
“Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya,” katanya di lobi parlimen hari ini.
Menurut Nazri telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.
“Ini adalah kedaulatan Parlimen dan supremasi Parlimen. Ada tahi lembu di kepala mereka.

Karpal sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Pandikar kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.

“Saya tidak beri arahan. Speaker telah peruntukkan dua jam dan saya kata saya mahu bacakan usul saya dahulu, itu sahaja.
“Apa yang mereka perkatakan tidak ada kena mengena dengan Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. Jadi saya mempunyai hak kerana ia usul saya dan saya mahu ia dibentangkan.
“Saya cuma beritahu speaker saya mahu baca usul kerana ia dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Mereka sepatut membantah tetapi tidak berbuat demikian,” katanya.
(malaysiakini)