalan Pengarah SPRM Selangor
surat misteri 2 (Bongkar) Konspirasi Khir Toyo Dan Timbalan Pengarah SPRM Selangorsurat misteri 3 (Bongkar) Konspirasi Khir Toyo Dan Timbalan Pengarah SPRM Selangor
surat misteri 5 (Bongkar) Konspirasi Khir Toyo Dan Timbalan Pengarah SPRM Selangor
Berkemungkinan ini surat layang atau surat yang sebenarnya.terpulang kepada anda untuk menilai. Kalau betul, bermakna SPRM bukanlah satu badan yang boleh dipercayai lagi untuk membanteras gejala rasuah.Patutlah rating Malaysia bagi indeks rasuah lagi bertambah teruk dari tahun ke tahun.
Kalau korup membabitkan Menteri Besar,kami tak heran.Dah selalu sangat dah jadi.Tapi kalau SPRM sebagai satu badan bebas sepatutnya yang membanteras rasuah,pun bersekongkol dan tertakluk dibawah arahan Ketua Menteri atau Menteri Besar, baik tak payah tubuhkan SPRM ini. Sepatunya memang perlu ada badan BEBAS yang boleh menyesaikan masalah-masalah begini.
Nak suruh Polis siasat, pasal kes Kugan pun senang-senang je tutup kes.Peguam “Korek,korek,korek” pun tutup kes.jadi, pada siapa nak diahrapkan? Pada rakyat semualah.Bangunlah anda semua dalam membanteras gejala-gejala dan isu-isu sempit yang berlaku dalam politikal kita sekarang.
Tidak ada wakil rakyat yang boleh diharapkan lagi.Banyak yang kacang lupakan kulit.Tak nak tengok lagi orang bawah bila berkuasa.Hanya datang menjengah untuk menjayakan program sahaja.Ataupun semasa dah dekat nak pilihanraya. Kali ini, pilihlah pemimpin mengikut peribadi dan kalibernya dalam menyelesaikan sesuatu isu dan masalah rakyat.
Bukan memilih pemimpin yang hanya pandai retorik semata-mata.(beritasemasa)