Thursday, December 16, 2010

Lagi Banyak Akan Dapat Surat Saman!


Mahfuz rayu Dewan Negara tolak akta JPJ
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 16 Dis: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar akan menghantar surat
kepada Dewan Negara meminta untuk tidak meluluskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan
(Pindaan) 2010 yang diluluskan Dewan Rakyat semalam.
Beliau berkata, ini kerana rang undang-undang itu hanya menguntungkan syarikat-syarikat yang
berkaitan dengan sistem berkenaan manakala rakyat yang terpaksa menanggung bebannya.
"Kita kecewa apabila tidak diberitahu model kewangan yang disebut itu. Sepatutnya diberitahu
kepada awam apabila dia membabitkan syarikat yang akan mendapat habuan ataupun peratus
daripada saman yang dikenakan kepada pemilik kenderaan.
"Jadi saya harap Dewan Negara menolak rang undang-undang ini dan saya akan menghantar
surat kepada ahli Dewan Negara," katanya.
Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010,
yang antara lain akan membolehkan pendaftaran kereta elektrik, pelaksanaan sistem
penguatkuasaan automatik (AES) bagi membanteras pemanduan berbahaya, dan penubuhan
Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAN).
Bagaimanapun, rang undang-undang itu terpaksa melalui proses undi belah bahagian pada
bacaan kedua yang menyaksikan 70 ahli Parlimen menyokong, manakala 40 lagi menentang.
Ini kerana majoriti ahli Parlimen, terutama Pakatan Rakyat mendesak supaya rang undang-undang
itu ditarik balik kerana tidak berpuas hati dengan penjelasan mengenai pelaksanaan AES.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri ketika menggulung perbahasan rang
undang-undang itu, bagaimanapun menegaskan bahawa pelaksanaan sistem AES tidak melibatkan
sebarang peruntukan kewangan kerajaan.
Menjawab desakan beberapa ahli Parlimen mengenai simulasi pulangan hasil daripada
pelaksanaan AES pula, beliau berkata bagi setiap enam juta saman yang dikeluarkan, dua
syarikat yang mengendalikan sistem itu akan berkongsi 34.3 peratus daripada hasil, manakala
selebihnya iaitu 65.7 peratus akan diperoleh kerajaan.
Menurut Mahfuz, apabila undang-undang itu dilaksanakan, syarikat yang terlibat akan memastikan
jumlah saman yang dikeluarkan melalui sistemnya dan akan mendapat faedah daripada saman yang dikeluarkan.
"Syarikat akan pastikan seberapa banyak saman akan dikeluarkan melalui sistem ini yang akan
mengawal dan yang menjalankan operasinya ialah syarikat. Walaupun disebut ia dikawal oleh JPJ
tapi saya percaya pihak JPJ tak ada kepakaran dalam sistem yang dibangunkan itu," katanya.
Tambahnya, pelaksanaan sistem ini juga tidak membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan
raya dan mendidik pengguna jalan raya.
"Saya sangat kecewa kerana pembantangan undang-undang ini tidak mengatasi masalah
kemalangan maut yang besar kerana tak ada hukuman kerana pemandu yang membawa
kenderaan secara bahaya tapi yang ada hanyalah kesalahan nombor pendaftaran kenderaan
sehingga menyebabkan hukuman penjara," katanya lagi.
Menjawab desakan beberapa anggota Parlimen mengenai simulasi pulangan hasil daripada
pelaksanaan AES pula, beliau berkata bagi setiap enam juta saman yang dikeluarkan, dua
syarikat yang mengendalikan sistem itu akan berkongsi 34.3 peratus daripada hasil, manakala
selebihnya iaitu 65.7 peratus akan diperoleh kerajaan.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri ketika menggulung perbahasan rang
undang-undang itu, bagaimanapun menegaskan bahawa pelaksanaan sistem AES tidak melibatkan
sebarang peruntukan kewangan kerajaan.
Menjawab desakan beberapa anggota Parlimen mengenai simulasi pulangan hasil daripada
pelaksanaan AES pula, beliau berkata bagi setiap enam juta saman yang dikeluarkan, dua
syarikat yang mengendalikan sistem itu akan berkongsi 34.3 peratus daripada hasil, manakala
selebihnya iaitu 65.7 peratus akan diperoleh kerajaan.
Isu itu dibangkitkan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) ketika sesi perbahasan yang
menggesa timbalan menteri berkenaan mendedahkan hasil bakal diperoleh syarikat pelaksana
sistem AES.
Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut membangkitkan persoalan yang serupa kerana
menyifatkan perkara itu penting diketahui rakyat.
"Apa yang Wangsa Maju (Wee) kata itu saya juga mahu tanya...rakyat bayar, potongan yang
diberi kepada syarikat ini, rakyat yang diperas, syarikat ini esok makan darah rakyat, dia
kembung perut tetapi rakyat menderita," katanya.
Asakan Wee dan Mohamad itu menyebabkan Abdul Rahim agak beremosi dan menegaskan
bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam mana-mana syarikat pengendali AES.
"Saya tidak ada kepentingan dalam syarikat-syarikat ini...kepentingan saya ialah kepentingan
negara dan rakyat," katanya. (harakahdaily)
Komen: Lagi banyak saman lagi banyak dapat duit....apakah tidak akan berlaku penyalahgunaan
menyaman sebanyak mungkin bagi mendapatkan wang?